Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Edisi World Cup 2026 kali ini dihangatkan dengan kejutan demi kejutan daripada penyerang-penyerang sensasi dunia seperti Leonel Messi, Kylian Mbappe, Erling Haland, Harry Kane dan lain-lain.
Berita Terkini, Jaringan Messi di Perlawanan ke dua Peringkat Kumpulan telah berjaya memecahkan Rekod Penjaring Gol WorldCup Terbanyak Sepanjang Zaman yang sebelum ini dipegang oleh legenda Jerman, Miroslav Klose (16 gol).
Dengan dua gol jaringan Messi ketika melawan Austria, menjadikan jaringan gol semasa yang dimiliki oleh Messi setakat ini di pentas World Cup adalah sebanyak 18 gol.
![]() |
| Jaringan Gol ke 5 Messi dalam perlawanan Kedua peringkat kumpulan World Cup 2026 |
Ini perlawanan kedua di peringkat kumpulan dan masih berbaki lagi satu perlawanan di peringkat kumpulan. Serta beberapa perlawanan lagi, seandainya Argentina boleh mara ke perlawanan-perlawanan berikutnya sehingga ke perlawanan akhir.
Berdasarkan prestasi Messi dan Argentina sekarang, tidak mustahil pasukan Argentina boleh mara sehingga ke pusingan Aikhir Piala Dunia 2026.
Jadi, saya percaya akan ada lebih banyak gol demi gol yang akan dijaringkan oleh Leonel Messi dalam Cabaran World Cup pada kali ini.
Apa pendapat korang tentang Prestasi Messi Dan Argentina dalam edisi WorldCup Kali ni? cuba komen dalam video di bawah..
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
Info berkaitan:
@muhamadanuarmarsib Apa pendapat korang tentang Prestasi Messi Dan Argentina dalam edisi WorldCup Kali ni? Cuba Komen sikit.. #WorldCup #WorldCup2026 #Messi #Argentina #Fifa ♬ original sound - blog Zahin Travel

0 Ulasan