Jumaat, 4 Mei 2012

Anugerah Juara Lagu yang terbaik setakat ini..

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak kongsi cerita sikit pasal juara lagu.. Ini bukanlah cerita gosip.. Sebab saya tak pandai bergosip.. Dan tidak mengikuti sangat perkembangan dunia artis samada dalam ataupun luar negara...

Saya jarang menonton video klip artis, konsert, mendengar lagu dan sebagainya.. Kehidupan saya banyak dihabiskan bersama anak-anak, menonton televisyen (cerita anak-anak saya), membaca akhbar atau majalah, melayari internet, menulis blog dan sebagainya..


Setiap kali ada pertandingan juara lagu, saya tidak berkesempatan berapa berminat untuk menontonnya.. Tapi selalu juga pasang telinga disebabkan isteri saya suka tengok juara lagu.. Biasanya sewaktu ada juara lagu di Televisyen, saya akan mengambil bahagian melayan anak-anak saya bermain.. ataupun saya membuat kerja-kerja dihadapan komputer.. Berblog lah tu.. ;)

Tapi bila saya terdengar lagu-lagu best, saya akan menyertai isteri saya menonton AJL sehingga habis lagu tersebut.. Jadi setiap kali ada pertandingan akhir juara lagu, tidak semua lagu saya akan tonton.. Cuma lagu-lagu yang menarik perhatian saya sahaja..

Tetapi setakat ini Alhamdulillah.. Lagu-lagu yang menarik perhatian saya mengganggu kerja-kerja saya, berjaya memenangi anugerah juara lagu.. Contohnya Lagu Awan Nano (AJL ke 26), Lagu Pergi (AJL ke 24), Lagu Untukmu (AJL ke 23), Lagu Terlalu Istimewa  (AJL ke 21), dan Lagu Relaku Pujuk (AJL ke 20)..

Kiranya berbaloi juga lah kan, saya menonton persembahan lagu-lagu tersebut.. dan lagu tersebut menang.. ;)

Sebenarnya tak semua AJL pun saya tonton.. kalau ikutkan semua pemenang AJL memang best-best belaka.. Tapi antara lagu-lagu yang berjaya memenangi AJL dari tahun 2000 hingga tahun 2011, anda rasa lagu mana yang paling best?? Saya ada menyenaraikan kesemua lagu tersebut seperti di bawah:
  • Juara Anugerah Lagu 2000 (AJL KE-16) -Siti Nurhaliza – Balqis
  • Juara Anugerah Lagu 2001 (AJL KE-17)-Yasin – Mimpi Laila
  • Juara Anugerah Lagu 2002 (AJL KE-18)-Nurul & Ajai – Keliru
  • Juara Anugerah Lagu 2003 (AJL KE-19)-Misha Omar – Bunga-bunga Cinta
  • Juara Anugerah Lagu 2004(AJL KE-20)-Spider – Relaku Pujuk
  • Juara Anugerah Lagu 2006(AJL KE-21)-Adibah Nor-Terlalu Istimewa
  • Juara Anugerah Lagu 2007 (AJL KE-22)-Estranged-itu kamu
  • Juara Anugerah Lagu 2008 (AJL KE-23)- Meet Uncle Hussain-Lagu Untukmu
  • Juara Anugerah Lagu 2009(AJL KE-24)-Aizat-Pergi
  • Juara Anugerah Lagu 2010 (AJL KE-25)-Ana Rafalli - Tolong Ingatkan Aku
  • Juara Anugerah Lagu 2011 (AJL KE-26)
    -Hafiz AF7 - Awan nano



Bagi pendapat saya tentulah lagu Untukmu (AJL 23).. Sewaktu Lan Meet Uncle Hussain menyanyikan lagu tersebut, saya rasa tergamam menontonnya.. (Terus berhenti daripada membuat kerja).. Begitu bertenaga persembahan yang ditunjukkan oleh Lan pada ketika itu.. Sampaikan isteri saya mengajak saya mencari VCD AJL 23, supaya dapat menonton persembahan MUH berulang kali..

Cari punya cari tak jumpa.. Nasib baiklah ada Youtube.. Cari punya cari dalam Youtube..Terjumpa juga video persembahan tersebut.. 


Itu berdasarkan pendapat saya yang mengatakan lagu untukmu adalah lagu AJL terbaik setakat ini.. lain orang lain pendapat.. Tapi alangkah menariknya kalau diadakan pertandingan antara pemenang-pemenang Juara lagu ni.. macam Pertandingan Maharaja Lawak.. 

Tapi boleh lah nak dipertandingkan untuk semua pemenang edisi AJL.. Jadi banyak sangat lagu yang bertanding..  Mungkin boleh dibuat pertandingan untuk 10 edisi sahaja dalam satu-satu masa.. hehehe..  Baru boleh tengok lagu mana yang paling best.. Betul tak??

  


3 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra