Rabu, 23 Mei 2012

Tips Diet yang ke 56-60 (Berdiet setiap Hari untuk mengurangkan berat badan)

with 0 Comment
Bagaimana dengan tips diet setiap hari yang saya kongsikan sebelum ini?? Sudahkan anda membaca dan mengamalkannya?? Tiada kesempatan untuk membaca??


Tak apa slow-slow.. Hari ni baca sikit dan amalkan.. esok baca sikit lagi dan amalkan.. Sehingga habis membaca kesemua tips Diet yang saya kongsikan di blog ini.. 


Jadi sekarang ini kita bersambung dengan tips diet yang seterusnya iaitu Tips Diet ke 56-60.. Selamat berdiet..


Tip Diet ke 56.

Lakukan senaman luar rumah sejauh mungkin.

Ada dua kelebihan melakukan aktiviti di luar.

Pertama, ia akan membolehkan badan anda mendapatkan banyak udara segar dan cahaya matahari.

Kedua, keadaan sekeliling akan membolehkan anda berasa lega dan lapang daripada rasa terkongkong sepanjang hari.



Tip Diet ke 57.

Cuba kumpul beberapa informasi tentang senaman. Terdapat banyak perkara yang anda dapat lakukan di rumah.

Terdapat banyak penyelidikan dan kajian telah dibuat dalam bidang senaman dan maklumat mengenainya mudah didapati.

Anda boleh melayari internet dan mendapatkan buku atau kedua-duanya tentang bagaimana cara untuk melakukan senaman di rumah.

Informasi sebegini sangat berguna untuk anda mengetahui sebanyak mana senaman yang anda patut lakukan setiap kali dalam usaha anda untuk membakar nilai kalori yang diingini.

Tip Diet ke 58.

Cuba dapatkan kawan yang boleh bersama-sama dengan anda untuk bersenam.

Tetapi dia haruslah seorang yang komited dan jika tidak, minat anda mungkin akan luntur.

Ia sebenarnya satu idea yang baik. 

Satu kelebihan apabila anda mendapatkan kawan yang komited kerana rakan anda akan memberikan semangat untuk anda meneruskannya.

Mungkin ada di antara hari yang mana anda berasa sangat malas untuk turun dari katil pada waktu pagi.

Dalam keadaan sebegini, apabila anda menyedari bahawa anda sebenarnya ditunggu oleh seseorang, maka ini akan secara tidak langsung menyebabkan anda terpaksa turun dari katil dan pergi bersenam.

Ini adalah salah satu cara juga untuk memotivasikan diri anda sendiri.

Tip Diet ke 59.

Berhenti apabila anda merasakan badan anda berasa letih.

Tiada guna untuk memaksa diri.

Apabila anda telah bersenam untuk satu jangka masa, badan anda akan mula memberi tanda yang anda mula berasa keletihan.

Jangan abaikan tanda-tanda keletihan ini.

Ia terjadi terutamanya pada peringkat awal.

Berhenti apabila anda berasa kepenatan atau apabila bahagian tertentu dalam badan anda memberitahu bahawa senaman anda telah mencukupi untuk hari berkenaan.

Tip Diet ke 60.

Jika anda ingin menambahkan masa senaman anda atau kerja rutin anda, lakukannya dengan perlahan-lahan dan jangan sesekali melakukannya secara mendadak. 

Saya ingin menyatakan bahawa badan kita sangat memerlukan senaman yang baik dan berkesan.

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra