Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang Strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh pihak Readers Digest Malaysia melalui blog Sembang Hari2 yang bertajuk Readers Digest nak bagi RM200,000  

Entri tersebut ternyata mampu menarik minat ramai pengunjung untuk singgah di Blog Sembang Hari2 sehingga menjadikan entri tersebut entri paling popular di blog Sembang Hari2..

Dan lebih menggembirakan lagi, entri tersebut berjaya mengumpul komen yang agak banyak daripada para pembaca, berdasarkan pengalaman mereka menerima surat daripada Reader's Digest, dan ada juga yang menyatakan mereka pernah menjadi salah seorang pemenang bagi hadiah utama yang ditawarkan oleh pihak Reader's Digest... 

Tetapi sayangnya entri ini sudah tidak dapat dibaca lagi di blog sembang hari2 disebabkan masalah teknikal yang masih tidak dapat diperbaiki sehingga kini... Kesannya entri ini tidak mampu lagi berada di Page pertama Google, walaupun ianya masih lagi wujud... Kalau tak percaya, anda boleh "Copy And Paste" perkataan "Readers Digest nak bagi RM200,000" dekat carian Google.. dan lihat hasilnya...

Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya telah pun "copy and Paste" entri tersebut ke blog Coretan Anuar... Walaupun "aura" entri tersebut telah sedikit berkurangan kerana kurang mendapat komen dan perbincangan seperti entri asal, tetapi setidak-tidaknya anda masih berpeluang membaca perkongsian info tersebut... Sekiranya berminat nak baca entri Readers Digest nak bagi RM200,000 di blog Coretan Anuar, sila klik di sini

Melalui entri yang saya hasilkan sebelum ini, telah menyebabkan saya mendapat satu mesej daripada salah seorang pembaca blog saya... Yang telah mendapat surat terbaru daripada pihak Reader's Digest... Beliau ingin meminta pandangan saya, samada surat tersebut boleh dipercayai ataupun tidak?  

Inilah isi kandungan surat yang telah beliau attachkan kepada saya... dan saya kongsikan info ini untuk pengetahuan bersama.. 

Surat terkini daripada Reader's Digest Malaysia
(Nama penerima terpaksa saya  padamkan, disebabkan surat ini bukan saya yang punya)


Sambungan surat daripada Reader's Digest Malaysia

Hadiah yang ditawarkan tersangatlah lumayan... Grand Prize RM625,000... Lebih daripada setengah juta... Membuatkan orang berminat nak tahu, dalam masa yang sama mula ragu-ragu untuk mempercayainya.... Betulker ada orang yang pernah memenangi Grand Prize yang ditawarkan oleh pihak Reader's Digest... Atau sekadar strategi pemasaran semata-mata??

Saya percaya pihak Reader's Digest tentu sedar akan persepsi/reaksi yang terbit secara spontan daripada para penerima "surat jualan" yang telah mereka hantar... Jadi pada kali ini, pihak Readers Digest turut menyertakan sekali gambar pemenang Contest yang lalu, sebagai testimoni untuk menarik kepercayaan bakal pelanggan mereka...  

Pemenang Super Contest ke 25, Ms Nor Ain memenangi wang tunai RM220,000

Dan juga tawaran yang menakjubkan..

Bagi pendapat peribadi saya... Surat yang anda terima daripada pihak Reader's Digest sebenarnya merupakan surat jualan secara "Soft-Sell"... Pihak Reader's Digest menawarkan hadiah yang besar untuk menarik minat penerima surat jualan mereka, supaya membeli barangan jualan yang biasanya turut disertakan dalam surat tersebut...

Terdapat banyak syarikat yang masih menggunakan strategi pemasaran melalui pos seperti Bank-bank yang terdapat di Malaysia (Biasanya mereka menghantar bil kad kredit berserta dengan katalog), Bonuslink, TM (Telekom), Astro (Bil berserta tawaran upgrade perkhidmatan), Syarikat-syarikat MLM, Syarikat-syarikat telefon seperti Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya... 

Dan terdpat lebih banyak syarikat-syarikat yang telah beralih arah.. Daripada melaksanakan strategi pemasaran melalui Pos kepada teknik pemasaran melalui email dan laman web.. seperti dalam contoh di bawah:


Nama penuh
E-mail address





Anda hanya perlu meninggalkan nama penuh dan e-mail adress pada kotak yang disediakan untuk mendapatkan surat jualan melalui e-mail... dan tidak lagi di peti surat yang terdapat di rumah anda...

Kedua-dua strategi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.. Ada orang suka dapat email dan ada orang yang lebih selesa mendapat surat fizikal... Walaubagaimanapun teknik pemasaran melalui email lebih menjimatkan kos berbanding kepada strategi pemasaran melalui pos... Strategi pemasaran melalui email tidak memerlukan penjual mencetak surat jualan, membeli envelope, dan membeli setem/kos penghantaran surat (Harga Setem dah semakin mahal) menyebabkan ianya jauh lebih berbanding strategi pemasaran melalui pos.. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kedua-dua strategi pemasaran ini, saya syorkan anda baca ebook percuma hasil tulisan saya berjudul 7 Strategi Tambah Wang Saku dengan klik di sini

Semoga info yang saya kongsikan bermanfaat kepada anda.. Terutamanya bagi anda yang kerap menerima surat jualan daripada pihak Reader's Digest... Tepuk dada tanya selera.. 

Sekiranya anda merasakan, anda perlu membeli buku yang dijual oleh pihak Reader's Digest disebabkan isi kandungannya, silalah beli... Tak rugi pun kita melabur ke atas ilmu... ;)

Tetapi, sekiranya anda rasa perlu beli buku tersebut, disebabkan terlalu berharap nak menang hadiah utama yang ditawarkan... fikirkanlah semasak-masaknya... Saya nasihatkan jangan terlalu berharap... Hadiah yang ditawarkan tidaklah sebanyak penerima surat jualan seperti anda... Jadi peratus untuk anda menang terlalu tipis.. Mungkin 0.01% atau lebih kecil dari itu....