Ahad, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari Raya Aidil Adha buat seluruh umat Islam di negara ini...

Semoga hari Raya Aidil Adha pada kali ini akan dapat menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T melalui amal ibadah yang kita lakukan... Amin...


Pada Hari Raya Aidil Adha, seperti yang kita semua sedia maklum umat Islam akan melaksanakan dua Ibadah yang dituntut oleh Allah S.W.T  iaitu:
  • Menunaikan Ibadah Haji di Mekah dan 
  • Melaksanakan ibadah Korban dengan menyembelih binatang ternakan..

Kedua-dua Ibadah ini dilakukan bagi mereka yang berkemampuan.... 

Bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk melakukan dua perkara di atas, kita disyorkan supaya mengorbankan masa dan tenaga untuk membantu jiran tetangga atau saudara mara kita yang melaksanakan ibadah Korban... 

Jadi ringan-ringanlah tulang kita membantu masyarakat di sekitar kita bergotong-royong melapah daging korban di sekitar tempat tinggal kita selapas selesai sembahyang sunat Hari raya Aidil Adha,,,

Semoga kita ikhlas dalam melaksanakan ibadah sempena Hari raya Aidil Adha ini...  Semoga amalan kita di redhai dan diterima oleh Allah S.W.T... Amin...


Dalam masa yang sama juga, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan rakan-rakan, sahabat Handai, atau saudara mara kita yang berada di Mekah pada ketika ini... Semoga mereka beroleh haji yang mabrur...

Gambar Kursus Jemaah Haji seluruh negeri Perak di ADTEC Taiping

Pada ketika ini umat Islam di seluruh dunia sedang wukuf di padang Arafah.. Berjuta-juta jemaah haji dari seluruh dunia membanjiri padang Arafah bermula pada 9 Zulhijah sehingga 13 Zulhijah...


Sumber : Utusan Malaysia..

Semoga semua Jemaah Haji dari Malaysia selamat pergi dan pulang semula ke Malaysia dan dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna... Amin
-----------------------------------------------------------------------------

Pada kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf disebabkan dah lama tak update blog...

Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan urusan kerja seperti menjadi penyelia dan panel pembentangan projek pelajar semester akhir, menganjurkan Pertandingan Catur Tertutup PSIS 2011...



Menyiapkan markah penilaian Berterusan pelajar dan lain-lain urusan kerja yang menuntut sebahagian besar masa dan fikiran saya di pejabat....

Jadi terlepas seminggu lagi (minggu ke 20) untuk memaparkan tempat membuat undian bagi para peserta Pertandingan ABPP...

Sebenarnya termasuk minggu ke 20 ini dah ada 7 minggu saya terlepas untuk memaparkan tempat undian mingguan iaitu, Pada :

  1.  Minggu ke 5, 
  2. Minggu ke 8, 
  3. Minggu ke 9, 
  4. Minggu ke 10, 
  5. Minggu ke 11, 
  6. Minggu ke 14, 
  7. dan minggu ke 20...


Jangan Marah yer... Nak buat macamana?? Adakalanya saya terlalu sibuk dengan urusan kerja dan urusan keluarga....

Daripada 22 minggu pertandingan yang dirancang, 7 minggu pertandingan tidak berjaya disempurnakan... Jadi Setakat ini, nampak gayanya hanya 15 minggu sahaja pertandingan mingguan yang berjaya dilaksanakan....

Disebabkan perkara ini... terdapat beberapa hadiah mingguan daripada penaja yang tidak sempat saya paparkan..

Jadi tentu pihak penaja tidak berpuas hati dengan keadaan ini... disebabkan terdapat hadiah yang mereka taja tidak dipaparkan sebagai hadiah mingguan seperti yang telah dirancang...

Untuk memuaskan hati semua pihak, saya memohon supaya Pertandingan ABPP dilanjutkan selama sebulan lagi... Jadi tarikh tamat Pertandingan akan dilanjutkan daripada 15 November kepada 15 Disember 2011...

Dalam tempoh tersebut, saya cuba untuk menghabiskan kesemua hadiah mingguan yang disediakan oleh pihak penaja... Mungkin dalam beberapa minggu yang terpilih terdapat 2 pemenang mingguan untuk minggu tersebut...

Saya berharap semua pihak berpuas hati dengan keputusan ini...

Sekali lagi saya memohon maaf di atas kelemahan saya dalam menganjurkan Pertandingan ini....


Anda Juga Mungkin Meminati:
Kaedah Menentukan Pemenang Pertandingan
Al-Kisah 1: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (Klik Di Sini) 
Al-Kisah 2: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda?? (Klik Di Sini)
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda?? (Klik Di SIni)
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

3 ulasan:

  1. selamat hari raya jugak bro...


    apa kata, cuba bro bagi 2 hadiah penaja untuk setiap minggu.. maka tarikh tutup Anugerah ini still 15 nov jugak...

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas pandangan yang diberikan berhubung dengan pertukaran tarikh pertanadingan..

    Sekarang ni terdapat kira-kira 8 hadiah mingguan yang masih ada dalam simpanan saya...

    Ini disebabkan kegagalan saya menerbitkan 7 minggu tempat undian seperti yang saya maklumkan dalam entri pada kali ini...

    Saya cuba untuk menyediakan 2 hadiah seminggu bagi 4 minggu yang saya "gantikankan" iaitu bermula pada 13 Nov hingga 15 Disember 2011..

    Jadi sekali lagi saya mohon maaf di atas perkara tersebut...

    BalasPadam
  3. ber hari raya memgn membahagiakan. yang pasti banyak hidangan yang lezat-lezat

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra