Isnin, 7 Mei 2012

Wang Kertas RM5 lama lebih tahan lasak berbanding wang kertas RM5 baru

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Adakah anda setuju dengan tajuk artikel ini iaitu "Wang Kertas RM5 lama lebih tahan lasak berbanding wang kertas RM5 baru"

Ini berdasarkan pendapat dan pengalaman saya dan juga pendapat beberapa orang disekeliling saya, termasuk juga para peniaga di pasar.. Mungkin ada orang yang berpendapat sebaliknya, tetapi bagi saya itulah hakikatnya.. Wang kertas RM5 baru mudah koyak..

Saya masih ingat lagi sewaktu wang kertas ini baru pertama kali diedarkan.. Kononnya wang kertas ini mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik berbanding wang kertas yang sedia ada pada ketika itu, dan yang menariknya ianya kalis air..

Sememangnya saya akui bahawa wang kertas ini mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik berbanding wang kertas lama.. Tetapi sekadar ciri keselamatan yang baik dan kalis air tidak memadai sekiranya jangka hayat wang kertas tersebut pendek.. Sebagai menyokong andaian tersebut, setakat ini saya pernah beberapa kali menerima wang kertas RM5 baru yang telah digam semula setelah koyak. ;)


Sebelum ini saya ada mengumpul 3 keping wang kertas RM5 lama.. Sehingga kini, ketiga-tiga wang kertas tersebut masih lagi berada dalam keadaan yang baik.. Walaupun wang kertas tersebut pernah dilipat beberapa kali di dalam tabung yang saya simpan..


Bahagian Belakang wang kertas RM5 lama

Bahagian Hadapan wang kertas RM5 lama

Jadi telah terbukti bahawa wang kertas RM5 lama lebih tahan lasak berbanding wang kertas RM5 baru..

Cuba kita lihat pula gambar wang kertas RM5 baru yang mudah koyak walaupun saya tidak pernah melipatnya.. 




P/S: Sekiranya anda meminati artikel ini, jangan lupa undi saya dengan klik salah satu banner di bawah dan tekan vote pada laman web DiGi WWWOW Awards 2012.. Tq

5 ulasan:

  1. setuju.. tgk duit rm5 lama teringin jugak nak buat koleksi. malangnya sy xde langsung dalam simpanan

    BalasPadam
  2. Saya simpan wang kertas RM5 lama ni pun tanpa disengajakan.. Sebenarnya wang kertas yang saya simpan ini mempunyai seakan-akan gambar palang pada tiang berdera..

    Dulu wang kertas ini pernah menjadi satu isu, di mana kononnya ada orang sabotaj cetakan wang kertas ini sehingga meletakkan gambar palang (salib) pada tiang bendera tersebut..Wang kertas ini dikeluarkan untuk siri ke 5

    RM5 siri ke-5 = First Prefix NAxxxxxxx - Last Prefix NDxxxxxxx

    Tetapi setelah saya membaca kisah sebenarnya di internet, rupanya ianya bukan salib.. Tetapi itu merupakan gambar sebenar pada ketika itu..

    Untuk mengelakkan sentimen buruk pelbagai pihak, BNM telah menghilangkan/membuang Tanda "Cross"/Salib tersebut pada keluaran wang kertas RM5 siri ke-6 dimana nombor sirinya bermula dengan NRxxxxxxx - NYxxxxxxx dan PAxxxxxxx - PWxxxxxxx. Wang kertas gantian bagi kedua-dua siri wang kertas RM5 ini di tandakan dengan NZxxxxxxx.

    Dulu masa isu timbul RM5 ada tiang bendera salib ni ..orang kata kalau hantar bank diaorang akan bagi kita RM50.. Tapi bila saya hantar dekat bank wang kertas tersebut, saya cuma dapat duit RM5 sahaja..

    Disebabkan frust dengan tidakan pihak kaunter bank pada ketika itu, saya berazam setiap kali saya jumpa wang kertas RM5 tersebut.. saya akan simpan.. Disebabkan itu, saya simpan ketiga-tiga wang kertas tersebut sehingga sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ada tp lauw nk beli boleh jer

      Padam
  3. saya ada tp lauw nk bli boleh jer

    BalasPadam
  4. saya ada tapi kena beli..cuma tak ada wang gantian NZ.
    Wang polimer rm 5 TS Zeti siri 12 pula, wang gantiannya ZA, ZB...ZC Tak keluar lagi kot.
    ZA kena beli tapi tak mahal sangat. ZB dapat, wang baki beli aiskrim.. 2 kosong depan..cantik..
    ni dok tunggu ZC pulak.. sebab minat sangat wang gantian. TQ

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra