Jumaat, 16 Disember 2011

Tukar Domain anda.Blogspot kepada Domain Berbayar

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi satu info yang saya rasakan berguna kepada rakan-rakan Blogger yang mempunyai perancangan jangka panjang ke atas blog-blog mereka..

Semasa di peringkat permulaan menulis Blog, kebanyakan blogger menggunakan perkhidmatan blog percuma yang disediakan oleh laman web Blogger.com atau wordpress.com...

Kemudian apabila blog dah agak 'stablish' sedikit, masa tu ramai blogger bertukar daripada menggunakan domain percuma contohnya anda.blogspot.com kepada domain berbayar seperti anda.com atau anda.net, anda.info, anda.org dan sebagainya..

Memiliki domain berbayar memberi satu kepuasan kepada pemilik blog.. Ianya dapat diumpamakan
seperti anda mempunyai sebuah perniagaan dengan "Brand" anda sendiri setelah beberapa tahun menumpang produk kepunyaan orang lain (anda.blogspot.com)..

Contohnya seperti blog coretananuar.com yang sebelum ini menggunakan domain percuma anuarmenulis.blogspot.com.. Dengan menggunakan domain berbayar, ianya kelihatan lebih ringkas dan mudah diingati..

Untuk menukar Domain blogspot.com kepada domain berbayar, saya telah menggunakan perkhidmatan netkl.com. Syarikat netkl.com menyediakan pekej perkhidmatan khusus kepada pemilik blog wordpress dan blogspot sekiranya berminat untuk bertukar menggunakn domain berbayar.


Dengan menggunakan perkhidmatan ini, semua entri terdahulu dan design blog anda akan kekal seperti sediakala.. Cuma terdapat beberapa perkara yang anda perlu anda perbaiki seperti pengiklanan nuffnang, Blog List, dan lain-lain yang melibatkan proses 'Verify'.

Pada pendapat saya, urusan menukarkan domain percuma kepada domain berbayar menjadi begitu mudah dengan pekej yang ditawarkan oleh netkl.com. Harga 'servis' yang ditetapkan juga murah.... Anda hanya perlu membayar wang tambahan sebanyak RM3.00 semasa membeli domain... Kemudian pihak netkl.com akan menguruskan segala-galanya untuk anda..   



Dalam masa tak sampai satu hari, domain berbayar yang anda beli telah pun diaktifkan pada blog anda.. ;)

Berita baiknya.. Walaupun blog anda telah menggunakan domain baru, tetapi apabila terdapat pengguna internet menaip domain lama blog anda pada ruangan Browser.. Blog anda tetap akan muncul sebagai pemilik domain lama tersebut...

Jadi secara tidak langsung blog anda akan mempunyai dua domain iaitu anda.blogspot.com dan anda.com.. Menarik bukan??

Bagi anda yang menggemari aktiviti blogwalking dan pernah meninggalkan url lama anda di mana-mana blog yang anda lawati.. Anda tidak perlu khuatir...Ini kerana apabila pengguna internet klik pada 'jejak' yang anda tinggalkan menggunakan URL lama, trafik tetap akan datang ke blog anda..

Buktinya cuba lihat pada rajah di bawah... url lama blog saya masih terdapat di muka surat pertama hasil pencarian google walaupun blog saya telah berukar kepada domain baru... 


Setinggi penghargaan Terima kasih saya ucapkan kepada pihak netkl.com di atas servis yang diberikan sehingga membolehkan saya memiliki domain berbayar sendiri tanpa mengalami sebarang masalah...

5 ulasan:

  1. tahniah bbro... slow2 , nanti pakai hosting pulak... =)

    mana entri smlm...?

    BalasPadam
  2. Saya dah ada beli satu domain dan hosting juga melalui netkl.com.. Dah upload wordpress dalam hosting tersebut... Kiranya domain tersebut dah wujud di alam internet.. Tapi belum bersedia untuk menerima pengunjung sebab tiada sebarang entri lagi

    Setakat ini belum ada mood untuk setup blog tersebut termasuk menulis artikel2 yang bersesuaian..

    Insya Allah, untuk tahun ini akan ada satu event untuk memeriahkan blog tersebut...

    BalasPadam
  3. Terima kasih Shahjiehan.. Dekat blog coretan anuar setakat ini hanya memaparkan satu entri pada home page..

    Jadi kalau nak tengok entri-entri sebelum ini boleh klik pada catatan lama.. Tq

    BalasPadam
  4. oh...kiranya nak create 1 lagi blog guna hosting berbayar la ye?

    BalasPadam
  5. Netkl adalah syarikat domain terbaik di m'sia.Syarikat domain terbaik di dunia adalah Justhost & Hostgator:Dengan unlimited bandwidth dan segalanya unlimited.tetapi anda kena berurusan dalam bahasa inggeris.: http://www.justhost.com/track/farish & http://secure.hostgator.com/~affiliat/cgi-bin/affiliates/clickthru.cgi?id=aidil

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra