Kenapa saya Lepaskan Domain dot com berbanding domain dot net?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Posting saya di facebook sebelum ini jadi Viral disebabkan ramai nak tahu, kenapa saya Letgo domain Myhomestay4u.com berbanding Myhomestay4y.net???

Sumber : Klik di sini

Baiklah...
Saya cerita dari mula...
Tentang Kisah kedua-dua domain ini.. 

1) Dapat 2 Domain Percuma Pada Hujung tahun 2017 
 
Pada hujung tahun 2017, saya dapat 2 domain secara Percuma iaitu:

Dapat domain Myhomestay4y.net bernilai RM60 setahun secara Percuma 

Dapat domain Myhomestay4u.com bernilai RM60 setahun secara Percuma 


Kedua-dua domain ini saya dapat melalui platform NetKL.com .

Alhamdulillah.. Saya dah menggunakan perkhidmatan NetKL.com dari tahun 2011 sehingga sekarang (2026). Setakat ini servis tidak pernah mengecewakan.
NetKL.com Memang terbaik!

Ok... Berbalik semula kepada kisah dua domain tadi...

Pada masa tu, saya gunakan kedua-dua domain ni untuk dua platform e-commerce yang berbeza iaitu:


Kedua-dua tujuannya adalah sama..
Iaitu untuk platform e-Commerce..
Dan kedua-dua platform ini adalah berbayar...

Sebelum Covid, bisnes Homestay memang tiptop..
Terdapat beberapa homestay menumpang di platform e-Commerce saya.. 

Tapi, Setelah setahun berlalu Saya terpaksa surrender salah satu platform..
Saya pilih yang terbaik berdasarkan keperluan saya..
Jadi, saya telah memilih:


 
Walaubagaimanapun, domain Myhomestay4u.com masih aktif lagi pada ketika itu...
Cuma platform Easy.co sahaja yang tidak aktif disebabkan saya tidak meneruskan langganan...

Dengan erti kata lain..
Saya masih ada nombor plat kenderaan, tapi tiada badan kenderaan untuk dipasang nombor plat tersebut...

Sebagai penyelesaiannya, saya gunakan kedua-dua domain dalam satu blog..

Perkara ini berlarutan dalam beberapa tahun...
Dari tahun 2018 hingga tahun 2025....
Lama juga kan..

Dalam tempoh tersebut, ada berlaku kenaikan harga domain...

Pada hujung tahun 2025, harga renew domain Myhomestay4u.com ialah RM75 setahun...
Sama dengan harga domain CoretanAnuar.com...
..
Masa tu saya terpaksa renew 4 domain dalam satu masa iaitu:
  1. Myhomestay4u.com - RM75 setahun
  2. Myhomestay4y.net - RM70 setahun
  3. CoretanAnuar.com - RM75 setahun
  4. ZahinTravel.net - RM85 setahun

Bila difikirkan balik...
Macam tiada sebarang kelebihan mempunyai 2 domain digunakan pada satu blog yang sama... 


Saya cuma renew 3 domain sahaja pada hujung tahun 2025
Saya cuma renew 3 domain sahaja pada hujung tahun 2025

Jadi, saya kena buat keputusan untuk melepaskan salah satu domain:
1) Myhomestay4u.com 
2) Myhomestay4u.net

Akhirnya saya dengan nekad mengambil keputusan untuk melepaskan domain  Myhomestay4u.com

Saya tak renew Domain Myhomestay4u.com
Saya tak renew Domain Myhomestay4u.com

Baru 3 bulan Domain tersebut dilepaskan..
Tiba-tiba saya mendapat satu email, ada orang nak jual domain  Myhomestay4u.com pada saya saya dengan harga USD$500...

ada orang nak jual domain  Myhomestay4u.com pada saya saya dengan harga USD$500
ada orang nak jual domain  Myhomestay4u.com pada saya saya dengan harga USD$500

Iaitu kira-kira 26 kali ganda dari harga, sekiranya saya renew domain tersebut pada hujung tahun 2025...

Senang betul nak ambil untung atas angin kan?

 

Walaupun 'buyer' tu cuba offer domain Myhomestay4u.com pada harga 26 kali ganda...
Tapi sebenarnya harga semasa domain tu ialah:
USD$1,316 (Berdasarkan Semakan harga di laman web Go Daddy)

harga semasa domain Myhomestay4u.com ialah USD$1,316

Sebab tu 'buyer' tu berani offer saya pada harga USD500...
Sebab dia tahu harga sebenar domain tu dah naik hampir 3 kali ganda daripada harga yang dia offer....

Bijak betulkan 'buyer' tu?

Semoga bermanfaat.
@muhamadanuarmarsib USD70 Juta : Nilai Domain Termahal Yang Berjaya di Jual Oleh Rakyat Malaysia.. https://www.coretananuar.com/2026/02/usd70-juta-nilai-domain-termahal-yang.html #Domain #DomainTermahal #USD70Juta #HargaDomainUSD70Juta #FYP ♬ som original - SK Music🎧

Catat Ulasan

0 Ulasan