Isnin, 18 April 2011

Beli Ikan Dapat Bonus Ikan..

with 1 comment
Pagi semalam saya dan isteri pergi ke Pasar Mukah.. Seperti biasa membeli lah mana-mana yang patut.. kebiasaannya dah tentu lah beli udang galah.. Antara spesis hidupan air yang popular di Mukah ni..

Kali ni dapat beli murah.. Hampir semuanya masih hidup lagi.. Disebabkan teruja dengan tawaran yang diberikan oleh penjual, saya dan isteri pun borong 3 longgok udang galah.. Satu longgok di jual pada harga RM10.. 3 longgok di jual pada harga RM20..

Bila balik rumah, kami timbang udang galah tu adalah dekat 1.5 kilogram.. Kira murahlahkan.. Hampir 1.5 kg udang galah pada harga RM20.. Maaf tak berkesempatan nak ambil gambar.. Sebab dah selalu sangat letak gambar udang galah dalam blog sembang hari2.. ;)

Masa ronda-ronda dekat pasar mukah, isteri teringin nak beli ikan parang.. Selepas di beritahu oleh abang Shahdan (Tokey Umai) bahawa ikan parang tengah murah sekarang ni.. Boleh dapat pada harga RM3.00- RM4.00 untuk 1kg..

Jadi kami pun belilah seekor ikan parang dengan harga RM3.. Agak besar juga.. Boleh makan untuk saya dan isteri selama 2 hari.. ;) 

Bila balik rumah masa siang ikan tur.... dapat rezeki lain lagi dalam perut ikan.. Rupanya dapat bonus.. Beli seekor ikan dapat percuma seekor ikan.. Tapi dalam perut ikan parang ;)..

Ikan yang terdapat dalam perut ikan parang..

Kami rasa terkejut disebabkan besar juga ikan ni.. Hampir besar tapak tangan saya .. Sedangkan mulut ikan parang yang makan ikan ni tidaklah sebesar mana..

Tapi minta maaflah yer.. Waktu gambar ini ditangkap, ikan parang tersebut telah pun dipotong.. Jadi saya paparkan gambar kepala ikan jer.. ;)

Inilah kepada ikan parang yang menelan ikan tersebut..

Inilah yang dikatakan kuasa tuhan.. Dah rezeki ikan parang tersebut agak lumayan hari tur.. Dapatlah ia ngap seekor ikan yang agak besar.. Dan begitu juga dengan rezeki saya pada hari ni dapat makan ikan parang.. ;)

Admin Blog
http://discount-hari2.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. Syukurnya...rezeki yg kita dpt semua dtg dari Dia..Alhamdulillah...^___^

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra