Selasa, 8 Februari 2011

Kegembiraan Wajah Anak-anak Sewaktu Bercuti..

with 0 Comment

Masih terasa lagi keseronokan bercuti bersama keluarga pada minggu lepas.. Walaupun agak letih memandu dalam tempoh masa yang lama (Mukah ke Kuching).. Ditambah pula dengan kos yang agak besar dikeluarkan untuk "membiayaai" percutian tersebut.. Tetapi rasa berbaloi melihat kegembiraan yang terpapar di wajah anak-anak..


Adam dan Haikal seronok bermandi manda di dalam Bath Tab.. 


Menikmati sarapan pagi di Hotel dalam keadaan ceria..


Menikmati keindahan pemandangan Sungai (Water Front) dari Bilik Penginapan..


Jauh pandangan Luas Pemandangan..


Menikmati pemandangan indah bangunan-bangunan tinggi di Kuching..

Hari terakhir berada di Kuching, terasa berat hati untuk bergerak meninggalkan bandar Kuching untuk pulang ke Mukah.. Tetapi, cuti sempena Tahun baru China telah pun tamat, dan masing-masing perlu kembali bekerja pada Hari Isnin.. Huhuhu..

Sekiranya berpeluang mungkin pada bulan 3 nanti kami akan berkunjung semula ke Kuching.. Insya Allah.. Tetapi setiap kali datang ke Kuching, pastinya ada agenda yang berbeza-beza.. Cuma agenda untuk kali ini adalah 100% percutian bersama keluarga..

Walaubagaimanapun, saya rasa bersyukur sebab diberi kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar Borneo pada tahun 2011 ini.. Matlamat saya pada tahun 2011 ini sedikit tercapai iaitu berjalan-jalan menjelajahi Borneo.. Sebelum diberi peluang untuk bertugas di Semenanjung nanti..

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra