Jumaat, 1 Jun 2012

3.8 juta UV dalam masa 5 hari, rekod trafik tertinggi untuk blogger Malaysia??

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tentu seronokkan bila blog yang kita tatang bagai minyak yang penuh, dapat mencapai 3 juta Unique Visitors (UV) dalam seminggu.. Macam trafik blogger-blogger terkenal tu.. Masa tu tentu dapat tersenyum sampai ke telinga dibuatnya.. ;) 

Tapi entah bilalah blog picisan macam blog sembang hari 2 dan Coretan Anuar dapat capai UV sebanyak tu..

Nak capai 1000 UV sehari pun payah.. Sekali-sekala tu bolehlah capai.. Itupun secara kebetulan bila saya dapat tahu satu berita terkini yang orang lain belum tahu.. Kemudian saya dapat menulis artikel tersebut dengan seberapa pantas yang mungkin mengalahkan blogger-blogger lain.. 


Jadi bila orang ramai buat carian dekat google tentang berita tersebut, masa tu barulah trafik banyak masuk ke blog saya.. Tapi tak selalu dapat peluang macam tu.. Sebab saya bukannya seorang wartawan yang mengejar berita.. Saya hanyalah seorang blogger picisan, yang hanya sempat menulis blog sekali-sekala sahaja.. ;)

Bila tengok blog Brader ni pernah capai hampir 4 juta UV dalam masa 5 hari, rasa kagum juga dibuatnya.. Patutlah beliau sanggup berhenti kerja, dan menjadi blogger secara sepenuh masa.. Saya rasa bukan senang nak dapat capai trafik sebanyak tu.. Dan mungkin trafik tersebut merupakan rekod tertinggi dalam Malaysia.. (Klik di sini) untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat..

Hasil penangan trafik-trafik yang hebat telah menjadikan blog ini berada dalam senarai top 100 laman web/blog di Malaysia berdasarkan Alexa Ranking.. Dan menjadikan blog beliau no. 1 di Malaysia..

Blog apa yang menarik sangat sehingga dapat capai trafik yang luar biasa seperti itu??

Biasanya blog yang dapat capai trafik yang tinggi ni berkisarkan tentang gosip artis dan politik.. Maklumlah ramai rakyat Malaysia yang suka baca cerita-cerita macam ni.. Dan berita tentang artis dan politik ni selalu mendapat liputan yang meluas.. Ada sahaja cerita sensasi dan terkini..

Dalam sehari ada sahaja berita sensasi baru yang boleh ditulis.. Ialah berapa ramai artis dan ahli politik yang ada dalam Malaysia n?i.. Setiap orang ada ceritanya yang tersendiri.. Dan setiap ahli politik dan artis ini mempunyai peminat dan pengikut masing-masing.. 

Blog-blog yang memaparkan cerita-cerita tentang politik biasanya digemari oleh orang-orang dewasa.. dan kebanyakannya tentulah kaum lelaki.. Tetapi ramai juga orang perempuan yang suka mengikuti perkembangan politik tanah air.. Contohnya nama yang sedang top 1 Malaysia tentang isu politik sekarang ini adalah Ambiga.. 

Setiap hari ada sahaja berita tentang  Ambiga dan bersih keluar dekat surat Khabar dan televisyen.. Pada hal sebelum ini saya tak pernah dengar pun berita pasal Ambiga ni.. Tapi bila berita tentang perhimpunan bersih di perbesar-besarkan, nama  Ambiga dan Bersih terus menjadi topik perbualan hangat sehingga kini..

Blog yang memaparkan cerita tentang artis ini, ramai orang suka.. daripada kanak-kanak yang belum akil baligh sehinggalah kepada golongan orang dewasa yang kubur pun dah kata mari, tapi masih tak sedar diri.. ;)

Tak kiralah lelaki atau perempuan kebanyakannya memang suka baca cerita-cerita tentang artis ni.. Itulah realiti dunia zaman sekarang ni, artis dijadikan idola... Artis seakan-akan dijadikan contoh dalam kehidupan mereka mengatasi para ustaz, alim ulama dan para nabi.. Kesudahannya remaja kita pada hari ini hanyut ditelan zaman.. nauzubillah..

Secara keseluruhannya orang ramai lebih suka baca cerita tentang artis daripada cerita tentang politik.. Disebabkan itu, blog Brader ni yang banyak memaparkan cerita tentang artis menjadi blog paling femes di Malaysia..

Bila keluar sahaja berita tentang seorang artis tentu ramai orang nak baca.. Para pembaca pula terdiri daripada para peminat artis kesayangan mereka.. dan ada juga pembaca terdiri dalam kalangan mereka yang membenci/tidak menyukai artis tersebut..  Jadi, samada orang tu suka atau tak suka dengan seseorang artis, mereka tetap akan baca kisah/gosip terkini artis tersebut...

Cuba kita pergi dekat kedai buku yang ada menjual surat khabar,buku atau majalah.. Kebanyakan surat khabar atau majalah ada memaparkan tajuk cerita tentang artis pada bahagian muka hadapan.. Tujuannya adalah untuk menarik minat orang ramai untuk membeli     majalah atau akhbar keluaran syarikat mereka.. 

Ini merupakan teknik promosi yang biasa digunakan oleh kebanyakan penerbit untuk melariskan produk keluaran syarikat mereka seperti surat khabar, majalah, buku, pewangi, alat solek, baju, kasut, wangian dan sebagainya.. 

Tengok tu.. Benda berbayar yang ada memaparkan gambar/berita tentang artis pun berebut orang nak beli.. Inikan pula berita percuma tentang artis yang boleh di baca di blog-blog hiburan dan laman web.. lagi ramai orang suka.. Percuma katakan..

Jadi tahniah saya ucapkan kepada blog-blog yang berjaya mendapat trafik beribu riban dengan memaparkan kisah-kisah gosip artis.. 

Walaupun blog-blog picisan saya cuma dapat trafik yang rendah.. Tapi saya tidak berminat untuk menulis cerita tentang gosip-gosip artis ni.. Setakat ini saya hanya menulis cerita tentang kisah kejayaan artis dalam pertandingan-pertandingan tertentu sahaja.. Itupun sekiranya ada kelapangan masa.. Disebabkan itu tidak hairanlah jika trafik blog saya hanya setakat seperti dalam gambar di bawah... ;) 



6 ulasan:

  1. sape-sape pun boleh. tinggal berani cuba atau tak aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak susah untuk blogger berjaya mencapai ke tahap ini.. Tapi insya Allah boleh.. Kalau rajin berusaha.. ;)

      Padam
  2. kalau traffik tinggi sebab gosip/politik yang entah pape pun tak guna jugak :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Saya setuju..

      Tapi secara realitinya cerita tentang gosip/politik ni yang orang suka baca dan cari dekat google..

      Padam
  3. Takpe..pelan-pelan..smoge Anuar akan dapat lebey banyak UV dan walaupun tak jadi mcm beautifulnara, jadi macam denaihati pun cukup ;p

    BalasPadam
  4. Ini dah cukup hebat sebab dah ada domain yang dikenali ramai...Tahniah tuan blog.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra