Sabtu, 13 Oktober 2012

Rindu dekat Blog Madammondoq..

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama blog Madam yang comel lote ni tak berupdate.. Setiap kali berkunjung ke blog beliau, saya membaca entri yang sama iaitu "Madam dah Stop Blogging ker?"


Kesian dekat madam.. Semenjak kandungan beliau masuk 4 bulan, blog beliau sepi tanpa entri terbaru.. Mungkin beliau nak berehat agaknya, sehingga beliau selamat melahirkan seorang lagi baby yang cute miut macam beliau.. ;)

Takperlah madam.. Saya faham keadaan madam.. Saya di sini hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk madam.. Banyakkan berehat.. Jaga kesihatan diri dan kesihatan kandungan.. Banyakkan berdoa selepas solat, Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.. Amin..

Bercerita sedikit tentang Madam Mondoq...

Saya mula mengenali blog MadamMondoq melalui blog Kak Red.. Pada ketika itu, saya dapati MadamMondoq antara salah seorang pengomen tegar di blog Kak Red.. Dari situ terdetik di hati saya untuk melawat blog beliau, bagi mengenali siapakah gerangan wanita yang bergelar Madammondoq ini??

Apabila berkunjung ke blog beliau, saya dapati blog beliau menarik.. Blog beliau mempunyai tema penceritaan yang hampir sama dengan blog Kak Red.. Ada cerita tentang keluarga dan anak-anak, tentang percutian, gadget terbaru, penjagaan diri, fesyen dan sebagainya.. Jadi, jika ada kelapangan masa saya rajin juga melawat dekat blog Madammondoq yang cute ini..

Semasa saya menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 1, saya turut menjemput beliau menyertai pertandingan ini.. Syukur Alhamdulillah.. Jemputan saya disambut dengan baik.. Saya tidak bertepuk sebelah tangan.. 

Dan beliau adalah antara peserta yang aktif meraih undian pada peringkat awal pertandingan ini diadakan.. Dan hasilnya, beliau berjaya memenangi 2 hadiah mingguan yang disediakan oleh penaja utama pertandingan ini iaitu:
  1. Pemenang hadiah mingguan untuk minggu pertama (Klik Di Sini)
  2. Pememang hadiah mingguan untuk minggu ke dua (Klik Di Sini)
Tahniah saya ucapkan kepada Madam di atas kejayaan tersebut... Dan kini... Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 telah kembali...


Tapi sayangnya madam sudah tidak aktif lagi berblog.. Blog beliau yang dahulunya berstatus PR4 kini telah jatuh menjadi PR2..

Nampaknya tiada harapan untuk melihat Madam Mondoq menyertai Pertandingan ini.. Secara jujurnya saya sangat merindui blog Madammondoq.. dan besar harapan saya supaya madam dapat kembali berblog semula setelah selamat melahirkan cahaya mata kedua nanti.. ;)

7 ulasan:

  1. What a іnformatіοn of un-ambiguitу and
    preѕerveness of νaluable еxpеrience about unexpected emotions.
    Feel free to visit my web-site : how much is my daihatsu worth

    BalasPadam
  2. Saya tak rindu kat blognya tapi saya rindu kat orangnya..kwang kwang kwang ajaqqq..

    BalasPadam
  3. blog madam memang best...biasalah tu pembawakan budak..takpe kita bagi madam rehat puas2 dulu...

    BalasPadam
  4. Saya pernah jenguk blog madam tapi masa tu saya tak aktif blogging.

    BalasPadam
  5. mudahan beliau kembali selepas selamat semuanyalah...insyaAllah.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra