Selasa, 31 Mei 2011

Siri Jelajah Borneo: Sibu-Mukah-Miri-Kota Kinabalu-Tawau-Kota Kinabalu-Miri-Mukah

with 0 Comment
Syukur Alhamdulillah...

Pejam celik-pejam celik dah hampir sampai ke penghujung bulan Mei.. Dah 5 bulan kita berada dalam tahun 2011.. Masa terus meninggalkan kita..

Dalam tempoh tersebut, sudah pastinya banyak peracangan-perancangan atau sasaran hidup kita yang berjaya dilaksanakan.. Sekiranya masih ada perancangan yang belum terlaksana.. Kita masih ada 7 bulan lagi di tahun 2011 untuk melaksanakannya..

Kita perlu sentiasa membuat semakan terhadap perkara-perkara yang telah kita rancang pada awal tahun ini dari masa ke semasa..

Perancangan terbesar saya pada tahun ini adalah untuk menjelajah Borneo..


Setakat ini saya telahpun pergi ke Bintulu pada Bulan Januari.. Terlibat dengan aktiviti bersama pelajar semester 1 

Pergi Ke Kuching pada bulan Februari (Bercuti bersama isteri dan anak-anak).. Siap dapat surat saman trafik lagi.. (Padan muka saya)..

Kemudian ke Kuching sekali lagi pada bulan Mac (Terlibat dengan aktiviti kelab KKE)..

Dan perancangan seterusnya adalah ke Miri, Kota Kinabalu dan Tawau.. Tiket kapal terbang telahpun dibeli.. Dan hotel juga telah di tempah..

Pada perancangan awal, kami sekeluarga akan menaiki kereta dari Mukah-Bintulu-Miri.. Yang mengambil masa kira-kira 6-8 jam perjalanan..


Bintulu-Mukah-Sibu

Bintulu - Miri

Kemudian kami akan menaiki kapal terbang dari Miri ke Kota Kinabalu.. Dan seterusnya dengan kapal terbang juga dari Kota Kinabalu ke Tawau..

Miri-Kota Kinabalu

Tapi mungkin ada sedikit perubahan daripada perancangan kami .. Ini disebabkan baru-baru ini saya telah berjaya mendapat keputusan berpindah ke semenanjung berkuatkuasa pada 1 Jun 2011..

Apabila mengetahui sahaja keputusan tersebut... Kami seakan-akan nak batalkan sahaja trip percutian kami.. Tapi bila difikirkan balik.. Rasa rugi pula..

Ini disebabkan tiket kapal terbang telah pun dibeli.. Begitu juga penginapan 3 malam di Kota Kinabalu, telah pun dibayar..

Sebenarnya ini pertama kali saya membuat pembayaran hotel secara online untuk menikmati cuti-cuti Malaysia.. Ini untuk mengelakkan kehabisan hotel, disamping harga yang diletakkan oleh laman web Agoda jauh lebih murah berbanding harga tempahan di Kaunter dan juga laman web temphan hotel yang lain..



Harga tempahan hotel melalui laman web Agoda juga jauh lebih murah berbanding tempahan yang dibuat dengan menggunakan "Goverment Rate"(Harga tempahan hotel untuk kakitangan kerajaan)

Disebabkan itu saya pun terus mengambil keputusan untuk membuat pembayaran penuh ke atas hotel tersebut...

Syukur Alhamdulillah.. Selepas ini, kalau ada sesiapa yang berminat nak cuti-cuti Malaysia.. Dapatlah kita menikmati percutian yang lebih menjimatkan...

Beli tiket melalui laman web Air Asia... Dan tempah hotel melalui laman web Agoda..


Percutian ke Kota Kinabalu dan Tawau ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar seperti yang tekah dirancang.. Ini mungkin cuti-cuti Malaysia saya yang terakhir sepanjang berkhidmat di Mukah Sarawak..

Sekiranya kami tidak berpindah.. Kami telah membuat perancangan untuk mengikuti aktiviti kelab staf.. Cuti-cuti Malaysia ke Pontianak, Indonesia..

Tapi apakan daya.. Masa untuk saya bali ke semenanjung telah pun tiba.. Jadi saya terpaksa melepaskan trip cuti-cuti Malaysia yang seterusnya ke Pontianak, Indonesia bersama kelab staf Politeknik Mukah sarawak..
Saya rasa cukup setakat ini.. tentang cerita cuti-cuti Malaysia saya.. nak tahu lebih lanjut.. teruskan membaca blog ini.. untuk mengikuti kisah cuti-cuti Malaysia saya, Sekiranya tiada sebarang halangan..

Sekarang ini.. kita berbalik semula kepada Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular...

Pendaftara Pertandingan ini akan tamat pada hari ini (31 Mei 2011).. Pada jam 12 tengah malam...

Kepada rakan-rakan blogger yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.. Anda ada masa beberapa jam lagi untuk mendaftar...

Sila membuat pendaftaran pada hari ini juga dengan (klik Di Sini)

Anda juga boleh melihat hadiah terkini Pertandingan dengan (klik Di sini)..

Setakat ini peserta yang mendaftar untuk menyertai Pertandingan ini adalah seramai 280 orang.. Dan 100 orang telah berjaya saya daftarkan di Facebook..

Sekiranya terdapat blog-blog yang anda minati dalam senarai 100 tersebut.. anda boleh mula mengundi sekarang juga di Facebook dengan klik pada icon di bawah:


Anda boleh klik "like" di facebook pada mana-mana blog yang anda minati..

Undian di blog ini belum lagi dibuka.. Anda boleh mula mengundi di blog ini bermula pada 16 Jun 2011...

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Selamat menikmati cuti sekolah..Dan selamat bercuti, bagi mereka yang sedang bercuti bersama keluarga..

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra