Khamis, 28 Jun 2012

Spain mara ke Final setelah menang menerusi sepakan Penalti 4-2

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tahniah diucapkan kepada pasukan Spain kerana berjaya mara ke Final setelah berjaya mengalahkan Portugal 4-2 menerusi sepakan Penalti..

Dalam perlawanan ini kedua-dua pasukan telah menunjukkan prestasi terbaik, sehingga perlawanan di seret ke masa tambahan..

Kedua-dua pasukan berjaya mengatur serangan demi serangan untuk memecahkan benteng pasukan lawan.. Tetapi setiap serangan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan gagal memecahkan benteng pasukan lawan untuk meghasilkan sebarang gol..

Peluang terbaik Spain untuk di depan menerusi rembatan Iniesta pada minit ke -29 sedikit melewati tiang gol.

Begitu juga Portugal sepakan rendah Cristiano Ronaldo di minit ke 31 sedikit tersasar di sebelah kiri tiang gol.. Peluang demi peluang yang diperolehi oleh Cristiano Ronaldo seterusny a juga berjaya di selamatkan oleh penjaga gol Spain yang bertaraf dunia iaitu Iker Casillas..    



Pada separuh masa kedua corak permainan kedua pasukan menjadi lebih agresif, mungkin tiba masanya untuk melakukan sesuatu. Hasilnya jentera serangan Spain banyak melakukan serangan.. Tetapi penyudah yang kurang berkesan telah melenyapkankan peluang demi peluang untuk mendapatkan gol..

Peluang terbaik bagi pasukan Spain untuk mendapatkan jaringan adalah pada separuh masa tambahan (minit ke 103) menerusi A.Iniesta ... Tapi apakan daya nasib tidak menyebelahi pasukan Spain pada ketika itu..

Walaubagaimanapun nasib kembali berpihak kepada pasukan Spain, apabila berjaya menang menerusi sepakan Penalti 4-2...

Tahniah kepada pasukan Spain.. Dan semoga berjaya mengalahkan pasukan yang bakal mereka hadapi pada pusingan akhir nanti.. Good Luck Spain..

Dengan kemenangan ini secara tidak langsung memberi harapan kepada saya untuk meneruskan cabaran dalam saingan Juara EURO 2012 pilihan lelaki kacak..  yang dianjurkan oleh blog Denaihati.. 

Walaupun mungkin saya tidak sekacak Abang Ensem atau Eyriqazz vs Denaihati.. Tapi syukur Alhamdulillah.. Pasukan pilihan saya berjaya mara ke pusingan Akhir EURO 2012.. Good Luck Spain..

4 ulasan:

  1. Jerman adalah lawan spain dalam final nanti dan sudah semestinya jerman juara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun menjangka Jerman akan bersaing dengan Spain di peringkat Final.. Tapi juara akan dapat ditentukan oleh pasukan terbaik..

      Good luck buat pasukan Spain dan Jerman..

      Padam
  2. oo peminat spain ek??? good luck la.. team saya dah abis awal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Ala saya sokong Spain untuk seronok2 jer.. Bagi memeriahkan Contest juara EURO 2012 pilihan lelaki kacak.. ;)

      Menang kalah adat pertandingan.. sabar yer..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra