Baru-baru ini saya bawa ayah mertua saya memancing udang galah di kolam pancing udang, Sabak Bernam.. Seronok juga suasana di sana.. Boleh tenangkan fikiran tengok gelagat kaki-kaki pancing yang terus bersabar menanti hasil tangkapan mereka..
Anak kedua saya Adam cukup suka mengikut atuknya memancing.. Tak kisahle pancing ikan ataupun udang.. Dia mesti nak ikut..
Berdasarkan pemerhatian saya, orang yang suka memancing ni penyabar orangnya.. Sanggup menunggu sehingga umpannya dimakan dengan penuh kesabaran.. Dan saat paling menggembirakan apabila dapat rasa umpan mereka di tarik oleh udang galah..
Saya bukanlah kaki pancing.. Tapi saya tiada masalah untuk menemankan kawan-kawan atau ayah mertua saya pergi memancing.. Tapi sekali-sekala saya akan 'cabut' juga, mencari aktiviti lain yang saya minati seperti menonton TV, dan melayari internet.. ;)
Kolam pancing udang ini diperkenalkan oleh jiran sebelah rumah saya beberapa minggu yang lalu.. Itupun dalam keadaan yang tidak disengajakan..
Satu hari tu, anak jiran sebelah rumah saya memberikan kami dalam 20 ekor udang galah.. Besar-besar pula tu..
Jadi saya pun bertanya kepada jiran kami, dekat mana beliau menangkap udang-udang tersebut.. Melalui maklumat yang beliau berikan, saya pun pergilah survey kolam pancing udang seperti yang diceritakan..
Saya mendapati tempat tersebut memang menarik.. Pada ketika itu, saya melihat kebanyakan pemancing tersenyum kegembiraan apabila berjaya menangkap beberapa ekor udang galah..
Jadi saya pun menceritakan tentang kolam pancing udang tersebut kepada ayah mertua saya, yang kebetulan seorang kaki pancing.. Bukan main seronok lagi beliau apabila mendengar cerita saya.. Dan beliau berminat untuk mencuba memancing di kolam udang tersebut..
Setakat ini Ayah mertua saya berpuas hati memancing dekat kolam pancing udang galah, Sabak Bernam ni.. Bayaran yang dikenakan adalah RM10/jam, RM30 untuk 3 setengah jam, dan RM50 untuk 6 jam.. Bayaran terebut termasuk sewa peralatan memancing dan umpan yang diberikan secara percuma.. Bila umpan dah habis, kita boleh minta umpan lagi secara percuma.. Umpabn yang disediakan di sini adalah Umpun-umpun..
Setiap setengah jam sekali, udang baru akan dimasukkan ke dalam kolam pancing udang tersebut.. Bila ditambah dengan udang yang sedia ada, jadi bertambah banyaklah udang dalam kolam tersebut yang menanti untuk dipancing..
Setakat ini, oraang yang datang memancing di kolam udang ini tidak pernah pulang dengan tangan kosong.. Ayah metua saya dapat merasa tangkap 2 ekor udang galah Sepit Biru dan 8 ekor udang galah bersaiz biasa..
Jumlah tangkapan yang ayah mertua saya perolehi selama 3 jam ialah 10 ekor udang galah..
Menurut kata jiran saya yang memperkenalkan tempat memancing udang tesebut, "Kali ini rezeki tak berapa baik".. kalau masa rezeki baik, beliau boleh dapat tangkap udang galah sehingga berpuluh-puluh ekor...
Walaubagaimanapun saya melihat ayah mertua saya gembira dengan hasil tangkapan yang berjaya diperolehi.. ;)
0 comments:
Catat Ulasan