Jumaat, 18 Mei 2012

101 Tips Diet “Setiap hari” (Tips ke 46 hingga 50 )

with 0 Comment
Bertemu lagi pada kali ini untuk perkongsian 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg.. Saya memohon maaf sebab tertinggal satu hari (semalam) untuk memberikan tips yang berikutnya.. Jadi pada entri ini saya kongsikan Tips yang ke 46-50..

   Tip Diet ke  46.

Rebus sayur-sayuran berbanding dengan memasaknya, atau adalah lebih baik lagi jika anda dapat memakannya dalam keadaan segar.



Walau bagaimanapun jika anda tidak suka makan sayur tanpa dimasak, cuba stimkannya tanpa menambah apa-apa bahan lain.



Selain itu, anda juga boleh memasak sayur-sayuran dengan cara memanggangnya.. Memanggang sayur-sayuran lebih  menyihatkan berbanding merebus.  Ini supaya dapat  mengekalkan zat di dalam sayuran secara maksimum, jangan buang atau tanggalkan kulit sayur-sayuran sebelum memanggangnya.


Tip Diet ke 47.

Bawakan parsley bersama anda.



Parsley adalah makanan yang sangat baik untuk dimakan diantara waktu makan.

Bukan hanya ia baik untuk anda dari segi kandungan vitamin, tetapi ia juga cara terbaik untuk anda mendapatkan bau mulut yang segar.

Tip Diet ke 48.

Pilihlah makanan yang mempunyai kandungan rendah lemak atau tidak mengandungi lemak.

Ia adalah baik untuk jantung anda juga.

Ingatlah bahawa badan kita memerlukan zat dan bukannya hanya kalori yang memberi tenaga sahaja.

Lemak memberi kita zat tetapi ianya lebih kalori berbanding dengan protein dan karbohidrat.  

Tip Diet ke 49.

Cuba elakkan diet yang melampau.
Ianya tidak baik untuk kesihatan dan badan anda akan naik semula sebaik sahaja anda tidak lagi mengamalkannya.

Cuba perhatikan dengan cara ini.

Adakah kita boleh hidup dengan mengamalkan diet yang melampau sepanjang masa hidup kita?

Sememangnya tidak! Dalam sesuatu keadaan, kita akan terpaksa berhenti dan pada masa ini anda akan dapat melihat bahawa diet yang melampau akan memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Diet yang melampau semenangnya menjanjikan keberkesanannya, tetapi untuk jangka masa yang panjang ia selalunya akan membawa kesan yang negatif.

Diet yang melampau biasanya diamalkan untuk membolehkan mereka yang berkenaan memakai pakaian yang lama atau pergi ke sesuatu majlis penting dalam hidup mereka seperti berkahwin dan sebagainya.

Tip Diet ke 50.

Tuhan mengurniakan kita gigi untuk kebaikan.

Jadi kita seharusnya membentuk satu tabiat mengunyah semua jenis makanan termasuklah jenis cecair dan makanan yang lembut seperti manisan, aiskrim sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali.

Ini penting untuk menambahkan saliva kepada makanan berkenaan, kerana hanya dengan itu saja gula akan dicernakan.


Selalunya apa yang masuk ke dalam mulut kita akan ditelan terus ke dalam perut tanpa mengunyahnya beberapa kali.

Kita tidak memberi masa yang mencukupi untuk saliva bertindak terhadap makanan tersebut.

Jadi adakah penghadaman dapat berlaku dengan lengkap seperti yang sepatutnya?

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra