Selasa, 12 Mac 2013

Janji Ditepati : Abang Ensem dan Milan Doshi

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu saya mohon maaf yer, sekiranya ada yang beranggapan saya nak berkempen/bercerita tentang politik...

Janji Ditepati : Abang Ensem dan Milan Doshi.... Sekali baca macam Abang Ensem dan Milan Doshi bakal bertanding dalam PRU ke 13... hehehe

Sebenarnya entri ini ditulis berkisarkan tentang dua buku pelaburan hartanah yang pernah saya baca.. Kedua-dua buku ini merupakan hasil tulisan Abang Ensem dan Milan Doshi yang berjudul Jangan Baca Buku Ini!! dan Bagaimana anda boleh menjadi jutawan hartanah terbilang!




Milan Doshi dan Abang Ensem kedua-duanya merupakan pelabur hartanah terkenal dalam Malaysia... Kedua-duanya ada menulis ebook, buku, dan juga mengadakan seminar tentang pelaburan hartanah...

Sebelum ini di wall Facebook saya, saya pernah berjanji untuk menulis review tentang tiga buah buku pelaburan hartanah yang terdapat di pasaran iaitu:

  1. Jangan Baca Buku Ini! (Tulisan Abang Ensem), 
  2. Bagaimana anda boleh menjadi Jutawan Hartanah Terbilang! (Tulisan Milan Doshi), dan
  3. Panduan Lengkap Jejak pelabur hartanah (Tulisan Dr. Shah Razali)


Tetapi disebabkan saya hanya berkesempatan untuk membaca dua buah buku pelaburan ini sahaja... Jadi saya hanya mampu untuk menulis review tentang dua buah buku tersebut...


Bagaimana anda Boleh menjadi jutawan hartanah terbilang!

Bagaimana anda boleh menjadi jutawan hartanah terbilang! merupakan buku pelaburan hartanah pertama yang saya miliki.. Buku ini sebenarnya adalah terjemahan bagi sebuah buku berbahasa Inggeris berjudul "How You Can Become Multi Millionaire Real Estate Investor" yang merupakan  hasil tulisan Milan Doshi (seorang Jurulatih Kewangan Bebas)... 


Buku berjudul Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan Hartanah Terbilang! Mengandungi 7 Bahagian dan 31 Bab kesemuanya.. Kalau saya nak senaraikan tajuk dalam kesemua 31 bab memang tak larat... Jadi, saya senaraikan 7 bahagian sahaja iaitu:
  • Bahagian A : Ayuh kita mulakan (dalam pelaburan Hartanah)
  • Bahagian B : Apa yang perlu anda ketahui dalam membeli Hartanah
  • Bahagian C : Isu-isu perundangan dan cukai secara mudah
  • Bahagian D : Mendapatkan pakej pembiayaan terbaik
  • Bahagian E : Mendalami kerjaya ejen dan jururunding hartanah
  • Bahagian F : Mengurus pelaburan hartanah anda
  • Bahagian G : Isu-isu penting lain dalam pelaburan hartanah...



Antara info menarik tentang pelaburan hartanah yang boleh anda pelajari melalui buku ini antaranya:
  • Ketahui cara untuk mempertingkatkan IQ kewangan dan kemahiran pelaburan
  • Ketahui ciri-ciri pelaburan hartanah yang unggul
  • Ketahui strategi pelaburan para jutawan yang telah terbukti
  • Pelajari cara menangani Institusi perbankan, Perundingan Hartanah, penjual, penyewa
  • Fahami masalah perundangan dan cukai untuk pelaburan hartanah
  • Ketahui pakej pembiayaan terbaik yang bersesuaian dengan profil pelaburan yang unik
  • Dapatkan kemahiran membina Passive Income dah kekayaan melalui Hartanah.
  • Info tentang hartanah lelongan dan bagaimana untuk membelinya
  • Dapatkan pulangan 20% - 30% dari Pelaburan hartanah dan reinvest keuntungan untuk lebih banyak Hartanah.
  • Beli hartanah dengan wang muka Sifar atau sedikit seperti Tony Fernandes dan rakan niaganya membeli Air Asia pada harga RM1?
  • Dan banyak lagi 


Kesemua info tersebut dijelaskan secara terpeinci, berserta gambar, jadual dan contoh... Sememangnya berbaloi memiliki buku ini pada Harga RM59.90..

Tetapi masalahnya buku ini terlalu tebal... Sehingga sekarang saya masih belum berjaya membaca kesemua 309 muka surat... Baru baca sedikit dah rasa mengantuk... Jadi, saya membaca pada bahagian-bahagian yang saya rasa nak tahu sahaja... ;)

Anda boleh mendapatkan buku "Bagaimana boleh menjadi Jutawan Hartanah Terbilang!" di kedai-kedai buku berhampiran trempat kediaman anda, ataupun secara online di link berikut http://www.mphonline.com


Apa pula yang menarik tentang Jangan Baca Buku Ini?



Sumber : Klik Di Sini

"Jangan Baca Buku Ini!!" menghimpunkan Tips dan Info Hartanah dalam bentuk yang ringkas, padat, santai dan penuh dengan humor bagi memudahkan anda memahaminya dengan lebih mudah.

Buku ini sesuai di baca oleh golongan muda remaja "seperti saya" yang berminat untuk mempelajari selok belok dalam pelaburan hartanah... Tetapi tidak mempunyai masa atau berminat untuk membaca buku yang tebal dengan maklumat yang panjang berjela.. Sehingga boleh membuatkan orang tertidur apabila membacanya...

Jadi, untuk mengatasi masalah "keboringan" kaum remaja membaca buku tentang pelaburan hartanah yang sedia ada di pasaran, maka buku ini adalah penyelesaiannya..

Buku ini mengandungi 5 bab kesemuanya:
  • Bab 1 : Pengenalan Pelaburan Hartanah
  • Bab 2 : Tips-Tips Pelaburan Hartanah
  • Bab 3 : Tips Pengurusan Penyewa
  • Bab 4 : Tips Tentang Peguam & Khidmat Guamannya
  • Bab 5 : Tips Tentang Pinjaman Bank
Jangan Baca Buku Ini, kalau anda langsung tak berminat untuk membeli rumah!! 

Tapi bacalah buku ini sehingga tamat, setelah anda mula membacanya... Pasti tak kering gusi anda dibuatnya... ;)


Harga Buku ini jauh lebih murah berbanding buku "Bagaimana boleh menjadi Jutawan Hartanah Terbilang!".. Iaitu hanya sahaja RM25 termasuk kos penghantaran.. 

Buku ini tidak dijual di mana-mana kedai buku.. Buku ini hanya dijual oleh pengedar tertentu sahaja, dan ianya masih lagi baru di pasaran. Stok adalah terhad.. Dapatkan segera buku ini sebelum kehabisan stok.. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku "Jangan Baca Buku Ini" sila hubungi saya menerusi: 
Tepuk dada tanya selera... Sekiranya anda suka baca buku yang sarat dengan maklumat macam buku teks dekat sekolah, saya syorkan anda dapatkan buku "Bagaimana boleh menjadi Jutawan Hartanah Terbilang!".. Tetapi sekiranya anda sekadar nak dapatkan tips-tips ringkas tentang pelaburan hartanah, saya syorkan anda mendapatkan buku "Jangan Baca Buku Ini!!"

Pilihan terletak di tangan anda... ;)

Panduan Lengkap Jejak Pelabur Hartanah


Selain daripada dua buku fizikal di atas, saya juga mengesyorkan anda membaca buku "Panduan Lengkap Jejak Pelabur hartanah".. Buku ini ditulis oleh pakar kewangan dan Pelaburan hartanah yang tidak perlu saya perkenalkan lagi iaitu  Dr. Shah Razali..

Dengan status Doktor yang beliau ada pun kita dah dapat membayangkan isi kandungan buku hasil tulisan beliau.. 



Sumber : Klik Di Sini

Buku ini mengandungi 17 bab kesemuanya:
  • Bab 1     : Mengapa Hartanah
  • Bab 2     : Profil Pelabur Hartanah
  • Bab 3     : Memilih Penasihat Pelaburan
  • Bab 4     : Memiliki Matlamat Kewangan
  • Bab 5     : Kitaran Pasaran Hartanah
  • Bab 6     : Jenis-jenis Pegangan Hartanah
  • Bab 7     : Jenis-jenis hartanah
  • Bab 8     : Garis Panduan Pelaburan Hartanah
  • Bab 9     : Strategi Pelaburan Hartanah
  • Bab 10   : Rahsia Kekayaan Hartanah
  • Bab 11   : Mendapatkan Modal untuk Pelaburan Awal
  • Bab 12   : Pinjaman Bank
  • Bab 13   : Membeli dan Menyewakan Rumah
  • Bab 14   : Mengurus dan Melindungi Hartanah
  • Bab 15   : Menjual dan Mendapat Untung
  • Bab 16   : Perundangan dan Percukaian
  • Bab 17   : Tip Menjadi Pelabur Muslim yang Cemerlang


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang buku ini, saya syorkan anda Klik Di Sini



Semoga info ini berguna untuk anda yang berminat untuk membeli rumah/hartanah... Tetapi tidak berani hendak memulakan langkah pertama disebabkan kekurangan ilmu atau takut untuk mengambil risiko kerugian... 

Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut, tuntutlah sedikit ilmu sebelum anda berhasrat untuk menceburkan diri dalam pelaburan hartanah... Ini kerana pelaburan ini menuntut komitmen kewangan yang besar... Sekiranya kita tersilap langkah, akan memberikan aliran tunai negatif kepada status kewangan kita... Malah ada yang terpaksa menanggung hutang yang besar, sehingga muflis disebabkan gagal membayar ansuran bulanan..

Ramai orang yang berjaya menjana keuntungan yang lumayan melalui pelaburan hartanah... Tetapi ada juga yang menanggung kerugian disebabkan pelaburan hartanah... Perbezaan di antara mereka yang berjaya dan mereka yang gagal, biasanya adalah disebabkan ilmu... Orang yang gagal, sekiranya terus berusaha, pasti akan berjaya pada satu hari nanti juga disebabkan ilmu dan pengalaman...

Jadi, fikir-fikirkanlah.... Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya!!

6 ulasan:

  1. Pelaburan hartanah ni agak berbaloi.. mungkin suatu hari nanti akan baca buku-buku yang tersenarai atas tu..

    BalasPadam
  2. ada buku abang ensem tu tapi takat ni belum lagi pergi ke arah hartanah lagi

    BalasPadam
  3. Baru ada satu rumah yang disewakan..dan kebetulan baru dapat ebook AE..dah boleh agak cara AE mesti sempoi..hehe

    BalasPadam
  4. Hehe, yang Milan Doshi saya dah baca. Tetapi yang abang ensem belum lagi :-)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra