Isnin, 30 April 2012

Menjadi kaya dengan menjual laman web..

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tahukah anda terdapat beberapa orang pemilik laman web didunia ini menjadi billionnare hasil daripada menjual laman web mereka???

Ini merupakan cerita sebenar yang pernah saya baca menerusi sumber-sumber yang boleh saya percayai.  Malah ada dikalangan usahawan internet di Malaysia juga pernah berjaya menjual laman web mereka di luar negara dengan harga puluhan ribu US Dollar..

Jadi Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang satu lagi cara untuk menjana pendapatan di internet iaitu dengan menjual laman web atau blog..  

Bagaimana Untuk Menjual laman Web/Blog Di Internet??


Terdapat banyak cara untuk menjual laman web/blog di internet. Malahan terdapat laman web yang dibina dalam masa satu hari sahaja, kemudian boleh dijual dengan pantas diinternet menerusi sebuah laman web yang dikenali sebagai Flippa..

Flippa merupakan laman khas yang berperanan membolehkan orang menjual beli laman web atau domain.

Domain laman web sebenarnya diumpamakan sebagai sebuah jenama perniagaan. Semakin terkenal dan popular sesebuah domain, ianya akan menjadi semakin bernilai.. Disebabkan itu, kenapa para usahawan internet dan blogger sibuk berusaha untuk menarik trafik datang ke blog mereka.

Jadi sekiranya anda mempunyai perancangan untuk menjual domain/laman web/blog pada harga yang tinggi, saya syorkan anda menjualkannya di laman web Flippa..

Namun begiru, untuk menjual laman web atau domain di Flippa tidak semestinya mudah. Anda perlu mengetahui:  
  • cara mencari nice yang hot dan laris seblum menjual di Flippa
  • Bagaimana memindah hak milik domain/laman web/blog secara teknikal
  • berapa bidaan yang paling sesuai
  • plugin-plugin penting untuk blog yang pastinya membuat ramai orang berminat membeli
  • Mempunyai domain yang unik, mudah diingati dan mesra SEO
  • Pastikan Blog/laman web anda berkualiti dan nampak elegan supaya ramai pembeli tertarik dengan blog anda
  • Pastikan blog anda mempunyai banyak trafik.. (lebih 5000 UV sehari)
  • Mempunyai bilangan Subscribe yang ramai (Lebih 5000 orang)
  • Mempunyai Follower blog yang ramai (lebih 5000 orang)
  • Plugin Post Outoupdate yang akan update segala artikel blog anda
  • Blog anda mesra SEO dan SERP..

Semua info diatas diharap dapat membantu anda untuk menjual domain/blog/laman web anda pada suatu hari nanti..

Ingat!!! Sebelum anda berhajat untuk menjual domain/blog/laman web anda, sila pastikan ianya benar-benar mantap sehingga ianya boleh menjadi rebutan para pembeli..

Ok.. Sekarang mari kita lihat senarai domain laman web yang paling mahal didunia yang telah berjaya dijual:


1. Insure.com, dijual kepada QuinStreet pada harga $16 Juta pada tahun 2009.






2. $%#.com, dijual pada harga $12-$14 juta pada tahun 2006.



  *** Awas laman web ini di larang sama sekali untuk dilawati****





3. Fund.com, dijual pada harga $9.99 juta pada tahun 2008.





4. %*$#.com, dijual pada harga $9.5 juta pada tahun 2007.

      *** Awas laman web ini di larang sama sekali untuk dilawati****


5. Business.com,dijual pada harga $7.5 juta pada harga 1999.





6. Diamond.com, dijual kepada Ice.com pada harga $7.5 juta pada tahun 2006.




7. Beer.com, dijual pada harga $7 juta pada tahun 2004.





8. Israel.com, dijual pada harga $5.88 pada tahun 2004.



9. Casino.com, dijual pada harga $5.5 juta pada tahun 2003.



10. Toys.com, dijual kepada Toys ‘R Us pada harga $5.1 juta pada tahun 2009.





Dahsyat kan.. Senang-senang sahaja pemilik-pemilik laman web ini menjadi Jutawan.. Nampak sahaja senang, tetapi sebelum itu terdapat banyak teknik yang perlu kita kuasai..

Selain daripada senarai laman web di atas terdapat juga beberapa lagi laman web yang mencecah nilai ratusan juta dan berbillion dollar.. Contohnya seperti dalam senarai di bawah:
  1. Google.com bernilai $ 6.174 Billion
  2. facebook.com  bernilai $ 1.830 Billion
  3. Yahoo.com  bernilai $ 1.490 Billion
  4. youtube.com bernilai $ 0.865 Billion
  5. taobao.com bernilai $ 0.737 Billion
  6. ebay.com bernilai $ 0.632 Billion
  7. Blogger.com bernilai $ 0.532 Billion
  8. baidu.com bernilai $ 0.1489 Billion
  9. amazon.com  bernilai $ 0.478 Billion
  10. Yahoo.co.jp bernilai $ 0.450 Billion

Sumber di atas saya perolehi daripada sebuah laman web yang tertera di atas.. Dan nilai tersebut boleh meningkat dari masa ke semasa berdasarkan bilangan trafik, pengguna berdaftar, dan ciri-ciri lain yang telah kita bincangkan di atas.. 

Antara dalam 10 senarai laman web di atas, saya begitu tertarik dengan peningkatan harga bagi laman web facebook.. Ini disebabkan saya adalah antara salah seorang pengguna yang agak tegar bagi laman web ini.. 

Laman web Facebook yang menunjukkan peningkatan pengguna yang begitu drastik dari sehari ke sehari... Berdasarkan satu sumber lain ada manyatakan laman web facebook telah berharga 77 Billion dollar.. (Sumber : CNN Money)

Bila sebut tentang facebook, tentu semua orang mengenali pengasasnya iaitu Mark Zuckerberg.. Dengan peningkatan saham facebook dari masa ke semasa telah manjadikan pengasasnya antara orang muda paling kaya di dunia pada hari ini.


PENGASAS facebook, Mark Zuckerberg antara orang muda paling kaya di dunia.


Bagaimana Facebook bermula??
Facebook mula diperkenalkan dari bilik asrama Zuckerberg ketika menuntut di Universiti Harvard pada empat Februari 2004.

Pada asalnya facebook adalah untuk kegunaan sesama pelajar di universiti berkenaan. Namun kemudian beliau bersama Moskovitz mula menyebar penggunaan facebook ke universiti dan kolej-kolej lain seperti Stanford, Dartmouth, Columbia, New York University, Cornell, Brown dan Yale.

Zuckerberg telah mengambil keputusan untuk tidak menamatkan pengajiannya.. Kemudian beliau berpindah ke Palo Alto di California bersama Moskovitz dan beberapa rakan yang lain untuk menyewa sebuah rumah kecil untuk dijadikan pejabat.

Beliau kemudiannya berjumpa dengan Peter Thiel yang membuat pelaburan yang besar dalam syarikat berkenaan.

Pada bulan Julai 2010 Zuckerberg membuat pengumuman bahawa pengguna facebook kini telah mencecah 500 juta orang satu kejayaan besar yang turut membantu beliau disenaraikan sebagai bilionair termuda di dunia. (Sumber : Utusan Malaysia)

Pada ketika ini pengguna facebook telah pun melebihi 800 juta pengguna.. ;)



Disebabkan itu tidak hairanlah, sekiranya Dustin Moskovitz yang merupakan pengasas bersama facebook telah berjaya menduduki rangking pertama dalam senarai  billionnare  termuda di dunia bagi tahun 2012 dengan kekayaan bernilai $3.5 billion. Sebenarnya kekayaan beliau tidak bergantung kepada saham facebook semata-masa.. tetapi  juga turut melibatkan sumber-sumber lain yang turut melibatkan komputer dan internet..  (Sumber : Majalah Forbes)

Jadi, pada zaman sekarang ni macam-macam cara orang boleh buat duit.. Pokok pangkalnya kita kena sentiasa berusaha dan tidak jemu untuk menimba ilmu..


Namun yang penting kita perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Semoga kita murah rezeki.. Supaya dapat menjadi seorang yang dermawan dengan rezeki yang kita perolehi..


P/s : Jangan lupa undi saya pada setiap hari dalam DiGI WWWOW Awards 2012..  TQ ;)


4 ulasan:

  1. peeh senang je jadi kaya... done follow - Noob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. Terima kasih kerana sudi follow blog saya.. ;)

      Padam
  2. memang masyuk kalau blh kaya macam nie. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu rezeki dia orang yang dah berjaya dalam bidang ni.. Semoga success selalu.. ;)

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra