Rabu, 11 Julai 2012

Nuffnang Blogpolis 2012 bersama Denaihati

with 13 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bila saya melawat dekat blog Denaihati saya tertarik dengan Contest yang sedang beliau anjurkan iaitu "Nuffnang Blogpolis 2012 bersama Denaihati"

nuffnang blogopolis 2012 Nuffnang Blogopolis 2012 bersama Denaihati



Seperti yang kita semua sedia maklum, Denaihati merupakan seorang blogger yang sangat pemurah.. Ada sahaja Contest yang beliau anjurkan.. Dan hadiah yang disediakan untuk setiap Contest tersebut biasanya akan memberi manfaat kepada para pemenang..


Selain itu Denaihati juga turut bermurah hati menjadi penaja kepada beberapa Contest yang dianjurkan oleh rakan blogger lain.. Sebagai contoh, beliau telah menjadi salah seorang penaja utama untuk Contest yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini.. iaitu Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati


Sebenarnya Ini merupakan kali kedua saya menyertai Contest yang dianjurkan oleh blog Denaihati.. Saya telah berjaya menjadi salah seorang pemenang untuk Contest pertama yang saya sertai iaitu Contest "Juara EURO 2012 pilihan lelaki kacak"..


Saya berminat untuk menyertai Contest Nuffnang Blogpolis 2012 Bersama Denaihati disebabkan hadiah yang disediakan untuk pemenang Contest ini sangat lumayan..



Terdapat empat hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang Contest ini iaitu:
1. 1 tiket Nuffnang Blogopolis 2012.(Hadiah Pertama)
Tiket nuffnang Blogpolis 2012 merupakan hadiah utama Contest ini..Sebenarnya saya teringin juga nak bersua muka dengan rakan-rakan blogger.. Selama ini saya hanya berkesempatan melihat rakan-rakan blogger ini di alam maya sahaja.. 
Jadi sekiranya saya berjaya menenagi tiket ini, ada peluang untuk saya bersua muka dan berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain.. ;)



Begitu juga dengan pihak nuffnang yang sentiasa bermurah hati memberikan cek kepada saya.... Selama ini saya hanya akan mengunjungi laman web nuffnang apabila hendak menyemak berapa jumlah wang yang terkumpul dalam akaun saya.. Tapi secara realitinya saya tidak pernah pun bersua muka dengan "majikan" part time saya.. ;)
Semasa event tersebut nanti, diharap dapatlah saya berkenalan dengan blogger-blogger handalan seperti BeautifulnaraEyriqazz, Denaihati, ZarulUmbrella dan rakan-rakan blogger lain yang turut sama menyertai event ini..  

Disamping itu saya juga ingin belajar daripada speaker-speaker jemputan yang didatangkan khas untuk berkongsi ilmu tentang kejayaan mereka dalam bidang penulisan blog.. (Tentu menarik ni..)

2. Menginap di Hotel Concorde, KL 3H2M.(Hadiah Kedua)
Hadiah kedua Untuk Contest ini juga saya suka.. Best juga bila Sekali sekala dapat menginap dekat Hotel macam ni.. Lagipun saya dah lama tak duduk dekat Hotel bersama keluarga, selepas dapat berpindah dari Mukah ke semenanjung.. ;)
3. Buku bertajuk “Keajaiban Rezeki” (Hadiah Ketiga)
Saya ni boleh dikatakan seorang "hantu buku".. Saya suka membeli dan mengumpul buku-buku untuk diletakkan di rak bacaan di rumah saya.. Bila nak baca belakang kira.. yang penting saya ada mengumpul banyak koleksi buku.. Jadi, sekiranya ada orang yang sudi nak memberikan buku secara percuma kepada saya, tentulah saya suka.. hehehe..
4. T-Shirt Denaihati. (Hadiah Kempat)
Sekiranya saya berjaya menjadi pemenang untuk Contest kali ini, saya akan berjaya memperolehi dua helai T-Shirt Denaihati.. Jadi bila dah ada dua T-Shirt, bolehlah saya hadiahkan salah satu daripada T-Shirt tersebut kepada isteri saya.. Menarik juga ni.. hehehe
Sebenarnya bukanlah hadiah yang menjadi motif utama saya menyertai Contest ini.. Tetapi sebaliknya adalah ilmu dalam bidang penulisan blog yang bakal saya perolehi sekiranya saya berjaya memenangi tiket Nuffnang Blogpolis 2012.. Paling menarik lagi apabila saya dapat pergi ke event tersebut bersama blogger terkenal seperti Denaihati..
Cuba kita sama-sama tengok Schedul Program untuk event Nuffnang Blogpolis 2012 ni:

banyak betul perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh "penceramah-penceramah" jemputan.. 


Dalam banyak-banyak ceramah tersebut, tentu ada banyak perkara yang saya kurang faham.. Jadi, bolehlah saya bertanya kepada Denaihati dan rakan blogger lain yang lebih arif dalam bidang penulisan Blog..

Insya Allah, Dengan ilmu yang dapat kita pelajari semasa di Nuffnang Blogopolis 2012, sedikit sebanyak dapat meningkat pengetahuan kita dalam bidang ini.. ;)


P/s: Saya juga menjemput rakan-rakan untuk menyertai Contest SEO : Eyriqazz vs Denaihati.. Terdapat hadiah lumayan menanti anda..

13 ulasan:

  1. Kalau bertuah..cerita la pengalaman dkt sana nnt !! semoga bertuah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas sokongan moral yang diberikan..

      Sekiranya saya berjaya menjadi insan yang bertuah tersebut, saya akan berkongsikan pengalaman berada di nuffnang Blogpolis 2012 bersama Denaihati ini di blog saya.. Insya Allah..

      Doakanlah kejayaan saya yer.. TQ..

      Padam
  2. Hendak berjaya bukan perkara mudah,
    Masuk penyertaan contest ni dah,
    Moga dapat membawa hadiah,
    Bolehlah tumpang sekaki apa yg berfaedah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah menarik betul komen awak.. Siap berpantun lagi..

      Tak ada idea nak buat pantun sekarang ni.. Insya Allah lain kali kalau ada kesempatan saya jawab pantun ni..

      Good luck untuk awak juga..

      Padam
  3. gudluck GA dri DH. semoga disenaraikan oleh team DH. doakan terbaik untuk semua.

    BalasPadam
  4. Penulisan yang ikhlas. Nampak gaya macam bro ada rezeki :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.. Persaingan untuk Contest ini memang sengit disebabkan masing-masing ada kekuatan tersendiri.. Jadi saya serahkan keputusannya kepada pihak penganjur.. ;)

      Padam
  5. Balasan
    1. Terima kasih.. Sebenarnya keputusan untuk Contest ini telah pun keluar.. saya tak berjaya menjadi pemenang tersebut.. Bagi saya menang kalah adat pertandingan.. Boleh cuba lagi di lain kali..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra