Rabu, 23 Mei 2012

Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam..

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi ni sebaik sahaja masuk office tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon daripada orang yang tak saya kenali.. Suspen juga bila tiba-tiba dapat panggilan macam ni..

Setelah bernafas sebanyak 3 kali, sambil berzikir.. Saya pun menjawab panggilan telefon tersebut.. Fuhh lega.. nasib baik bukan egen penjual insuran, atau promoter kad kredit..  Kalau tak pening kepala saya dibuatnya..

Panggilan yang saya terima pada pagi ini datangnya daripada Encik Hashim, staf dari PPD Sabak Bernam.. Beliau ingin mengajak warga PSIS untuk menyertai Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam yang dianjurkan oleh Persatuan Catur Daerah Sabak Bernam.. Beliau meminta saya mewar-warkan maklumat tersebut kepada seluruh warga PSIS..


Selama ini saya tidak tahu pula ada Persatuan Catur dekat daerah Sabak Bernam ni.. Lepas ni boleh lah buat hubungan kerjasama dengan persatuan ini.. Terutamanya dalam merealisasikan impian saya untuk menganjurkan kejohanan catur terbuka PSIS.. ;)


Hadiah yang disediakan untuk pertandingan catur ini memang lumayan.. Rugi kalau tak join.. Lebih-lebih lagi bila pemain dari sabak Bernam boleh menyertai pertandingan ini secara percuma.. Kalau tak kena bayar RM25.00..


[Sabak%2520Bernam%2520Fest2012%255B3%255D.jpg]


Berikut merupakan senarai hadiah yang disediakan:



Johan kategori Terbuka          : RM1000  (Turut disediakan hadiah pemenang tempat 1-10)
Johan kategori Sabak Bernam  : RM300   (Turut disediakan hadiah pemenang tempat 1-10)
Johan kategori Bawah 12        : RM300   (Turut disediakan hadiah pemenang tempat 1-10)
Johan kategori Bawah 18        : RM300  (Turut disediakan hadiah pemenang tempat 1-10)
Johan kategori IPT                 : RM200   (Turut disediakan hadiah pemenang tempat 1-10)
Johan kategori Wanita           : RM50
Johan kategori Termuda         : RM50
Johan kategori Veteran          : RM50


Sekiranya anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila SMS: Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, FIDE & Nat Rat kepada En. Bastami 013-480 3169, atau En. Roslan 012-661 1569, atau layari group facebook SB Open Chess 





 Jom beramai-ramai kita memeriahkan pertandingan ini di Sabak Bernam, Selangor..



3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. saya ada war2 kan pasal pertandingan catur ni pada kawan.. dia ni peminat nom 1 catur.. setiap pertandingan mesti dia akan sertai.. tapi kali ni tak de rezeki dia la... dia ke Bandung waktu pertandingan ni... kalau ade lagi pertandingan catur, bgtau la yer... terutamanya di area Perak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pertandingan catur dekat Ipoh, Perak pada 24 Jun 2012.. Hadiah ni untuk rated games.. Siapa yang join boleh dapat rated kalau dapat menang lawan dengan rated player.. Jemputlah join.. Yuran penyertaan RM25.. Terhad 200 orang pemain sahaja..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra