Ada berita baik, terutamanya untuk warga negeri Perak.
PROGRAM MADANI RAKYAT 2026 (PMR) akan diadakan ni negeri Perak pada ketetapan berikut:
📍 Tempat : Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh📅 Tarikh : 3 – 5 April 2026⏰ Jumaat & Sabtu: 9.00 pagi – 10.00 malam⏰ Ahad: 9.00 pagi – 6.00 petang
![]() |
| PROGRAM MADANI RAKYAT PERAK 2026 |
Moh le Kiter orang Perak datang beramai-ramai untuk memeriahkan program tersebut.
✨ Terdapat Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua!!!
Antaranya :
- Perkhidmatan kerajaan (Kementerian Kewangan (MoF) menyediakan perkhidmatan terus kepada rakyat antaranya PPK, semakan WTD, STR, SARA, KWSP dan BSN)
- Inisiatif kesejahteraan rakyat
- Perkhidmatan kesihatan
- Jualan Rahmah MADANI
- Jualan Agro MADANI.
- Tawaran peluang pekerjaan (SPA)
- Festival makanan dan jualan usahawan tempatan
- Program pertukaran topi keledar
- Pertukaran minyak enjin motosikal percuma
- Perkhidmatan gunting rambut percuma
- Pengagihan biji benih dan anak pokok
- Pameran aset pertahanan dan keselamatan
- serta pelbagai aktiviti kekeluargaan
![]() |
| Rerurai Kementerian Kewangan di PROGRAM MADANI RAKYAT PERAK 2026 |
Selain itu, program ini akan turut diserikan lagi dengan pembabitan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) secara aktif dan komuniti setempat dalam program yang dianjurkan bagi memperluas capaian serta manfaat program kepada rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka menyempurnakan perasmian pada 4 April, mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus turun padang, sekali gus memberi peluang kepada rakyat bertemu mata dengan kepimpinan tertinggi negara.
Orang ramai dijemput hadir memanfaatkan pelbagai perkhidmatan serta aktiviti menarik sepanjang program berlangsung.
Semoga bermanfaat
Info berkaitan :
Info berkaitan :


0 Ulasan