Sabtu, 19 Mei 2012

Apa yang perlu dilakukan ketika menghadiri karnival kerjaya dan temuduga kerja?

with 2 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada 1,564 graduan Politeknik SUltan Idris Shah (PSIS) yang bakal menerima diploma dan sijil masing-masing pada majlis konvokesyen yang akan diadakan pada 19 dan 20 Mei (Hari ini dan Esok)..

Sempena pesta konvokesyen tersebut, PSIS menaja 2,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan 1,000 naskhah Mingguan Malaysia untuk diedarkan kepada para tetamu dan graduan. Jadi, jom beramai-ramai kita memeriahkan sambutan majlis Konvokesyen PSIS, sambil mendapatkan naskah akhbar percuma yang disediakan..

Setelah menamatkan pengajian, kini tibalah fasa baru dalam kehidupan graduan iaitu mencari perkajaan atau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi.. .. Saya percaya sebahagian besar daripada graduan akan menyambung pengajian.. Walaubagaimanapun, objektif utama kita menyambung pengajian adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.. Senang cerita, belajar setinggi manapun.. kesudahannya untuk mendapatkan pekerjaan.. 

Mempunyai pekerjaan yang stabil adalah impian bagi setiap individu. Melalui pekerjaan yang stabil dengan gaji yang berpatutan lumayan, akan dapat memberi kehidupan yang
selesa kepada kita.Jadi setiap orang yang bernafas di muka bumi ini perlu mempunyai pekerjaan, terutamanya pekerjaan yang anda minati.


Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pekerjaan yang kita idamkan tidaklah semudah seperti yang kita sangka.. Semakin menarik sesuatu pekerjaan tersebut, semakin banyak persaingannya.. Jadi, sudah pastinya majikan, akan mencari pekerja yang terbaik untuk syarikat mereka...



Pengangguran dan kekurangan pekerjaan adalah dua masalah sosial dan ekonomi yang terkemuka di zaman moden ini. Sehingga kini, kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan di negara kita.. supaya dapat menampung keperluan pekerjaan untuk seluruh rakyat Malaysia.. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan membawa masuk pelabur luar ke negara kita.. dan membangunkan kawasan-kawasan tertentu untuk dijadikan kawasan perindustrian.. 

Setiap tahun bilangan gaduan yang mencari kerja semakin meningkat.. ianya selari dengan pertambahan bilangan IPT yang terdapat di negara kita.. Tetapi jumlah jawatan dalam sektor pekerjaan tidak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Lebih-lebih lagi  apabila tempoh berpencen untuk pekerja dilanjutkan sehingga berumur 60 tahun.. Semakin lanjut tempoh berpencen, semakin berkurangan kadar pusing ganti antara pekerja yang sepatutnya berpencen dengan pekerja baru..


Sekarang ini, graduan perlu bersifat proaktif untuk mencari kerja.. Mereka perlu rajin membeli surat khabar, melayari internet, atau mendapatkan pelbagai saluran maklumat untuk mencari kerja.. Selain itu, jangan lupa juga untuk 'merajinkan diri' mengunjungi karnival kerjaya yang sering didakan di seluruh negara..


Ini kerana tujuan Karnival kerjaya diadakan untuk memberi peluang kepada mereka yang masih mencari kerja... Ataupun sekiranya mereka ingin mencari pekerjaan yang lebih baik berbanding pekerjaan semasa..  Di karnival kerjaya, biasanya terdapat banyak syarikat-syarikat yang manawarkan peluang pekerjaan.. Jadi, ini merupakan peluang terbaik kepada anda, untuk memenangi hati bakal majikan anda.. ;)

Kata orang tua-tua kalau nak memancing ikan, kita perlu menggunakan umpan yang betul.. Kita perlu membuat persediaan yang rapi sebelum menghadiri karnival kerjaya..  Di sini saya ingin berkongsikan beberapa tips kepada anda sebelum menghadiri mana-mana karnival kerjaya..
  • Pergi ke karnival kerjaya dengan matlamat yang jelas.
  • Dapatkan gambaran pekerjaan yang anda ingini. 
  • Datang awal ke karnival kerjaya, supaya anda dapat menjadi antara orang terawal yang berjaya menemui bakal majikan anda
  • Fikirkan tentang jawatan/pekerjaan yang anda impikan dan apakah kemahiran/kelayakan yang anda ada untuk mendapatkan jawatan tersebut. 
  • Jangan lupa untuk membawa resume berdasarkan format yang betul dan boleh dipercayai.
  • Perlu mengambil kira samada kemahiran yang anda ada berharga untuk bakal majikan anda. 
  • Berpakaian kemas, sopan dan kelihatan seperti anda seorang yang profesional
  • Jangan menunjukkan anda terlalu "over Confidence" sebaliknya menunjukkan sifat neutral diri anda dengan sedikit keyakinan yang diperlukan.
  • Sentiasa bersikap positif dan dapat menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi terhadap sesuatu yang anda minati 




Dalam perkara yang disenaraikan di atas, penyediaan resume merupakan perkara terpenting sekali.. Melalui resume akan dapat menggambarkan samada anda seorang pemohon yang berkelayakan atau tidak. 


Walaupun anda seorang yang bagus sewaktu menjalani sesi temuduga, tetapi sekiranya resume anda tidak sebagus resume orang lain, Kebarangkalian untuk anda berjaya memperolehi sesutu pekerjaan tersebut adalah tipis..


Ini kerana biasanya penemuduga akan bertanyakan kepada anda berdasarkan apa yang terkandung dalam resume anda.. Sekiranya resume anda ada menceritakan kemahiran atau pengalaman dalam pekerjaan sebelum ini, ianya akan memberi satu bonus kepada anda untuk menarik minat bakal majikan anda.. Jadi apabila majikan anda bertanya tentang perkara tersebut, inilah peluang anda untuk bercerita bagi meyakinkan majikan anda bahawa anda adalah pekerja yang mereka cari.. ;) 


Sebelum anda membuat resume, pastikan anda merujuk contoh-contoh resume yang terdapat dalam beberapa laman web (cari di google.com). Anda boleh melawat laman -laman web tersebut untuk membantu anda menyediakan resume yang berkualiti.. 


Biasanya dalam resume yang berkualiti mempunyai pengenalan diri anda, dan terdapat kemahiran anda yang mempunyai perkaitan dengan syarikat yang anda pohon. Tunjukkan seberapa besar minat anda terhadap pekerjaan yang sedang anda pohon dan jangan sesekali menunjukkan yang anda begitu berkira dengan gaji yang anda mahukan. Majikan anda mungkin akan memberi persepsi negatif terhadap diri anda, walaupun mereka mungkin mampu membayar gaji lebih besar daripada yang anda mahukan..


Jadi, anda perlu cuba sedaya upaya untuk mewujudkan gambaran  yang baik tentang diri anda kepada bakal majikan anda. Semoga sedikit info ini berguna buat diri anda.. Diharapkan anda berjaya memperolehi kerjaya yang diimpikan.. dan selamat menempuhi alam pekerjaan ;)

2 ulasan:

  1. tips terbaik!!! yang dimaksudkan dengan pergi ke karnival berpakaian kemas tu macam mana? seperti orang yang nak bekerja (kemeja tuck in seluar slack?) atau berpakaian casual tp tampak kemas?

    *harini ada karnival kerjaya sektor pertanian di pwtc, tak hadir sbb tak tahu apa persediaan yg patut dilakukan *sigh* melepas peluang..

    BalasPadam
  2. Pakaian casual yg saya maksudkan adalah dgn berpakaian kemas.. Sebaik2nya pakai kasut bertutup, seluar slect, kemeja dan tali leher.. Tapi rujuk juga jenis pekerjaan apa yg dipohon..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra