Rabu, 13 Jun 2012

Kereta Proton Satria Neo termahal di Malaysia??

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sejak tersiarnya berita tentang Plat Kereta WWW1 untuk dibida pada bulan April 2012.. Saya begitu berminat untuk mengikuti perkembangan cerita ini..

Cerita tentang plat kenderaan WWW 1 ini lebih sensasi lagi apabila ianya berjaya dimiliki oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan nilai bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM520,000

Berita tentang plat kereta WWW1 ini terus mendapat liputan hangat apabila terdapat lagi satu berita baru berkaitan dengan isu ini dipaparkan di Akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 10 Jun 2012.. 


Berita tersebut mengisahkan tentang keputusan Sultan Johor memilih kereta Proton Satria Neo untuk menggunakan nombor plat termahal tersebut..

Berita tersebut telah menjadi perbualan hangat di seluruh negara.. Ini disebabkan Sultan Johor mempunyai beberapa koleksi kenderaan mewah yang sesuai untuk 'memakai' plat WWW 1.. Tetapi sebaliknya, baginda memilih kereta nasional yang harganya 7 kali ganda lebih murah berbanding harga plat kenderaan tersebut..


Bila difikirkan, mungkin terasa janggal bunyinya.. Harga plat kereta lebih mahal sehingga beberapa kali ganda berbanding harga kereta.. 


Namun begitu, sebagai rakyat kita perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh baginda tuanku.. Kita tidak berhak untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Sultan Johor seperti yang pernah dilakukan oleh seorang ahli politik (yang tidak perlu saya sebutkan namanya)..

Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, Kereta Satria Neo tersebut akan memegang rekod sebagai kereta Nasional yang termahal setakat ini.. Disebabkan tuah WWW 1 yang ada pada bahagian hadapan dan belakangnya.. ;)


P/s: Saya sangat berterima kasih kepada baginda Sultan Johor kerana telah menyampaikan Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional kepada saya sempena Majlis Konvokesyen kali ke 5 Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.. Daulat Tuanku..

2 ulasan:

  1. salam;
    Aku berterima kasih pada Allah kerana memberi aku Badan dan nyawa kalau tak kerana Allah siapalah aku,sememangnya aku wajib sujud pada-Nya siang dan malam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. Semoga kita sentiasa ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.. dan sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah S.W.T.. Amin..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra