Khamis, 24 Mei 2012

Anuar bercerita tentang Politik di Malaysia..

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebagai seorang kakitangan kerajaan sememangnya saya mengambil sikap berkecuali untuk bercerita tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan politik ni.. Sebagai seorang blogger pula, saya tidak mahu memaparkan isu-isu politik untuk mempopularkan blog saya.. Tak ada faedahnya.. 

Biarlah blog saya ni biasa-biasa sahaja.. Tidak sepopular blog papagomo yang terlalu ekstrem bercerita tentang keaiban ahli-ahli politik.. Atau blog beautifulnara yang banyak mendedahkan gambar-gambar dan gosip-gosip artis.. Kalau saya buat cerita-cerita sensasi macam blog-blog tersebut, memang boleh dapat populariti.. Boleh dapat banyak trafik.. Lebih-lebih lagi dekat pilihan raya ke 13 ni.. Semua rakyat Malaysia sibuk nak baca cerita yang ada kena mengena dengan politik.. 

Kebanyakan berita yang terpapar di media massa seperti Televisyen dan Surat khabar semuanya menceritakan tentang politik.. Semua parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini ingin menunjukkan bahawa mereka adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia..

Sumber : Kuasa PRU13


Sekiranya anda begitu fanatik dengan mana-mana parti atau ahli politik.. saya harap anda tidak begitu terbawa-bawa sehingga ke dalam kehidupan anda.. ia boleh menyebabkan anda bermasam muka dengan adik beradik, tidak bertegur sapa dengan jiran tetangga, bergaduh dengan rakan sekampung dan sebagainya... Berpada-padalah dalam berpolitik.. Jangan terlalu over sehingga boleh menjejaskan hubungan siratulrahim sesama kita..

kalau terlalu over dengan politik.. Kesudahannya orang sokong BN bermasam muka dengan orang sokong PAS dan PKR.. Orang sokong PAS tak nak sembahyang semasjid dengan tok imam yang menyokong BN.. Orang sokong PAS tak nak pergi kenduri ke rumah penyokong BN.. dan sebagainya.. Perkara macam ni biasanya boleh berlaku di kampung-kampung.. Dan tidak dinafikan juga turut berlaku di kawasan-kawasan perumahan..

Ianya berbeza dengan hubungan antara ahli-ahli politik semasa di parlimen.. Ahli-ahli    politik bergaduh sesama mereka semasa berada di parlimen untuk mambahaskan tentang sesuatu isu.. Masa tu kalau kita tengok di televisyen, mereka memang bergaduh sakan.. Masing-masing membawa hujah untuk mempertahankan pandangan mereka terhadap sesuatu isu... Tapi bila keluar dari dewan perbahasan, mereka boleh minum kopi bersama-sama.. Sembang dan gelak sama-sama...

tapi berbeza pula situasinya apabila ahli-ahli politik ni bertemu dengan rakyat .. Mereka akan menceritakan kebaikan mereka dan dalam masa yang sama turut menceritakan keburukan lawan mereka.. Melalui pendekatan ini secara tidak langsung dapat meraih sokongan daripada para penyokong mereka.. Dan dalam masa yang sama dapat memberikan gambaran negatif kepada rakyat tentang seteru mereka.. Adakah dengan memburukkan orang lain merupakan cara berpolitik yang baik??

Cikgu-cikgu di dalam kelas berusaha sehabis baik untuk menjadikan anak murid mereka orang yang baik-baik.. Ajar pelajar mereka supaya tidak memburukkan atau mengumpat orang lain.. Tetapi apabila mereka mendengar ceramah orang-orang politik, lain pula ceritanya.. Bagaimana kita nak memberikan contoh dan tauladan yang baik kepada remaja kita pada hari ini?? Sekiranya begini situasinya...

Alangkah baiknya kalau ahli politik bercerita perkara yang baik-baik sahaja untuk meraih undian.. Tanpa sesekali menceritakan keburukan orang lain.. Tentu sejuk hati pakcik-pakcik dekat kampung tu mendengar ceramah politik yang disampaikan.. Silap-silap pakcik tu boleh offer untuk dijadikan menantu.. ;)

Walaupun apa yang saya tulis ini kelihatan lucu.. Tetapi ada cerita sebenar disebaliknya..  Saya mengambil contoh pemimpin yang terbaik, iaitu Rasulullah S.A.W.. Disebabkan sifat -sifat baginda sebagai seorang pemimpin yang adil, baik, jujur dan amanah.. Sahabat beliau sendiri, iaitu Abu Bakar As-Sidiq telah melamar baginda untuk dijadikan menantu.. Walaupun pada ketika itu anak perawan Saidina Abu Bakar As-Sidiq, iaitu Saidatina Aishah R.A baru berumur 9 tahun.. Tak ada apa yang nak dihairankan.. Ini semua kuasa tuhan.. untuk memuliakan dan mengangkat darjat sesiapa sahaja yang dikehendaki..



Jika kita mengkaji sejarah umat Islam, terdapat kisah yang menceritakan tentang umat Islam saling berselisih berkenaan politik. 


Perselisihan ini bukan sekadar debat dan saling memulau, akan tetapi menyebabkan pengangkatan senjata dan pertumpahan darah.


Sebenarnya Islam sudah meletakkan kaedah politik yang tersendiri. Sebagai agama yang lengkap, Islam tidak lupa akan isu politik dan kepimpinan. 


Hanya saja di kalangan umat Islam ada di antara mereka yang tidak sampai ilmu berkenaan hukum politik Islam, atau mereka salah faham terhadapnya, atau mereka mentakwilkannya atas sebab-sebab tertentu.


Beberapa Pendapat Pemikir Islam Mengenai Kepimpinan:-


1. Al Farabiy (lahir sekitar tahun 259 H) menulis antaranya ialah kitab berjudul ‘al-Madinah al-Fadilah’ (Kota Unggul) dan ‘al Qa’id al Fa’al (Sifat-Sifat Pemimpin berkesan) yang mana beliau menekankan kualiti kepimpinan utama di-‘Kota Unggul’nya seharusnya merupakan orang yang terbaik berasaskan sejumlah sifat-sifat kepimpinan, baik sifat-sifat yang tabii mahupun sifat-sifat yang di pelajari.


2. Al-Ghazaliy (1058-1111M) seorang tokoh ilmuwan ensiklopedik yang sangat prolifik dengan karya-karya tulisannya, antara lain telah menulis kitab, al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Mulk, yang antara lain telah menggariskan tugas khalifah atau pemimpin sebagai berikut:

  • Perlunya para pemimpin menyedari peri pentingnya jawatan yang disandang dan beratnya tanggungjawab yang dipikul,
  • Galakan kepada para pemimpin agar menjalin hubungan dengan golongan ilmuwan,
  • Para pemimpin dan pengikutnya dituntut agar menghindarkan kezaliman,
  • Para pemimpin dituntut supaya tidak angkuh dan tidak menindas rakyat,
  • Para pemimpin harus memahami pendirian pihak-pihak lain dengan cuba meletakkan diri dalam posisi mereka. Maksudnya jika ia tidak suka sesuatu terjadi kepada dirinya, maka janganlah ia merelakan ia terjadi kepada orang lain,
  • Para pemimpin harus segera melayani keperluan orang lain,
  • Para pemimpin dinasihatkan agar tidak tenggelam dalam keserakahan nafsu sehingga mengabaikan tanggungjawab,
  • Mereka dinasihatkan agar bersikap penyayang kepada rakyatnya,
  • Mereka juga diminta memberikan kepuasan kepada rakyat dalam batas-batas yang ditentukan Syara’,
  • Seterusnya mereka diperingatkan supaya jangan mencari dokongan seseorang dengan cara yang bertentangan dengan Syara’.

Adalah jelas bahawa melantik kepimpinan adalah wajib, dan bagi seseorang yang mampu dan layak, adalah menjadi fardu kifayah untuknya menawarkan diri untuk mengambil tampuk kepimpinan. 


Maka sekiranya beliau menjadi seorang pemimpin yang adil dan menjalankan tugasnya dengan patuh kepada ajaran dan petunjuk Allah swt, maka beliau akan mendapat perlindungan dari Allah pada hari di mana tidak ada perlindungan lain melainkan perlindungan Allah semata-mata.



Baru-baru ini saya da terbaca satu kajian yang dilaksanakan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Universiti Malaya Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL).. Kajian tersebut bertajuk  "Persepsi Politik Malaysia dan Kepimpinan Sebelum Pilihanraya Umum ke-13" 


Untuk pengetahuan anda, UMCEDEL telah ditubuhkan pada 14 April 2010 sebagai sebuah pusat penyelidikan yang mengkhusus dalam penyelidikan dan penerbitan pada demokrasi dan pilihan raya di Malaysia.

"Persepsi Politik Malaysia dan Kepimpinan Sebelum Pilihanraya Umum ke-13" merupakan kajian terkini yang dijalankan oleh UMCEDEL. 

Kajian ini melibatkan 2559 responden dengan pengumpulan data menggunakan pensampelan yang digunakan untuk tujuan tertentu mengikut keselesaan. 

Margin kesilapan kaji selidik itu adalah 1.9% pada tahap 95% keyakinan. Antara penemuan kajian tersebut ialah:
  1. 51 peratus daripada responden akan memilih parti itu sebelum calon-calon dalam pilihan raya umum akan datang.
  2. 43 peratus daripada responden percaya bahawa Barisan Nasional akan menang dalam pilihan raya umum akan datang.
  3. 44 peratus daripada responden berpuas hati dengan prestasi Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan Malaysia.
  4. 32 peratus daripada responden memberi respons bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai relationsip baik dengan orang ramai.
  5. 43 peratus daripada responden percaya bahawa konsep 1 Malaysia akan meningkatkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
  6. 35 peratus daripada responden tidak percaya video seks yang menyangka Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbanding hanya 20 peratus orang-orang yang beriman.
  7. 40 peratus daripada responden berpendapat bahawa PAS boleh menjadi alternatif kepada UMNO.
  8. 37 peratus daripada responden percaya bahawa kelakuan pilihan raya di Malaysia tidak adil dan telus dalam cara.

Saya tertanya-tanya di dalam hati, adakah dapatan kajian ini akan mempengaruhi keputusan pilihan raya pada kali ini?? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita nantikan keputusan pilihan raya PRU 13 yang mungkin akan diadakan tidak lama lagi..







1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra