Rabu, 16 Januari 2013

Jalan-jalan Cari Makanan Di Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti, PSIS

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 2 minggu lepas, saya bersama rakan-rakan sepejabat sempat melaksanakan aktiviti Jalan-Jalan Cari Makanan.. Tempat yang dituju pada kali ini tersangatlah dekat dengan tempat saya bekerja.. hanya bersebelahan dengan pejabat kami Iaitu Di Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah..

Bangunan Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah..


Meja ini telah kami tempah sehari sebelum makan,.. ;)

Untuk makluman anda... Di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor ada menawarkan Program Pengurusan Hotel dan Katering.. Jadi, aktiviti makan-makan pada hari ini merupakan sebahagaian daripada aktiviti praktikal yang dijalankan oleh pelajar semester 5 Program Pengurusan Hotel dan Katering..

Hiasan di Dalam Dewan Makan yang kemas dan menarik.. ;)

Rakan-rakan wanita pejabat saya sedang  menikmati hidangan yang disajikan

Dihadapan saya juga rakan sekerja wanita...

Disebelah kiri saya juga rakan sekerja wanita.. Abang Ensem tolonglah jeles..

Sebenarnya saya seorang sahaja "rakan sekerja lelaki" dari jabatan saya yang menyertai aktiviti jalan-jalan cari makanan ni.. Kalau Abang Ensem baca entri ini, tolonglah jeles yer.. hehehe.. ;)

Setiap minggu para pelajar semester 5 Diploma Pengurusan Hotel dan Katering (DHK), akan mengadakan aktiviti makan-makan ini dengan tema yang berbeza.. Tema untuk aktiviti makan-makan pada kali ini ialah American Service.. Para pelajar akan dinilai secara praktikal sepanjang aktiviti makan-makan ini diadakan...

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi melalui sesi temubual dengan pelajar... Pelajar setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan.. Satu kumpulan akan berada di dapur untuk menyediakan makanan.. Dan satu lagi kumpulan akan berada di kawasan dewan makan untuk melayan pelanggan.. Proses ini akan berlarutan selama seminggu, dan untuk dua minggu seterusnya kumpulan ini akan bertukar... Kumpulan yang sebelum ini berada di dewan makan akan ditukarkan ke dapur, dan begitu juga sebaliknya.. Jadi, setiap orang berpeluang untuk menimba pengalaman yang sama..

Jom kita lihat hasil makanan yang telah mereka sediakan pada kali ini...

Beef Bemy With Napolitana Sauce.. 

Seafood Cowder With Herbs Soft Roll

Kedua-dua menu ni memang saya suka.. Sedap.. Tapi lain orang lain citarasa.. Antara kami berlapan, ada juga yang kurang suka makan Seafood Cowder With Herbs Soft Roll ni.. Sebabnya Seafood Cowder With Herbs Soft Roll ni mengandungi ikan Siakap, Udang, Sotong, Santan dan lain-lain.. Saya rasa memang banyak campurannya.. Sekiranya ada yang kurang suka makan salah satu daripada campuran tersebut, tentu mereka tidak  dapat menikmati makanan ini.. Tapi disebabkan saya ni jenis "tolak batu dan kayu", saya rasakan makanan ni sedap.. 



Rolled Chicken Served With Shallot Sauce Accompanied  With Mashed Sweet Potato And vegetables With Ratatouille 

Menu yang ke tiga ni saya suka dengan cara persembahannya.. Cantik + kemas + kreatif.. Tapi saya kurang suka rasanya disebabkan ayam yang dimasak terlalu kering.. Pendapat saya turut dipersetujui oleh rakan-rakan yang lain..  


Salah seorang pelajar memberikan layanan yang sangat memuaskan kepada kami..

En. Mohd Yusof bin Yaakob (sedang berjalan) sentiasa memantau pelajar-pelajar beliau


Inilah ketua untuk aktiviti praktikal pada kali ini.. Beliau bertindak seakan seorang pengurus..

Sementara menanti hidangan terakhir disajikan, ketua dalam kalangan pelajar ini telah menemui kami untuk mendapatkan komen tentang makanan yang telah kami nikmati.. 

Seperti juri-juri Master Chef Malaysia, rakan-rakan saya telah menggunakan kesempatan ini untuk memberikan komen dengan sejujur-jujurnya.. hehehe.. ;) 

Chef Ina, Chef Dayah, Chef faezah, Chef Ruhiah, Chef Izma, Chef Busmina, dan Chef Ecah telah menjalaskan tugas dengan baik... Tak sia-sia mereka menonton rancangan Master Chef Malaysia selama ini..  hehehe... ;)

Chocolate Brownies Served with Choclate Glaze

Selepas sesi memberi komen selesai, hidangan terakhir pun sampai.. Kek Coklat yang sedap berserta secawan Teh.. 

Pakej keseluruhan hidangan American Servive yang kami nikmati..

Kesemua pakej hidangan ini berharga RM10 sahaja.. Harga tersebut sebenarnya tersangatlah murah jika nak dibandingkan dengan harga sebenar sekiranya kita makan di tempat-tempat lain.. Tapi tawaran ini tidak dibuka kepada orang awam.. Ianya hanya ditawarkan untuk para pelajar dan pensyarah PSIS yang terpilih untuk sesi-sesi tertentu sahaja..

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan aktiviti Jalan-jalan Cari Makanan Di Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti, PSIS.. 

Terima kasih saya ucapkan kepada para pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering (DHK), semester 5 yang telah mempelawa kami untuk menyertai aktiviti makan-makan pada kali ini.. Tahniah diucapkan kepada para pensyarah dan juga Ketua Program Diploma Pengurusan Hotel dan Katering (DHK), kerana telah berjaya memberi latihan praktikal yang berkesan dan pendedahan yang sangat berharga kepada para pelajar mereka..

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti lain berkaitan program ini, anda boleh menonton rancangan Dapur Kampus Bersama Polycuisine di TV1 pada setiap hari Ahad, jam 12.30 tengahari..

Selain itu anda juga boleh membaca artikel-artikel tentang program ini di laman web Bernama, atau keratan akhbar/majalah  seperti berikut:

En. Mohd Yusof Yaakob berbaju Pink dalam Majalah Aroma 

Berita seterusnya di Majalah Aroma 

Keratan Akhbar Kosmo, Selasa 25 Disember 2012..

Di Berita Harian.. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Diploma Pengurusan Hotel dan Katering (DHK)
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah, anda boleh menghubungi Encik Mohd Yusof bin Yaakob melalui :


P/s: Berminat untuk mendapatkan info Percuma tentang Pelaburan Emas tanpa modal, sila klik di sini

4 ulasan:

  1. murah sangat rm 10 tu. sy pun pelajar degree hotel kami punya rm 15. tpi sy pelajar uitm. hehee =D

    BalasPadam
  2. waahh... sedap tuu... dah la tengah lapar ni...haiishh

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra