Selasa, 29 Mei 2012

Plat WWW 1 dimiliki oleh Sultan Johor

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Akhirnya terjawab sudah segala persoalan atau tekaan, tentang siapakah yang berjaya memiliki plat kenderaan paling mahal di Malaysia pada ketika ini iaitu WWW 1..

Plat kenderaan tersebut berjaya dimiliki oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan nilai bidaan disahkan tertinggi setakat ini iaitu RM520,000..


Sumber : KOSMO


Keputusan tersebut diumumkan oleh jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam laman portal agensi tersebut yang turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.. (Sumber : KOSMO) 

Tahniah diucapkan kepada baginda tuanku Sultan Johor kerana berjaya memiliki nombor plat kenderaan yang sedang hangat diperkatakan dan menjadi perhatian ramai pada ketika ini..

Selain Sultan Johor, terdapat beberapa orang lagi pemimpin negara yang turut tertarik dengan keunikan nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW (World Wide Web) iaitu Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang berjaya membida WWW5 pada harga RM220,000.. Menteri kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berjaya membida nombor pendaftaran WWW15 pada harga RM24,200 dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi berjaya mebida WWW69 pada harga RM30,000..

Berikut disenaraikan 10 Bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan bersiri WWW:

Bil.
No. Plat
Pemilik
Nilai Bidaan Tertinggi
1.
WWW 1
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan ISkandar
RM520,000
2.
WWW 3
One Power International Sdn. Bhd.
RM360,000
3.
WWW 9
Aspen Sunrise Sdn. Bhd.
RM350,000
4.
WWW 8
Lim Yan Hai
RM280,500
5.
WWW 5
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
RM220,000
6.
WWW 2
Jubilee Harmoni Sdn. Bhd.
RM165,000
7.
WWW 888
Tropicana Golf & Country Resourt Berhad
RM165,000
8.
WWW 99
Wong Wai Tung
RM145,000
9.
WWW 6
H Land Development Sdn. Bhd.
RM135,000
10.
WWW 7
Tai Jai Vun
RM117,810


Sumber : KOSMO

P/s : Setakat ini saya hanya mampu memiliki 2 nombor plat kenderaan sahaja iaitu AEB 1069 dan QSN 1070.. Teringin untuk membida plat kenderaan PMU2006 atau PMU610

2 ulasan:

  1. depa ni mesti kes duit dah banyak sangat sampai xtaw nk buat apa.. sbb tu sanggu beli no plat mahai2.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah pasal.. Kalau saya pinjam plat kereta WWW 1 tu letak dekat kereta saya.. Plat kereta lebih mahal dekat 10 kali ganda berbanding harga kereta.. ;)

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra