Selasa, 8 Februari 2011

Jalan-jalan Di Sarikien

with 0 Comment

Semasa pergi Ke Kuching hari tu kami sempat berjalan-jalan di Pekan Sarikein..


Sarikien merupakan sebuah kawasan membeli belah yang besar.. Ianya terletak di Bau, Sarawak..


Barang-barang yang di jual di sini agak murah jika dibandingkan dengan barangan yang dijual di Kuching.. Ini kerana kebanyakan penjual-penjual yang berniaga di gerai-gerai yang terdapat di Sarikein merupakan orang Indonesia yang datang dari Pontianak..


Terdapat pelbagai barangan dijual di sini.. Saya hanya sempat merakamkan beberapa gambar untuk tatapan kita semua..
Barangan pertama yang dibeli adalah topi yang dipakai oleh Adam dan haikal..(Cuaca sangat panas)


Tikar, baju, alat permainan


Beg tangan, telekung sembahyang..




Pelbagai kraftangan yang diperbuat daripada buloh dan rotan..

Tikar kulit kayu..


Telekung yang di borong oleh ibu dan Haikal..

Setiap kali pergi ke Sarikien, tak sah kalau tak berhabis sekurang-kurangnya RM500..
Bila dah pergi, lepas tu ada barang yang tak dapat dibeli, rasa terkilan..
Sebabnya nak datang lagi, bukannya mudah..

Untuk makluman pembaca semua pasar Sarikein ini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja..
Jadi, sekiranya ada perki berkunjung ke Kuching, jangan lupa luangkan masa Sabtu dan Ahad anda di sini..

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra