Isnin, 2 Julai 2012

Final EURO 2012 : Pertemuan Kali Ke 2 diantara Spain dan Italy

with 0 Comment
Sungguh tidak disangka.. Pasukan Spain akan bertemu semula dengan pasukan Italy di peringkat Akhir EURO 2012.. 

Seperti yang kita semua sedia maklum, kedua-dua pasukan ini telah bertemu pada 11 Jun 2012, dalam perlawanan pertama EURO 2012 bagi kumpulan C..

Pada perlawanan tersebut kedua-dua pasukan ini mencatat keputusan seri 1-1.. Dan yang menarik sekali, pasukan Italy merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya membolosi pintu Gol Sepanyol yang dijaga oleh Iker Casillas di sepanjang pertandingan ini berlangsung.. 

Selepas berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan, ramai lelaki kacak yang menjangka pasukan Spain akan mara ke peringkat akhir.. Tetapi tidak ramai  lelaki kacak  yang menjangka pasukan Italy akan mengiringi Spain ke perlawanan akhir tersebut.. Ini berikutan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dalam saingan peringkat kumpulan C.. 



Pada saingan tersebut, pasukan Spain berjaya mengumpul 7 mata dengan mencatat dua kemenangan dan satu seri.. Manakala pasukan Itali hanya berjaya mencatat satu kemenangan dan dua seri untuk membolehkan pasukan tersebut berada di tempat kedua peringkat kumpulan setelah mengumpul 5 mata.. 


Tapi inilah realiti dalam mana-mana pertandingan bola sepak.. Terdapat banyak kebarangkalian boleh berlaku..  Sememangnya pasukan Italy telah membuat satu kejutan, setelah berjaya mengalahkan Jerman 2-1 pada peringkat separuh akhir untuk mara ke peringkat akhir.. 

Kejayaan Itali mengiringi Spain ke peringkat akhir, telah menyaksikan kedua-dua pasukan ini bertemu "buat kali pertama" dan "buat kali terakhir" dalam saingan EURO 2012.. ;)

Hihihi.. Jadi jacam lagu dedangan Jamal Abdillah pula.. "Kau kekasih Awal dan Akhir".. 

Jika kita lihat pada saingan peringkat kumpulan, kedua-dua pasukan ini mempunyai kekuatan yang seimbang dari segi serangan dan pertahanan..  Sudah tentu kita akan berpeluang  untuk menyaksikan persembahan menarik kedua-dua pasukan  ini pada peringkat Final EURO 2012.. 

Adakah pasukan Italy berjaya merobek gawang gol pasukan Sepanyol yang begitu kebal dijaga oleh penjaga gol bertaraf dunia itu?

ataupun...

Adakah pasukan Italy berjaya memperkemaskan benteng pertahanan mereka daripada dibolosi oleh barisan serangan bertaraf dunia pasukan Sepanyol? 

Sama-samalah kita menyaksikannya pada pagi ini.. Good Luck untuk kedua-dua pasukan.. 

 

P/s: Saya terus setia menyokong pasukan Spain, setelah berjaya meneruskan saingan diantara  lelaki kacak  yang turut disertai oleh Eyriqazz Vs Denaihati ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra