Rabu, 9 Januari 2013

Air Asia menawarkan 10,000 Tiket Percuma Melalui Program Integrasi 1 Malaysia

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni ada satu baik untuk seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa berharap dapat membeli tiket kapal terbang murah.. Seperti saya semasa berkhidmat di Mukah, Sarawak dahulu.. ;)

Air Asia menawarkan 10,000 Tiket Percuma Melalui Program Integrasi 1 Malaysia...



Tiket percuma Airasia (Program Integrasi 1Malaysia) telah boleh mula ditempah pada hari Rabu, 9 Januari 2013.. Pada jam 12 tengah malam tadi..

Permohonan tempahan tiket percuma AirAsia 2013 boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi AirAsia, www.airasia.com/my

10 ribu tiket percuma AirAsia tersebut diberikan kepada semua rakyat Malaysia di bawah Program Integrasi 1Malaysia.. Gambar di bawah menunjukkan betapa Harmoninya kita hidup dalam suasana rakyat berbilang kaum di Malaysia..




Tempoh tempahan tiket percuma AirAsia ini bermula 9 Januari 2013 - 9 Januari 2013 (Sehari jer)...

Tempoh Penerbangan Tiket Percuma AirAsia 2013 (Program Integrasi 1Malaysia) ialah Antara 14 Januari 2013 sehingga 4 Februari 2013

Tempat duduk percuma ini hanya sah bagi Penerbangan yang berlepas dari Semenanjung Malaysia ke: 
  • Kota Kinabalu, 
  • Kuching, 
  • Labuan, 
  • Sandakan, 
  • Miri, 
  • Tawau, 
  • Sibu dan 
  • Bintulu


Selain itu Penerbangan yang berlepas dari Timur Malaysia ke :
  • Kuala Lumpur, 
  • Pulau Pinang dan 
  • Johor Bahru.

Walaupun dapat tambang percuma dan surcaj bahan api dimansuhkan.. Tapi Cukai lapangan terbang tetap akan dikenakan..

Pembayaran boleh dibuat secara online dilaman web Airasia melalui Maybank2u, Cimbclick mahupun Visa atau Mastercard.



Paparan tempahan Tiket Percuma di laman Web Air Asia..

Antara tiket yang boleh dibeli pada harga Percuma..


Terdapat Tambahan Terma Dan Syarat.. Iaitu Perkhidmatan lain seperti peruntukan bagasi serta pemilihan tempat duduk juga tidak termasuk dalam tawaran tersebut.

P/s: Dah lama saya tak naik kapal terbang.. Sejak berpindah dari Mukah ke Semenanjung Malaysia

6 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra