Jumaat, 4 Februari 2011

Readers Digest nak bagi RM200,000

with 18 comments
Syukur Alhamdulillah..

Saya telah pun menyelesaikan proses pemberian hadiah kepada Pemenang Hadiah Pendorong terbanyak Contest GA blog sembang Hari2 iaitu zaiikulim..

Kepada rakan-rakan blogger yang sedang menantikan keputusan pemenang hadiah di tempat pertama sehingga ke 3 di harap dapat bersabar.. Insya Allah keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada hari Sabtu minggu hadapan..

Untuk Post pada kali ini, saya ingin berkongsi berita dari 3 buah sampul surat yang saya terima pada minggu lepas daripada Syarikat Readers Digest.. Dalam sampul surat tersebut ada satu berita yang memeranjatkan iaitu saya tersenarai dalam 1% orang yang terpilih untuk memenangi cek bernilai RM200,000 dan juga kereta.. Biar betul Readears Digest ini..

Berikut merupakan gambar-gambar bagi sebahagian daripada isi kandungan envelope:-

Replika Cek RM200,000 yang seakan-akan cek sebenar..

Perkara yang paling memeranjatkan saya ialah Nama dan alamat saya turut di cetak di atas replika cek tersebut.. Kalau ianya sebuah kenyataan, apa salahnya ;) hehehe.. Tapi siapa yang bermurah hati nak bagi saya RM200,000 begitu sahaja.. Pasti ada syarat yang ditetapkan..

Isi envelope pertama yang diterima pada 24 Januari 2011

Kehadiran envelop ini sangat memeranjatkan saya disebabkan saya tidak pernah mengisi sebarang borang langganan ataupun menyertai sebarang peraduan yang dianjurkan oleh syarikat Readers Digest


Isi Envelope Ke 2 yang diterima pada 26 Januari 2011

Sekali lagi saya terperanjat menerima envelope ke 2 daripada syarikat Readers Digest..

Isi envelope ke 3 yang diterima pada 28 Januari 2011


99% Eliminated, 57% cleared to advance,
1% identified to continue to Winners judging state


Saya tersenarai dalam Top Ranking (1%).. Biar betul ni..

Menurut isi kandungan risalah yang terdapat pada envelope ke 3 yang saya terima.. saya terpilih dalam golongan 1% yang akan di nilai untuk memenangi hadiah utama iaitu cek sebanyak RM200,000

Replika Cek RM200,000 berserta kunci membuka "locker" untuk berpeluang memenangi kereta

Kunci betul, bukan kunci mainan atau replika..Siap ada nombor siri lagi..

Untuk makluman anda, replika cek tersebut turut dihantar bersama sebuah kunci.. Kunci tersebut sememangnya kunci yang betul dan mempunyai nombor siri yang dapat anda lihat pada gambar di atas..

Envelope perlu di Reply berserta replika cek dan kunci kereta

Di sinilah kekuatan strategi perniagaan Readers Digest.. Saya perlu menghantar kembali
 kunci kereta dan replika cek yang dihantar dalam tempoh 14 hari untuk melayakkan saya mendapat beberapa kelebihan daripada Syarikat Readers Digest..


3 buah Kereta yang sedang menanti pemenang bertuah..

Borang langganan Readers Rigest untuk 12 keluaran..

Akhir sekali.. Saya perlu melanggan majalah Readers Digest selama setahun dengan bayaran sebanyak RM148 setahun untuk melayakkan saya memenangi kereta dan cek RM200,000 serta beberapa hadiah lain lagi yang turut ditawarkan dalam Contest ini..

Sekarang barulah saya faham dan percaya dengan setiap isi kandungan envelope yang dihantar kepada saya. Sebenarnya ini merupakan salah satu strategi perniagaan.. Saya mengandaikan Syarikat Readers Digest menghantar envelop seumpama ini kepada 1 juta rakyat Malaysia.. Pihak syarikat mungin mensasarkan 10% daripada penerima surat ini akan melanggan majalah keluaran syarikat mereka..

 Jadi RM148 X 100,000 = RM14,800,000

Daripada jumlah jualan tersebut, sebahagiannya akan diagih-agihkan untuk kos pengiklanan, kos penghantaran surat, kos penerbitan dan akhir sekali adalah kos pemberian hadiah kepada para pemenang.. Jadi Win-win Situation antara penerima maklumat (pelanggan) dan juga penyampai maklumat (pihak syarikat)..

Sekiranya anda perasan konsep perniagaan ini juga turut dikongsikan oleh beberapa syarikat perniagaan besar yang lain seperti Digi, Celcom, Air Asia, Toyota dan sebagainya.. Untuk memudahkan pemahaman anda, saya ambil contoh syarikat lagi iaitu Digi..

Saya kerap menerima SMS daripada Digi yang menawarkan peluang untuk memenangi hadiah RM1,000,000 sekiranya saya top up RM30 dalam tempoh masa tertentu.. Saya percaya mungkin SMS ini turut dihantar kepada 10 juta orang pengguna Digi dari seluruh Malaysia..

Jadi apabila 10% pengguna Digi topup RM30 untuk menyahut cabaran tersebut, pihak Digi akan menerima anggaran jualan sebanyak RM30,000,000.. Dan Digi hanya membayar RM1,000,000 sahaja daripada nilai tersebut kepada seorang pemenang.. Pendapatan selebihnya digunakan untuk menampung kos operasi syarikat dan juga keuntungan.. ;)

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Untuk makluman anda, saya kurang berminat untuk melanggan Readers Digest untuk 12 keluaran tersebut.. Jadi sekiranya anda merupakan pembeli setia Readers Digest, mungkin kita boleh buat satu strategi yang menguntungkan..

Anda melanggan Readers Digest 12 keluaran dengan menggunakan nama saya.. Seandainya ada rezeki saya memenangi hadiah tersebut, anda ambil 80% bahagian anda.. Manakala saya dapat 20% bahagian saya pun sudah memadai.. ;)

P/s: Selain daripada cek RM200,000 dan 3 buah kereta terdapat beberapa hadiah lain yang turut ditawarkan oleh pihak Readers Digest dalam Contest Giveaway ini..

Admin blog
http://sembanghari2.blogspot.com/


Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

18 ulasan:

  1. Bro dah 2x dapat envolope nie...

    Tapi memang akan ada pemenangnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Pemenang untuk Contest Dari Readers Digest ni memang ada.. Contest ni bukan tipu.. ;)

      Padam
  2. saya br jer dpt hr ni sampul yg sama, kunci kereta, 3 kereta dgn no siri yg sama tp kereta,RD 2638 jenis kereta BMW... n der 2 voucher, voucher no.1 n vocher no.2, nmpk sgt penipu....mmg ar der pemenang der....tp blom tentu kta yg menang..cra RD wat cm kta jer yg nk menang...hahaha....
    sy pon der ambik pic kunci n voucher der.... cuma term der tmbh ckit kt bwh skali smpul 2...''To enter contest without subscribing to RD mgazine, return voucher no.1 only. ''Also do not return your car key as will not be eligible for thank you prize contest.'' 2 pon kalo der org perasan, coz dia tulis last sekali....

    BalasPadam
  3. saya br jer dpt hr ni sampul yg sama, kunci kereta, 3 kereta dgn no siri yg sama tp kereta,RD 2638 jenis kereta BMW... n der 2 voucher, voucher no.1 n vocher no.2, nmpk sgt penipu....mmg ar der pemenang der....tp blom tentu kta yg menang..cra RD wat cm kta jer yg nk menang...hahaha....
    sy pon der ambik pic kunci n voucher der.... cuma term der tmbh ckit kt bwh skali smpul 2...''To enter contest without subscribing to RD mgazine, return voucher no.1 only. ''Also do not return your car key as will not be eligible for thank you prize contest.'' 2 pon kalo der org perasan, coz dia tulis last sekali....

    BalasPadam
  4. Saya pun dah setahun lebih sejak disember 2011 lagi dah menyertai peraduan ini. semuanya sy ikut da hantar dokumen apa yang patut.sampai sekarang masih macam tu aje..kadang2 sy boring jga..bilakah penghujungnya..tapi sya nak cuba jga.byk jg buku2 yang sy minati, saya order.yg tk diminati sy tak order.Kalau di lihat dlm beg, penuh dengan surat2 dr syarikat ni sebagai bukti sy mengikutinya.

    BalasPadam
  5. entah dr mne dtgnya RD ni sy pun v thulh....cz tetiba jew sampai at sy envelope.....sy trs mengikuti apa yg dia suh reply...sy trut jew...yg terbaru smlm....dia ada bagi sy beg balikm kampung dr RD sdri...confius jgak sy..apakah tujuan semua ni

    BalasPadam
  6. bukan main gembira lagi saya dapat surat dari rd. ingatkan menang. pikir2 balik, mungkin trick je kot. wakakaka.dia kata reply dapat rm60k.

    BalasPadam
  7. bukan main gembira lagi saya dapat surat dari rd. ingatkan menang. pikir2 balik, mungkin trick je kot. wakakaka.dia kata reply dapat rm60k.

    BalasPadam
  8. trm ksh korang kongsi maklumat. selama ni saya tercari-cari tentang hala tuju reader's digest ni..cam mengarut jerk..skrg sy dh mula fhm

    BalasPadam
  9. selama ni sy buat x layan je..takut kena tipu..maklumlah dh banyak berlaku so kena berhati-hati dalam setiap tindakan

    BalasPadam
  10. trm ksh korang kongsi maklumat. selama ni saya tercari-cari tentang hala tuju reader's digest ni..cam mengarut jerk..skrg sy dh mula fhm

    BalasPadam
  11. Saya terlambat search tentang RD ni.. sepatutnya saya search dulu sebelum reply kt diorg.. baru petang tadi saya reply surat RD.. siap bagi no kad bank lagi sbb saya order buku rm110.. resit order die sebijik mcm gmbr terakhir kt ataa tu.. ape patut saya buat erk? Samada biarkan je dia tolak duit dlm akaun saya @ saya perlu keluarkan duit dlm akaun saya sebelum surat smpai ke tgn they all.. please reply & tolong bagi pendapat kt saya..

    BalasPadam
  12. sy pun arini dpt surat dari RD sdgkn tak prnh pun sertai contest ataupun lnggan mjlah RD... tup..tup.. dpt surat dari RD mgatakan sy WINNER RM625,000 MEGA MILLION CONTEST.. mcm tak pcaya je nk dpt duit sng mcm tu skli.. siap ckp akn ambik kita dari KL ke hotel 5star.. pergi plak dgn limousine ke hotel tu..

    BalasPadam
  13. Kta pun sama je blm ada sbrng jwpn dr RD

    BalasPadam
  14. saya dh dapat berpuluh2 surat and xpernah reply, harini dapat jemputan ke 5 start treatment utk menang rm58 5000, siap ade limo dtg rumah plak kalau kita reply nk pergi.

    BalasPadam
  15. Nenek kebayan, kita sama cuma sya bru dpt pada 29 may 2015..
    Tq for info uollls

    BalasPadam
  16. Nenek kebayan, kita sama cuma sya bru dpt pada 29 may 2015..
    Tq for info uollls

    BalasPadam
  17. Nenek kebayan, kita sama cuma sya bru dpt pada 29 may 2015..
    Tq for info uollls

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra