Sabtu, 16 Mac 2013

Strategi Pemasaran Terbaru Readers Digest (RM625,000)

with 33 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang Strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh pihak Readers Digest Malaysia melalui blog Sembang Hari2 yang bertajuk Readers Digest nak bagi RM200,000  

Entri tersebut ternyata mampu menarik minat ramai pengunjung untuk singgah di Blog Sembang Hari2 sehingga menjadikan entri tersebut entri paling popular di blog Sembang Hari2..

Dan lebih menggembirakan lagi, entri tersebut berjaya mengumpul komen yang agak banyak daripada para pembaca, berdasarkan pengalaman mereka menerima surat daripada Reader's Digest, dan ada juga yang menyatakan mereka pernah menjadi salah seorang pemenang bagi hadiah utama yang ditawarkan oleh pihak Reader's Digest... 

Tetapi sayangnya entri ini sudah tidak dapat dibaca lagi di blog sembang hari2 disebabkan masalah teknikal yang masih tidak dapat diperbaiki sehingga kini... Kesannya entri ini tidak mampu lagi berada di Page pertama Google, walaupun ianya masih lagi wujud... Kalau tak percaya, anda boleh "Copy And Paste" perkataan "Readers Digest nak bagi RM200,000" dekat carian Google.. dan lihat hasilnya...

Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya telah pun "copy and Paste" entri tersebut ke blog Coretan Anuar... Walaupun "aura" entri tersebut telah sedikit berkurangan kerana kurang mendapat komen dan perbincangan seperti entri asal, tetapi setidak-tidaknya anda masih berpeluang membaca perkongsian info tersebut... Sekiranya berminat nak baca entri Readers Digest nak bagi RM200,000 di blog Coretan Anuar, sila klik di sini

Melalui entri yang saya hasilkan sebelum ini, telah menyebabkan saya mendapat satu mesej daripada salah seorang pembaca blog saya... Yang telah mendapat surat terbaru daripada pihak Reader's Digest... Beliau ingin meminta pandangan saya, samada surat tersebut boleh dipercayai ataupun tidak?  

Inilah isi kandungan surat yang telah beliau attachkan kepada saya... dan saya kongsikan info ini untuk pengetahuan bersama.. 

Surat terkini daripada Reader's Digest Malaysia
(Nama penerima terpaksa saya  padamkan, disebabkan surat ini bukan saya yang punya)


Sambungan surat daripada Reader's Digest Malaysia

Hadiah yang ditawarkan tersangatlah lumayan... Grand Prize RM625,000... Lebih daripada setengah juta... Membuatkan orang berminat nak tahu, dalam masa yang sama mula ragu-ragu untuk mempercayainya.... Betulker ada orang yang pernah memenangi Grand Prize yang ditawarkan oleh pihak Reader's Digest... Atau sekadar strategi pemasaran semata-mata??

Saya percaya pihak Reader's Digest tentu sedar akan persepsi/reaksi yang terbit secara spontan daripada para penerima "surat jualan" yang telah mereka hantar... Jadi pada kali ini, pihak Readers Digest turut menyertakan sekali gambar pemenang Contest yang lalu, sebagai testimoni untuk menarik kepercayaan bakal pelanggan mereka...  

Pemenang Super Contest ke 25, Ms Nor Ain memenangi wang tunai RM220,000

Dan juga tawaran yang menakjubkan..

Bagi pendapat peribadi saya... Surat yang anda terima daripada pihak Reader's Digest sebenarnya merupakan surat jualan secara "Soft-Sell"... Pihak Reader's Digest menawarkan hadiah yang besar untuk menarik minat penerima surat jualan mereka, supaya membeli barangan jualan yang biasanya turut disertakan dalam surat tersebut...

Terdapat banyak syarikat yang masih menggunakan strategi pemasaran melalui pos seperti Bank-bank yang terdapat di Malaysia (Biasanya mereka menghantar bil kad kredit berserta dengan katalog), Bonuslink, TM (Telekom), Astro (Bil berserta tawaran upgrade perkhidmatan), Syarikat-syarikat MLM, Syarikat-syarikat telefon seperti Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya... 

Dan terdpat lebih banyak syarikat-syarikat yang telah beralih arah.. Daripada melaksanakan strategi pemasaran melalui Pos kepada teknik pemasaran melalui email dan laman web.. seperti dalam contoh di bawah:


Nama penuh
E-mail address





Anda hanya perlu meninggalkan nama penuh dan e-mail adress pada kotak yang disediakan untuk mendapatkan surat jualan melalui e-mail... dan tidak lagi di peti surat yang terdapat di rumah anda...

Kedua-dua strategi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.. Ada orang suka dapat email dan ada orang yang lebih selesa mendapat surat fizikal... Walaubagaimanapun teknik pemasaran melalui email lebih menjimatkan kos berbanding kepada strategi pemasaran melalui pos... Strategi pemasaran melalui email tidak memerlukan penjual mencetak surat jualan, membeli envelope, dan membeli setem/kos penghantaran surat (Harga Setem dah semakin mahal) menyebabkan ianya jauh lebih berbanding strategi pemasaran melalui pos.. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kedua-dua strategi pemasaran ini, saya syorkan anda baca ebook percuma hasil tulisan saya berjudul 7 Strategi Tambah Wang Saku dengan klik di sini

Semoga info yang saya kongsikan bermanfaat kepada anda.. Terutamanya bagi anda yang kerap menerima surat jualan daripada pihak Reader's Digest... Tepuk dada tanya selera.. 

Sekiranya anda merasakan, anda perlu membeli buku yang dijual oleh pihak Reader's Digest disebabkan isi kandungannya, silalah beli... Tak rugi pun kita melabur ke atas ilmu... ;)

Tetapi, sekiranya anda rasa perlu beli buku tersebut, disebabkan terlalu berharap nak menang hadiah utama yang ditawarkan... fikirkanlah semasak-masaknya... Saya nasihatkan jangan terlalu berharap... Hadiah yang ditawarkan tidaklah sebanyak penerima surat jualan seperti anda... Jadi peratus untuk anda menang terlalu tipis.. Mungkin 0.01% atau lebih kecil dari itu....


33 ulasan:

  1. Balasan
    1. bilakah tarikh pengemuman READER'S DIGEST 2013 nak diumumkan



      Padam
  2. saya pun ada dapat surat ni. boleh caya ke tidak sebenarnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan percaya lah...tak percaya cakap saya tengok di laman blog saya ;

      ROGONDRAGON.BLOGSPOT.COM

      Padam
  3. hmmm.. ade je dapaat

    BalasPadam
  4. So conclusion dia tak yah percaya la kan?

    BalasPadam
  5. saya juga baru je tamat penerimaan berbagai surat tawaran untuk menang rm625k berserta dengan kereta dari awal tahun 2013 hingga berakhir 14.01.14 sekali dengan email..akhirnya terputus begitu...nasib sy x pernah membeli dan hanya melayan di email sahaja....akhirnya dia rd dh lsung x htr2 kpd saya...agaknyer serik kot sbb sy selalu jawab NO stiap kali disuruh beli..hi he..

    BalasPadam
  6. Kkkk.... Sebenarnya rd yg dpt rm 625k setiap Kali anda melayan Surat jualan mereka... Lebih baik anda jimatkan duit anda dan labur duit anda dalam aktvt yg brrpaedah.... Ade berani rd bg adiah rumah d dijamin oleh syt perumahan...
    Mana ade jaminan... Kalau ade jaminan tiap2 tahun rd sebarkan pemenang masuk Surat kabo... Asik2 Surat posmen... Posmen pun gelak2.... Kayo brader... Hadiah riban2....

    BalasPadam
  7. Baru dapat gak surat berantai ni pada 16 jun 2014.tanpa melanggan rd tapi dapat rm625k.tak masuk akal.hehe ada akal gunakan.ada duit gunakan yg berfaedah.bnyak lg buku keluaran tempatan di dlm malaysia ni.jika dapat mcm ni.harap dapat refer dgn kawan2 atau family dulu.jgn terkena baru nak menyesal.hanya berkongsi maklumat.tq

    BalasPadam
  8. Baru dapat gak surat berantai ni pada 16 jun 2014.tanpa melanggan rd tapi dapat rm625k.tak masuk akal.hehe ada akal gunakan.ada duit gunakan yg berfaedah.bnyak lg buku keluaran tempatan di dlm malaysia ni.jika dapat mcm ni.harap dapat refer dgn kawan2 atau family dulu.jgn terkena baru nak menyesal.hanya berkongsi maklumat.tq

    BalasPadam
  9. saya pun dapat gak surat nya....... suruh g kl...... amik kat kl duitnya........suruh naik kapal terbang.... smpi klia.. dia nak jemput naik limosin.....dok hotel 5 star lagi dia nak bagi..... cuma pelik mana dia dpt nama saya, sebab saya pun tak pernah beli buku rd .... dan tak de plak suruh beli buku rd tu....


    BalasPadam
  10. bilakah tarikhnye ye,kata dpt 625k

    BalasPadam
  11. saya pn dpt surat gak,dia kasi sampel cek bernilai625k,pastu kereta,pastu kapal boeing,pastu rumah..bla bla bla

    BalasPadam
  12. mana boleh percaya ! tipu kanak kanak saja ! nama masuk pertandingan pun tak umum ?

    BalasPadam
  13. ade gak dpt.. kne pos blk surat tu dlm mse 7 ari...same x ngn korg pnye?

    BalasPadam
  14. Saya baru dapat nih 9/9/2014. Ingat senang ke orang nak bagi lebih setengah juta. Kalau Rupiah takpa juga kan!

    BalasPadam
  15. sy pun bru dpt pg td. boleh prcye ke???

    BalasPadam
  16. sy pun bru dpt pg td. boleh prcye ke???

    BalasPadam
  17. saya pun dapat semalam....seronok sangat..rasa nak langgan RD ni, nasib baik baca awal ruangan ni..kalau tak..hhmmm...abih la...

    BalasPadam
  18. saya pun dapat baru je tadi..memang tak boleh dipercayai

    BalasPadam
  19. saya pun dapat,,,berakhir sudah tanda tanya,, betul ke contest ni...? finally sy decide IGNORE je lah...

    BalasPadam
  20. Mk sye pom dpt gk surt cm nim , sye un cye hbis hbisan , p nsib baek bkak google . >.<

    BalasPadam
  21. Saya baru dapat tadi...625k katanya...suratnya sebijik sama...tapi muka pemenang orang lain pulak...kan bagus pemenang tu bacalah entri ni...mengesahkan betul ke tak..hihihi

    BalasPadam
  22. Saya pun dlm masa 3 bln ni kerap je RD hantar surat .blh menang ...625k lh.menang kereta dan mcm2 lagi.dh naik boring.

    BalasPadam
  23. Sy on trims Surat yg sama Smlm suh forward dlm 7hari..tawaran kete volkswagon n Wang tunai ..mslhny xpnh join ape2 contest pun mna dpt mklumat pun xtahu?

    BalasPadam
  24. Sy pun trima Surat yg sama Smlm suh forward dlm 7hari..tawaran kete volkswagon n Wang tunai ..mslhny xpnh join ape2 contest pun mna dpt mklumat pun xtahu?

    BalasPadam
  25. Sya baru dapat hari jumaat lepas...nasib baik baca komen anda semua kat sini...nampaknya dibakulsampahkan jerlah surat tawaran itu...huhuhu

    BalasPadam
  26. Sy pun baru dpt smlm..tertarik gak coz tahu rd mmg famous n buku dia bagus..tp takut gak tertipu...huhu

    BalasPadam
  27. dia x tipu pun,cuma kita ni je yg mudah tertipu...baca dulu betul2 surat dr rd ni,taktik dia suruh kita langgan buku dia pastu baru layak masuk contest tu...sama gak mcm contest nestle dsb...beli produk diorg baru layak masuk contest...bak kata penulis blog ni,kalau kita cuma nk masuk contest n xberminat dgn buku rd ni better jgn beli rd...kalau betul2 berminat dgn buku rd ni nak masuk byk mana contest pun masuk lah....mana la tau kot2 ada rezeki...haha

    BalasPadam
  28. betul tu itu teknik dan taktik depa nak tarik pelanggan beli RD depa. depa tau yg kita ni mudah utk mengaburi mata kita, pantang nampak hadiah kereta mewah,rumah besaq,naik kapal terbang pi sana pi sini.sedar tak sedar rupanya kita dah suruh depa potong duit kat kad kredit kita utk beli RD depa semata-mata utk masuk contest yg menawarkan hadiah lumayan yg tak tentu dapat ke tak. jadi, bersyukurlah dengan apa yg kita ada sekarang.wassalam

    BalasPadam
  29. Contest tu mmg wujud.tarikh akhir peraduan pada 31/12/3014.Keputusan akan diumumkan pada 15/01/2015 di akhbar the star / Malay Mail.Mari kita tengok sapa yang kena. 2011 Melayu 2012 India 2013 Cina 2014 Melayu?

    BalasPadam
  30. Saya pun follow setiap surat yang rd hantar.resend setiap surat yang dihantar.beli kalau minat jer.try masuk untung untung menang 625k.saya pernah menang contest Nestle Malaysia.kalau x hantar banyak macam mana nak menang!

    BalasPadam
  31. laki aku dah terjebak dengan benda alah ni... beratus2 dah dia tolakdari bank....stressss akuuuuuuu

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra