Rabu, 8 Ogos 2012

Kenangan Semasa Zaman Muda-muda dulu..

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Nama saya Muhamad Anuar Bin Marsib.. Saya berumur 10 tahun.. Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2..Gambar ini diambil ketika saya berada di Padang Teluk Intan, Perak.. 

Pada ketika ini saya bersama abang, adik dan anak jiran saya menaiki bas MARA ke Teluk Intan untuk mengunjungi Fajar Supermarket.. Fajar Supermarket memang Best.. ada tangga bergerak.. Fuyoo..

Sebelum Tinggal Di Asrama

Sebaik sahaja habis cuti sekolah ini, saya akan berpindah sekolah.. Saya akan masuk sekolah rendah berasrama di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Ulu..

Saya yang berminat nak masuk sekolah tersebut.. Walaupun sebenarnya berat hati nak berpisah dengan emak dan ayah.. Dan sebenarnya saya juga takut nak masuk sekolah berasrama.. Takut kena Ragging.. Tapi saya suka hidup dengan cabaran..


Banyak pengalaman yang dapat saya timba sepanjang dua tahun (darjah 5 dan darjah 6) tinggal di asrama sekolah tersebut.. Sampai sekarang saya masih ingat sebahagian daripada lirik lagu sekolah tersebut.. Walaupun lagu sekolah-sekolah lain langsung saya dah tak ingat.. ;)

Antara perkara menarik yang saya ingat sepanjang bersekolah di sini adalah kami diwajibkan bermain bola sepak pada setiap petang.. Ada jurulatih yang mengajar kami bermain bola sepak..

Masa awal-awal tu saya join latihan tersebut.. Tapi disebabkan tak tahan dengan latihan yang diberikan, saya bersama seorang rakan (Syed) selalu "tuang" daripada menjalani latihan..

Ramai senior tak berpuas hati dengan kami disebabkan kami selalu "tuang" daripada mengikuti latihan bola sepak dan mengisi masa tersebut dengan bermain Carrom atau ping pong..

Disebabkan itu sampai sekarang saya tak handal bermain bola sepak..Walaupun terdapat 7 orang rakan sekolah saya berjaya mewakili daerah Perak Tengah dalam permainan Bola sepak.. 

Selepas Tinggal Di asrama..

Antara kenangan lain yang tidak dapat saya lupakan sehingga sekarang adalah sewaktu saya berjaya menjadi juara dalam Pertandingan Catur Sekolah Rendah, peringkat Daerah Perak Tengah..

Selepas berjaya menjadi juara dapatlah merasa femes sepanjang berada di sekolah tersebut.. paling femes sekali setiap kali merasa kena "sekeh kepala" dengan warden disebabkan terlepas rakaat pertama solat Subuh atau Maghrib Berjemaah..

Warden saya (Sir Aznil) akan meluku kepala mereka yang terlibat dengan menyebut "kehandalan" tuan yang empunya diri.. 

Bagi rakan-rakan saya yang handal bermain bola sepak, sir Aznil akan berkata... "Rizal berjaya menanduk bola.. Dan Gool".. Lekuk!!  

Bagi rakan saya yang handal bermain Badminton, Sir Aznil akan berkata.. " Akmar berjaya menyemis bola tangkis tersebut.. dan.. " Lekuk!!

Kata-kata azimat untuk diri saya pula.. "Anuar berjaya melakukan gerakan Check Mate dan.." Lekuk!!..

Fuhh.. Benjol kepala dibuatnya.. Lebih-lebih lagi selpas kepala saya benjol disebabkan main Sepak Takraw yang menggunakan "bola Rotan" pada sebelah petangnya.. 

Benjol-benjol yang terdapat di kepala saya akibat menanduk Bola Sepak Takraw pun tak sempat nak hilang lagi.. Kena Luku pula dengan Sir Azmil.. hahaha.. apa nak buat.. Dah Nasib badan..

Selain itu saya juga suka bermain Galah Panjang.. Saya berjaya menyertai Geng cobra yang merupakan geng galah panjang terkuat di sekolah saya.. 

Dalam pasukan geng Cobra ni rasanya saya yang paling tak handal.. Tapi licik memperdaya lawan dengan tipu helah..

Tipu helah yang biasa saya gunakan adalah Slipper tercabut.. Tapi bila dah selalu sangat guna helah tersebut, orang dah tak percaya... Lebih-lebih lagi apabila emak saya membuang slipper cabut tersebut dan membelikan slipper baru untuk saya.. dah tak ada modal nak buat trick..

Selepas itu saya tak sempat nak memikirkan tipu helah yang baru.. sehinggalah saya tamat belajar sekolah rendah..

Pengalaman lain yang tak dapat saya lupakan sewaktu bersekolah di sekolah kebangsaan berasrama ialah sewaktu berjaya membeli 3 biji durian dengan harga RM1.00.. 

Masa tu saya bersama empat orang kawan dapat "outing" ketika hari sabtu.. Kebetulan saya bersama seorang rakan saya "outing" terlebih dahulu.. 

Apabila tiba dekat sebuah jambatan, kami ternampak seorang makcik menjual buah durian..

Kami menghampiri makcik tersebut dan bertanyakan berapa harga sebiji durian tersebut.. Dengan perasaan kasihan melihat kami berdua, Makcik tu bagi tahu.. "harganya cuma RM1.00 sebiji"..

Kami pun bayarlah RM1.00.. dan makcik tersebut membelahkan sebiji durian untuk kami makan di situ juga.. 

Sedang enak kami makan, tiba-tiba dua orang rakan saya yang lain datang juga ke pondok jualan durian makcik tersebut, dan tumpang sekaki..

Mungkin disebabkan kasihan melihat kami, makcik penjual durian tersebut telah membelahkan lagi dua biji durian untuk kami berempat.. tanpa meminta sebarang bayaran pun..

Syukur alhamdulillah.. Mungkin dah rezeki kami dapat makan 3 biji durian pada harga RM1.00 pada ketika itu.. 

Itu cerita dulu.. Sekarang ni usah mimpi nak makan durian pada harga RM1.00 sebiji.. kalau dapat pun separuh biji durian gamakna.. hehehe..

Panjang lebar pula karangan saya ni.. Sorrylah yer abang Ensem dan Bro zarul, yang mungkin keletihan membaca Artikel ini.. 

Untuk makluman anda..  “Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My

10 ulasan:

  1. Salam..masih simpan ya gambar dulu2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      Ada lah juga beberapa keping gambar lama-lama dalam koleksi album saya.. Letih juga nak mencari gambar-gambar ni.. ;)

      Padam
  2. nBro nuar bila terkenangkan zaman sekolah ppu tu memang seronok disanal kita semua d ajar tentang erti hidup berdikari rindu rasanya nya berjumpa ngan kawan2 skppu kamal,nuar,dayat,kema,fazilah,syed,muzani,faizal(budak paling mengada2) n kat sana juga banyak mengajar kita erti persahabatan yg sebenar bila balik kg lalu kawasan ppu tu memang pasti akan teringat kenanagan yg susah nak dilupankan. Nuar masih teringat makan jeruk nenas n sambal goreng hehehehe... Saya merindui kawan2 skppu luv u all 4 ever kenangan ininakan saya bawa hingga akhir hayat...

    BalasPadam
  3. Salam. Boleh saya pd tahun berapa en anuar di skppu...

    BalasPadam
  4. Bukan baju kuning pakai cermin mata paling hujung sebelah kiri tu samsul ke nama dia. Klu x silap saya la

    BalasPadam
  5. Bukan baju kuning pakai cermin mata paling hujung sebelah kiri tu samsul ke nama dia. Klu x silap saya la

    BalasPadam
  6. AEM, betul tu.... Yang duduk di sebelah kiri berbaju kuning tu memang Faiz namanya... Awak dulu dari SKPPU juga ker?

    BalasPadam
  7. Waalaikumsalam.. AEM, saya berada di SKPPU pada tahun 1992 dan 1993...

    BalasPadam
  8. sama batch lar kita... kenangan betul... tiap kali lalu jln besar simpang ke skppu... mst kenangan terimbau kembali... mmg best... cgu2 semua baik... gb cgu jamil... sir azmil yg suka luku kepala... x kira... pelajar perempuan pun turut kena luku... sorg lg kak apa tah.. yg ganti jd warden sekejap... selalu kejar ktorg yg lmbt naik solat. hihihi... kwn2 semua dah x dpt jejak. cuma dpt kesan cgu kudus yg baru pencen di smk sultan abdul jalil.rindu sangat sek ni... ��

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra