Isnin, 7 Januari 2013

Lagu Terukir Di Bintang Berjaya Memenangi AJL 27..

with 5 comments


Tahniah diucakan kepada Yuna (Penyanyi Asal/penulis lirik) dan Aizat (Penyanyi Gantian) kerana lagu Terukir Bintang berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu untuk edisi ke 27..

Syabas diucapkan kepada Aizat kerana berjaya membawa lagu Terukir Di Bintang dengan baik, walaupun beliau bukanlah penyanyi asal lagu tersebut.. Ternyata pengalaman memenangi AJL ke 24 dan beberapa kali memasuki peringkat akhir Juara Lagu telah memberi satu kelebihan kepada Aizat untuk menyanyikan lagu ini..


Yuna selaku penulis lirik dan penyanyi asal lagu Terukit di Bintang, tidak dapat membuat persembahan dalam AJL pada kali ini disebabkan beliau berada di Los Angeles atas urusan kerja.. Tentu beliau berasa gembira apabila menerima berita kemenangan ini... Setelah beberapa tahun memasuki peringkat Akhir Juara Lagu, Akhirnya ada juga lagu Yuna yang berjaya memasuki senarai Pemenang AJL seperti berikut:   


  • Juara Anugerah Lagu 2000 (AJL KE-16) -Siti Nurhaliza – Balqis
  • Juara Anugerah Lagu 2001 (AJL KE-17)-Yasin – Mimpi Laila
  • Juara Anugerah Lagu 2002 (AJL KE-18)-Nurul & Ajai – Keliru
  • Juara Anugerah Lagu 2003 (AJL KE-19)-Misha Omar – Bunga-bunga Cinta
  • Juara Anugerah Lagu 2004(AJL KE-20)-Spider – Relaku Pujuk
  • Juara Anugerah Lagu 2006(AJL KE-21)-Adibah Nor-Terlalu Istimewa
  • Juara Anugerah Lagu 2007 (AJL KE-22)-Estranged-itu kamu
  • Juara Anugerah Lagu 2008 (AJL KE-23)- Meet Uncle Hussain-Lagu Untukmu
  • Juara Anugerah Lagu 2009(AJL KE-24)-Aizat-Pergi
  • Juara Anugerah Lagu 2010 (AJL KE-25)-Ana Rafalli - Tolong Ingatkan Aku
  • Juara Anugerah Lagu 2011 (AJL KE-26) -Hafiz AF7 - Awan nano
  • Juara Anugerah Lagu 2012 (AJL Ke-27) - Yuna/Aizat - Terukir Di Bintang


Usaha yang telah dilakukan oleh Yuna selama ini akhirnya terbalas...

Selain Aizat, para pemenang lain dalam AJL pada kali ini juga sebahagian besarnya merupakan penyanyi-penyanyi yang pernah memasuki peringkat akhir AJL sebelum ini.. Berikut merupakan keputusan keseluruhan Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 27:


  • Tempat Pertama            : Terukir Di Bintang (Aizat)
  • Tempat Kedua               : Idola (Azlan And The Typewriter)
  • Tempat KeTiga              : Ku Akui (Hafiz AF7)
  • Vokal Terbaik                : Ku Akui (Hafiz AF7)
  • Persembahan Terbaik     : Teman Pengganti (Black) 


Juara AJL 26 dan Mania iaitu Hafiz AF7 sekadar berjaya menduduki tempat ketiga menerusi lagu Ku Akui. Namun begitu, beliau berjaya memberikan persembahan Vokal yang cukup mantap pada malam ini... Sekaligus membolehkan beliau mempertahankan kemenangan untuk Kategori Vokal Terbaik yang turut dimenanginya pada tahun lepas...

Sementara itu, Azlan yang pernah memenangi AJL ke 23 bersama Meet Uncle Hussein sekadar memenangi tempat ke 2 dalam AJL pada kali ini... Walaupun Azlan & Type Writer  telah memberikan persembahan terbaik menerusi lagu Idola, Tetapi vokal beliau tidak semantap semasa beliau menyanyikan Lagu Untukmu pada AJL ke 23 (tahun 2008)...

Untuk kategori persembahan terbaik dimenangi oleh Black dan Malique (Komposer dan Penulis Lirik) menerusi lagu Teman Pengganti. Kategori Persembahan Terbaik pada AJL kali ini 100% ditetukan oleh para peminat menerusi undian SMS.. Tahniah diucapkan kepada Black kerana berjaya mendapat undian tertinggi menerusi SMS..  

Tahniah juga diucapkan kepada kesemua 12 Finalis AJL 27 kerana telah membuat persembahan dengan baik... 

1. Lagu : Idola
Artis Malaysia : Azlan dan The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Lirik : Azlan

2. Lagu : Pelangi Senja
Artis Malaysia: Stacy
Komposer : Taja
Lirik : Tun Teja

3. Lagu : Anak Kampung
Artis Malaysia: Jimmy Palikat dan One Nation Emcees
Komposer : Jimmy Palikat
Lirik : Jimmy Palikat dan One Nation Emcees

4. Lagu : Terukir di Bintang
Artis Malaysia : Aizat (Penyanyi asal Yuna)
Komposer : Yuna
Lirik : Yuna

5. Lagu : Ombak Rindu
Artis Malaysia : Hafiz dan Adira
Komposer : Zaidi
Lirik : Zaidi

6. Lagu : Tanpamu
Artis Malaysia : Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Lirik : Amir Jahari

7. Lagu : Lagu
Artis Malaysia : Bedroom Sentuari
Komposer : Bo Amir Iqram
Lirik : Bo Amir Iqram

8. Lagu : Teman Pengganti
Artis Malaysia : Black
Komposer : Malique
Lirik : Malique

9. Lagu : Ku Akui
Artis Malaysia : Hafiz
Komposer : Ajai
Lirik : Ajai

10. Lagu Simetri
Artis Malaysia : Hazama dan Amy Search
Komposer : Audi Mok
Lirik : Firdaus

11. Lagu : Andai ku Bercinta Lagi
Artis Malaysia : Mojo
Komposer : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim

12. Lagu : Patah Seribu
Artis Malaysia : Shila Amzah
Komposer : Shila Amzah
Lirik : Shila Amzah


Menang dan kalah merupakan adat pertandingan.. Bagi para Artis yang tidak berjaya memenangi AJL pada kali ini, jangan berputus asa..Anda sebenarnya sama hebat dengan artis-artis yang lain.. Cuma nasib mungkin tidak menyebelahi anda pada kali ini...

Jadi, Boleh cuba lagi untuk AJL pada siri-siri yang akan datang...

5 ulasan:

  1. lagu terukir di bintang ni memang best la..best je layan..huhu..

    BalasPadam
  2. hoho..aizat dan hafiz. dua-dua bekas akademi fantasia.

    BalasPadam
  3. Memang suka lagu Yuna, tapi tak berapa minat kalau Aizat yang nyanyikan..:)

    BalasPadam
  4. suka suara & lagu hafiz nyanyi..suke suke... ;)

    BalasPadam
  5. Lebih suka kalau Idola yang menang.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra