Ahad, 20 Mei 2012

Blogger dan Model terkenal dapat anugerah naib Canselor

with 2 comments
Tahniah diucapkan kepada blogger dan model terkenal, Hanis Zalikha Zainal Abidin kerana berjaya menerima Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen UiTM ke-76 semalam..




Hanis yang berumur 22 tahun menerima Anugerah tersebut di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Shah Alam, setelah berjaya memperolehi pencapaian Himpunan Purata Nilai Gred (CGPA) 3.90.

Pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan (UiTM) ini telah membuktikan bahawa aktiviti sampingan yang beliau lakukan seperti peragaan, lakonan dan penulisan blog tidak menjadi halangan kepada beliau untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.. Buktinya.. beliau telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma dengan cemerlang.. 

Murah betul rezeki Hanis ni.. Beliau bukan sahaja dikurniakan wajah yang cantik dan pandai menulis blog.. malah turut cemerlang dalam bidang akademik.. 

Kejayaan ini mungkin boleh dijadikan motivasi kepada remaja di luar sana.. yang mengikuti perkembangan kareer dan kisah kehidupan beliau menerusi blog peribadi beliau : ini belog saya

Semoga Hanis terus cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi..;)


2 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra