Rabu, 24 April 2013

PRU 13 : Sifat pemimpin terdahulu yang wajar dicontohi

with 3 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pada hari ini demam Politik sudah mula melanda negara kita.. Di sana sini orang sibuk bercerita tentang politik.. Lebih-lebih lagi setelah proses penamaan calon selesai dilaksanakan pada hari Sabtu, 20 April baru-baru ini.. Ada sahaja berita menarik tentang politik boleh diceritakan.. Daripada profesion pekerjaan wakil rakyat yang bertanding, Siapa lawan siapa dalam pertandingan dua penjuru, tiga penjuru, empat penjuru, aktiviti berkempen melibatkan artis, cerita tentang artis yang masuk bertanding pilihan raya, cerita tentang bilangan calon bebas yang semakin bertambah, cerita tentang ahli yang lompat parti, dan bermacam-macam cerita hangat lagi kedengaran di sana-sini... Semuanya berkaitan dengan politik...


Meriah sungguh suasana pilihanraya pada kali ini... Buktinya, lihat saja sepanduk dan juga bendera berkempen yang terpacak di sana-sini... Terdapat bermacam-macam iklan politik  disiarkan di televisyen sebagai tanda sokongan kepada pihak kerajaan.. Risalah-risalah berkempen pun apa kurangnya, dah ada beberapa risalah yang telah memenuhi peti surat di rumah saya..  ;)

Inilah lumrah yang berlaku pada setiap kali pilihanraya diadakan.. Maklumlah 5 tahun sekali nak merasa suasana meriah seperti ini.. Lepas tamat PRU 13 kena tunggu 5 tahun lagi untuk merasai pengalaman yang sama...  keadaan ini merupakan satu perkara yang sangat prositif terutamanya dalam mencapai objektif untuk memilih pemimpin yang berkualiti, yang bakal menerajui negara untuk tempoh 5 tahun akan datang... 

Nak memilih seorang pemimpin yang berkualiti bukan satu tugas yang mudah... Tersilap pilih pemimpin mungkin akan memberi impak yang nagetif terhadap masa depan negara.. 


Sumber : Klik Di Sini


Justeru itu, saya ingin membawa kisah 4 pemimpin paling berpengaruh dalam sejarah islam ialah semasa di zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin.. Iaitu 4 orang khalifah selepas kewafatan nabi Muhammad S.A.W iaitu:

  • Saidina Abu Bakar, 632-634 M
  • Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
  • Saidina Uthman Affan, 644-656 M
  • Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

Pemilihan Pemimpin selepas kewafatan Rasulullah S.A.W

Selepas kewafatan Rasululullah S.A.W, baginda tidak meninggalkan pesanan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah umat Islam. Pada ketika itu golongan Muhajirin dan golongan Ansar telah berhimpun dalam sebuah majlis yang diadakan di dewan Bani Sa‘idah untuk melantik seorang Khalifah bagi memimpin umat Islam.. Kedua-dua golongan ini berselisih pendapat dalam memilih pemimpin.

Antara nama-nama yang disebut sebagai calon Khalifah pada ketika itu ialah Sayidina Umar Ibnul Khattab R.A (Pilihan Saiyidina Abu Bakar)Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A, Abu Ubaidah Bin al-Jarrah (Pilihan Saiyidina Abu Bakar) dan Saidina Ali Abi Talib R.A...  

Perbincangan memilih khalifah pertama umat islam menjadi hangat sehinggalah Sayidina Umar memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar dan diikuti oleh Muhajirin dan Ansar sebagai tanda persetujuan. Selepas mendapat bai'ah, Sayidina Abu Bakar mencari Az-Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu. Kedua-dua mereka dipanggil dan memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar apabila mereka tiba. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.


Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membai'ahkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan daripada pertemuan tersebut, disebabkan ketiadaan beliau pada ketika majlis tersebut diadakan. 

Setelah dipilih sebagai Khalifah pertama Umat Islam, Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun memberikan ucapannya yang pertama, dan antara isi kandungannya adalah seperti berikut:
"Wahai sekalian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisinya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku menderhakai Allah, maka kamu sekalian tak harus lagi patuh kepadaku."

Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah beliau terpilih sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakar R.A. kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati baginda, di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Apabila ditegur oleh sahabat,  Abu Bakar R.A. bertanya: 
"Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku?"

Demikianlah sifat terpuji Saiyidina Abu Bakar R.A... Walaupun kedudukannya sebagai Ketua Negara namun beliau agak keberatan memperolehi gaji daripada harta kerajaan.

Keadaan ini mendapat perhatian daripada para sahabat lalu mereka menentukan peruntukan secukupnya kepada baginda dan keluarga baginda yang diambil daripada Baitul Mal. Selepas itu barulah Saiyidina Abu Bakar R.A meninggalkan perniagaannya kerana hendak memberikan sepenuh tumpuan untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah. Walaubagaimanapun peruntukan yang diterima daripada Baitul Mal hanya digunakan sekadar cukup untuk keperluan hidupnya sahaja...  Malah sebelum beliau wafat, beliau telah memerintahkan supaya pendapatannya diserahkan kembali kepada Baitul Mal.

Pada zaman kegemilangan Islam tersebut, perlantikan khalifah dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum... Terdapat empat cara yang dilakukan ketika melantik Khulafa Ar-Rashidin seperti berikut: 

1) Melalui Bai’ah atau pemberian taat setia
Seperti yang dilakukan terhadap Saiyidina Abu Bakar AI-Siddiq.

2) Melalui wasiat 
Seperti yang berlaku pada Saiyidina Umar AI-Khattab R.A apabila dia dilantik sebagai pengganti oleh Saiyidina Abu Bakar R.A sendiri. Wasiat ini dilaksanakan bertujuan yntuk mengelakkan perpecahan dan pergaduhan dalam kalangan umat Islam. Pemilihan Saiyidina Umar AI-Khattab R.A sebagai khalifah kedua dipersetujui oleh semua sahabat.

3) Melalui sistem Syura
Pemilihan khalifah ditentukan oleh Majlis Mesyuarat. Cara ini dilakukan semasa memilih   Khalifah Islam yang ketiga setelah kewafatan Saiyidina Umar AI-Khattab R.A akibat ditikam. Semasa proses pemilihan tersebut dilakukan, terdapat 6 orang calon yang disenaraikan iaitu:

  1. Saiyidina Uthman Bin Affan
  2. Saiyidina Ali Bin Abi Talib
  3. Az-Zubir Bin Al-Awan
  4. Talhah Bin Ubaidah             
  5. Saad Bin Abi Waqas
  6. Abd Rahman Bin Auf  

Hasil pendapat orang ramai, Saiyidina Uthman Bin Affan diistiharkan sebagai khalifah menggantikan Saiyidina Umar AI-Khattab R.A.

4) Melalui jalan kekerasan
Iaitu apabila rakyat bertindak menggulingkan pemerintah sedia ada disebabkan mereka kurang berminat dengan corak pemerintahan pemimpin tersebut. Cara seperti ini berlaku apabila saluran-saluran biasa untuk memilih pemimpin-pemimpin dengan bebas sudah tertutup.  Saiyidina Uthman wafat  kerana dibunuh oleh pemberontak di rumahnya sendiri. Saiyidina Ali Bin Abi Talib telah didesak untuk menerajui negara Islam selepas kewafatan Saiyidina Uthman bagi mententeramkan keadaan kucar-kacir yang melanda negara.  Perlantikan Saiyidina Ali Bin Abi Talib mendapat sokongan besar daripada rakyat tetapi ada juga yg menentangnya.

Demikianlah beberapa cara dan sistem yang dilakukan ketika melantik khalifah-khalifah islam teragungKesemua Khulafa Ar-Rashidin ini disanjung dan dihormati dalam sejarah kepimpinan islam disebabkan masing-masing mempunyai sifat-sifat peribadi seperti berikut:
  • Bijaksana    - dapat menyelesaikan masalah yg timbul pada masa pemerintahan.
  • Amanah      - tidak menggunakan harta negara untuk kepentingan peribadi 
  • Berani
  • Tawadduk  - mengamalkan kehidupan yg sederhana dan keutamaan menegakkan agama Islam mengatasi kepentingan peribadi
  • Tegas dalam membuat keputusan

Semoga sifat-sifat ini juga ada dalam diri pemimpin yang bakal kita pilih dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) yang akan diadakan pada 5 Mei ini..  

Seronok sebenarnya bila kita dapat membaca kisah pemimpin-pemimpin islam terdahulu, yang boleh kita jadikan sebagai tauladan atau rujukan untuk pemimpin-pemimpin sekarang.. Memang tidak dinafikan bukannya mudah untuk memilih pemimpin-pemimpin seperti zaman Khulafa Ar-Rashidin... Terutamnya pada zaman sekarang ini yang segala-galanya bersifat materialistik.. Tetapi setidak-tidaknya cubalah berusaha sebaik mungkin untuk memilih pemimpin yang ideal dan terpuji seperti mereka... 

Sepanjang kemerdekaan Malaysia sehingga kini, kita telah mempunyai 6 orang Perdana Menteri.. Seperti yang dijangka oleh para penganalisis politik suatu masa dahulu, kita berjaya melengkapkan perdana menteri kita berdasarkan perkataan RAHMAN (Pengasih)...  


Berdasarkan pemerhatian saya, setiap perdana menteri tersebut telah cuba melaksanakan tugas mereka dengan baik mengikut pendekatan masing-masing.. Seperti yang telah saya sebut dalam entri di atas, setiap manusia ada kelemahan masing-masing... Jadi, sekiranya ada sebarang kekurangan dalam pentadbiran perdana menteri terdahulu, kita cuba perbaiki dalam pentadbiran kerajaan seterusnya... Inilah yang dinamakan CQI atau penambahbaikan kualiti secara berterusan... 

P/S: Marilah kita bersama-sama berdoa semoga PRU13 dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan semoga rakyat Malaysia berjaya memilih pemimpin terbaik dalam pilihanraya pada kali ini... ;)


3 ulasan:

  1. Setiap pertukaran/pembaharuan memang memerlukan masa. Semuanya bukan boleh dibuat over night tapi sekiranya isitiqomah,insyallah boleh dilaksanakan.
    Piih mereka yang sanggup berkhidmat dan mesra rakyat itu kareateria utama.

    BalasPadam
  2. yesss sgt setuju.. apa pun semua yg berlaku dengan izin Allah. Allah yg memberi kuasa pemerintahan pd siapa yg dia suka, dan mencabut kuasa pemerintahan daripada siapa yg dia suka.. apa pun keputusannya nanti, rakyat Malaysia kena redha n bg kerjasama yg baik dengan pemimpin2.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra