Isnin, 29 Oktober 2012

Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Imigresen KP27

with 4 comments
Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Imigresen KP27 akan diadakan pada 3 November 2012..

Sekiranya anda pernah memohon penjawatan Penolong Penguasa Imigresen KP27 saya syorkan anda membuat semakan di link berikut:


Anda hanya perlu mengisi no. Kad Pengenalan anda untuk menyemak status kelayakan anda untuk menduduki Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Imigresen KP27.. 

Berikut merupakan maklumat lanjut yang perlu anda tahu tentang penjawatan Skim Perkhidmatan Bersepadu bagi  Penolong Penguasa Imegresen/ Penguasa Imegresen:


Gred: KP27, KP32, KP38, KP41/42, KP44, KP48, KP52, KP54
 
Kumpulan: Sokongan / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
 
Kem/Jab: Jabatan Imigresen Malaysia

Deskripsi Tugas :

Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27
Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara.

Penguasa Imigresen Gred KP41
Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara, latihan, penyelidikan, perancangan dan pembangunan.



Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP27

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED KP27 [ Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14 ]
   
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED KP27 [ Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14 ]
   
(iii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
GRED KP27 [ Gaji Permulaan P1 : RM1,661.95 ]
   
LANTIKAN KE JAWATAN PENGUASA IMIGRESEN GRED KP41

(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED KP41 [ Gaji Permulaan P1 : RM1,911.59 ]
   
(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED KP41 [ Gaji Permulaan P1 : RM2,116.00 ]
   
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
GRED KP41 [ Gaji Permulaan P1 : RM2,218.21 ]


Berikut merupakan jadual keseluruhan tangga gaji bagi skim ini.. yang pastinya dapat membakar semangat anda untuk menjadi salah seorang penjawat awam..

GRED
PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
KP27
P1
RM1,361.14
RM3,454.53
RM145.00
P2
RM1,439.77
RM3,659.75
P3
RM1,521.80
RM3,871.59
KP32
P1
RM2,726.74
RM3,992.64
RM155.00
P2
RM2,964.31
RM4,332.81
KP38
P1
RM3,391.58
RM5,196.95
RM180.00
P2
RM3,629.15
RM5,730.19
KP41
P1
RM1,991.59
RM5,470.09
RM225.00
P2
RM2,018.51
RM5,784.53
P3
RM2,130.15
RM6,125.87
KP42
P1
RM1,911.59
RM5,470.09
RM225.00
P2
RM2,130.15
RM6,125.87
KP44
P1
RM3,366.06
RM5,823.67
RM250.00
P2
RM3,726.14
RM6,367.82
KP48
P1
RM4,916.44
RM6,793.43
RM270.00
P2
RM5,403.89
RM7,412.98
KP52
P1
RM5,532.82
RM7,429.81
RM290.00
P2
RM6,058.00
RM8,087.09
KP54
P1
RM5,834.72
RM7,912.64
RM320.00
P2
RM6,350.46
RM8,607.62

Sumber : (Klik di Sini)

Kenaikan gaji permulaan RM145 setahun.. Menarik bukan?

Gaji di atas merupakan gaji baru setelah penyelarasan gaji kakitangan awam dibuat pada 1 Januari 2012.. 

Sekiranya anda berjaya mendapat tawaran bekerja di Sektor kerajaan, anda mempunyai prospek kerjaya yang cerah.. Begitu juga prospek kerjaya untuk skim Penolong Penguasa Imigresen KP27 .. 

Walaupun anda memohon bekerja untuk jawatan Gred KP27, tetapi anda berpeluang untuk meningkatkan kerjaya anda ke peringkat yang lebih tinggi lagi... setelah anda berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda pada suatu hari nanti... 




Berikutan kenaikan gaji dan pelbagai kemudahan lain yang disediakan untuk kakitangan kerajaan, ramai yang mengimpikan untuk bekerja di sektor kerajaan... 

Walaupun kita semua sedia maklum, gaji sektor kerajaan tidaklah sebanyak gaji sesetengah sektor swasta, tetapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor kerajaan.


Ini disebabkan terdapat beberapa kelebihan lain yang diperolehi oleh pekerja di sektor kerajaan seperti:

  1. Elaun perumahan
  2. Cost of living allowance (COLA)
  3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  4. Kenaikan gaji setiap tahun
  5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
  7. Cuti bersalin
  8. Pinjaman perumahan
  9. Caruman KWSP atau pencen
  10. Bersara pada umur 60 TAHUN (kuatkuasa 2013)
  11. Peluang kenaikan pangkat
  12. Peluang melanjutkan pelajaran
  13. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya! itulah kelebihan - kelebihan bekerja di sektor kerajaan. Maka tidak hairanlah ramai berebut - berebut untuk memohonnya. 

Jadi sekiranya anda benar-benar berminat untuk menjadi Penolong Penguasa Imigresen KP27, anda perlu terlebih dahulu lulus atau melepasi peperiksaan bertulis Kemasukan Perkhidmatan Awam..


Oleh itu sebelum anda menghadiri peperiksaan bertulis tersebut anda perlu melakukan persedian rapi.

Anda perlukan satu panduan yang lengkap apa yang patut dilakukan, apa yang patut dijawab dan bagaimana untuk berjaya menjawab semua soalan betulis tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Panduan untuk Menduduki Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Imigresen KP27, saya syorkan anda Klik Di Sini



4 ulasan:

  1. erm bler la kerajaan nk pggil sy temuduga ni..spa sume da isi..xde rezeki lg :)

    BalasPadam
  2. utk exam n27 penolong pegawai tadbir ada x?...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk exam n27, Awak boleh dapatkan rujukan di link ini...

      http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=click_here

      Terima kasih....

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra