Rabu, 8 Ogos 2012

Hipnosis Menarik Kekayaan dan Kejayaan

with 0 Comment
Assalamualikum dan Salam Sejahtera...

Sejak akhir-akhir ini saya berminat untuk membaca info tentang panduan, Tips dan Doa untuk dimurahkan rezeki..

Ini kerana sempena Bulan Ramadhan ini, saya mendapati sebahagian besar penduduk di Malaysia ini sentiasa di murahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Ini mungkin kerana, pintu rezeki di buka seluas-luasnya sempena bulan Beribadah dan bulan keberkatan ini.. ;)

Kita lihat kakitangan kerajaan dapat bonus setengah bulan gaji.. Para peniaga pasar Ramadhan tersenyum kegembiraan melihat hasil jualan yang berjaya mereka perolehi.. Para peneroka felda mendapat "durian runtuh" daripada kerajaan.. Anak-anak yatim dan orang kurang upaya mendapat bantuan zakat.. Pekerja swasta mendapat beberapa bulan bonus.. Dan sebagainya..

Pendek kata ada sahaja rezeki yang berjaya diperolehi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sempena bulan Ramadhan ini.. Disebabkan itu saya tertarik untuk berkongsi artikel-artikel yang berkaitan dengan "Murah Rezeki" yang saya perolehi melalui pembacaan dari sumber-sumber yang boleh saya percayai..

Baru-baru ini saya ada menerima satu email yang ada berkaitan dengan topik "murah rezeki" yang bertajuk Hipnosis Menarik kejayaan dan kekayaan..


Menarik juga isi kandungan email tersebut.. Hasil daripada maklumat yang berjaya saya perolehi, dapatlah Saya kongsikan sedikit info tentang Hipnosis untuk maklumat kita bersama.. Selamat membaca..

"Ramai yang membaca buku-buku motivasi dan pembangunan diri untuk menarik kejayaan dan kekayaan dalam hidup mereka. Mungkin ada yang meletakkan nota di dalam bilik tidur sebagai peringatan tentang keinginan atau matlamat hidup mereka. Ramai yang tahu rahsia kejayaan.
Tetapi mengapa ada yang masih belum dapat kekayaan yang dikehendaki?
Perkara yang paling penting dalam penerimaan kepercayaan dan perubahan yang baru adalah dengan menjadikannya sebagai tabiat(habit) automatik dalam diri anda. Perkara yang dilakukan secara automatik tidak memerlukan pemikiran sedar untuk bertindak. 
Sebagai manusia, kita secara semulajadi agak sukar untuk berubah. Secara purata bagi kebanyakan orang, perubahan akan berlaku selama minimum 21 kali selepas diberi kesedaran tentang sikap yang baru secara berulang, sebelum menggantikan tabiat lama dengan yang baru. Dengan itu, dengan membaca buku motivasi tidak memadai. 
Terdapat satu kaedah yang mudah dan berkesan dalam mengubah tabiat dan membina program baru dalam minda bawah sedar iaitu dengan kaedah HIPNOSIS. 
Anda boleh menggunakan hipnosis untuk format/program semula minda bawah sedar anda untuk membawa perubahan maksima dalam masa yang singkat. Hipnosis direkabentuk untuk membolehkan anda mengubah corak pemikiran, sikap dan kepercayaan yang mungkin anda tidak sedari dan menggantikannya dengan yang baru. 
Hipnosis adalah ketenangan fizikal dan mental yang membenarkan serapan terus ke minda bawah sedar di mana saranan boleh digunakan ke tahap yang maksimum. Program hipnosis menggunakan saranan hipnotik yang mana bertujuan untuk membawa perubahan dalam kehidupan anda.
Mereka yang tidak merasakan dirinya dalam dunia kekayaan, mereka ini mempunyai kepercayaan yang dalam kemiskinan. Mereka boleh menggunakan hipnosis untuk mengenalpasti kepercayaan halangan dan menggantikan dengan kepercayaan baru yang positif.
Kepercayaan kemiskinan dalam minda boleh digantikan dengan kepercayaan kekayaan. Dengan ini dapat menarik peluang-peluang untuk mendapatkan rezeki dan kekayaan yang diingini. Sebelum anda menerima kekayaan sepenuhnya, anda harus ingat bahawa hanya Allah Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki.
Hipnosis atau “mind-programming” boleh membantu memperbaiki hidup anda dengan membuang semua kepercayaan negatif yang mana menjadi halangan bagi anda dalam mencapai kejayaan dan kekayaan.
Bagaimana hipnosis boleh membantu anda?
1. Anda boleh mengembangkan kesedaran kejayaan
Pertama, hipnosis boleh membantu anda mengembangkan kesedaran tentang kejayaan. Ini adalah keadaan minda di mana anda mengetahui tiada keraguan, yang mana bukan sahaja ia barangkali menjadikan anda kaya, malah anda sudah berada di landasan kejayaan. Hipnosis boleh melakukannya, kerana ia membuang halangan mental.
2. Gunakan Hipnosis setiap hari
Apabila anda menggunakan hipnosis setiap hari, anda akan dapati ia sangat menenangkan dan seronok, kerana tiada lagi halangan kepada kebolehan anda. Sebenarnya anda dalam proses mencapai keinginan yang anda impikan. Yang pasti adalah anda menjadi lebih POSITIF dari hari ke hari.
Hipnosis ini sebagai alatan yang berkesan yang membolehkan anda memprogram diri anda. Ia juga membolehkan anda mencapai impian anda dari segi kewangan, emosi dan kejayaan. InsyaAllah…Ketahui maklumat lanjut mengenai Hipnosis Menarik Rezeki dan Kekayaan dengan Klik Di Sini."



Semoga info yang saya kongsikan pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda.. Saya menjemput anda untuk klik like Facebook Button yang terdapat pada artikel ini, Sekiranya anda mendapati artikel ini juga boleh memberi manfaat kepada orang lain.. .. Sekian, terima kasih..

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra