"Tuah Ayam Nampak di kaki, Tuah Manusia siapa yang tahu"
Ini ayat yang dapat saya ungkapkan apabila seorang rakyat Malaysia, Arsyan Ismail berjaya menjual domain AI.com pada harga USD70 JUTA atau bersamaan dengan (~RM276 Juta)
![]() |
| Infografik : Penjualan domain Ai.com pada harga USD70 Juta |
Setakat ini, berkemungkinan ini merupakan nilai Domain Termahal yang pernah dijual-beli. Berdasarkan rekod yang pernah didedahkan sebelum ini, harga Domain termahal ialah Voice.com yang berjaya di jual pada harga USD30 juta pada sekitar tahun 2019.
Tapi kali ini, USD70 juta..
Nilainya 2 kali ganda lebih mahal berbanding sebelum ini!
Nilainya 2 kali ganda lebih mahal berbanding sebelum ini!
Yang lebih membanggakan, pemilik asal domain tersebut ialah orang Malaysia..
Untuk semakan bagi mengesahkan info ini dari blog yang mempunyai autoriti tinggi.. boleh buat semakan di blog Amanz.my
Sumber : https://amanz.my/2026552693
Sekadar selingan..
- Lepas ni, anda bolehlah dapatkan domain di laman web NetKl.com
- Cuba Kenalpasti domain yang berpotensi boleh mempunyai nilai yang tinggi pada masa akan datang.
- Beli Domain tersebut..
- Simpan beberapa tahun..
- Kemudian cuba Jual Domain tersebut..
Manalah tahu, ada rezeki anda juga mempunyai tuah seperti Arsyan Ismail.
Suatu masa dulu rekod penjualan blog termahal oleh rakyat Malaysia pernah dipegang oleh Aqif Azizan (berbaju hitam disebelah saya). Blog itu lengkap dengan:
- domain
- Hosting
- Ada 200k subscriber
![]() |
| Aqif Azizan (berbaju hitam disebelah saya) |
Dia berjaya jual kepada syarikat di US dengan Nilai USD300K...
..
Mungkin AI.com menjadi rekod jualan domain termahal oleh rakyat Malaysia sepanjang zaman..
Selain daripada itu, ada beberapa laman web yang mempunyai rekod transaksi jualan melebihi USD1Juta. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca ebook Mudahnya Zero Kos Marketing dengan BlogSpot (Klik di sini)
Sedikit info tentang Arsyan Ismail berjaya jual domain AI.com pada harga USD70 JUTA
.
Arsyan Ismail ni dah ada kepakaran IT sejak dari zaman remaja lagi.
Banyak projek-projek IT yang beliau dah buat dan berjaya merealisasikan projek tersebut.
Sebagai seorang Blogger, saya juga pernah mendapat manfaat daripada beberapa projek yang beliau bangunkan.
Berikut merupakan senarai Projek yang telah dibangunkan oleh Arsyan Ismail dari tahun 1998 hingga 2015:
![]() |
| Sumber Info : https://arsyan.com/projects |
1) Tahun 1998 (Ketika Umur 15 tahun) - mIRC script paling popular dengan download lebih 80k diberi nama orenscript
2) Tahun 2003 (Umur 20 tahun) - Kawanster, pesaing friendster zaman tu
3) Tahun 2006 (Umur 23 tahun) - DIGG Malaysia sebelum diarah tukar sebab IP infringement
4) Tahun 2007 (Umur 24 tahun) - Aku Bosan, advertlets, Nuffnang, Malaysian dan Bloggers Ping.my. Geng blogger mesti kenal platform ni kan
5) Tahun 2008 (Umur 25 tahun) - developer untuk Ruumz, social network untuk Malaysian. Ada projek tambahan lagi satu, Layann
6) Tahun 2009 (Umur 26 tahun) - Tengok dan Jomborak
7) Tahun 2010 (Umur 27 tahun) - Ccheckin dan Pengicau
8) Tahun 2011 (Umur 28 tahun) - kerja di YTL, direkrut oleh Grab (MyTeksi masa tu) untuk jadi developer. Lepas tu dia join pitchin. Develop beberapa sistem Baucar, Voucheres, Celcom WhingeIt, WTFRU dan PitchIn.
9) Tahun 2012 (Umur 29 tahun) - StartupsDB dan Ked.ai
10) Tahun 2013 (Umur 30 tahun) - Vapers Malaysia Vape.my
11) Tahun 2014 (Umur 31 Tahun) - BitPOS.my, BitDonate.my, Bil.my, BeliBitcoin.com, BTC.my, dan Crypto Market
12) Tahun 2015 (Umur 32 tahun) - Morum
13) Tahun 2026 (Umur 43 tahun) - Tiba-tiba buat Kejutan 1 Dunia sebab Bejaya Jual IA.com pada harga USD70 Juta
Dahsyatkan bila kita tengok senarai projek yang berjaya Arsyan Ismail bangunkan dari tahun 1998 hingga sekarang ni.
Dan untuk makluman..
Domain AI.com yang sebenarnya bukanlah singkatan kepada Artificial Intellifent (AI)...
Tetapi singkatan kepada nama beliau sendiri iaitu Arsyan Ismail (AI).
Domain AI.com yang sebenarnya bukanlah singkatan kepada Artificial Intellifent (AI)...
Tetapi singkatan kepada nama beliau sendiri iaitu Arsyan Ismail (AI).
Bila tiba-tiba nama AI hangat diperkatakan di seluruh dunia..
Saya difahamkan, Ramai orang cuba mendapatkan domain ini daripada beliau dengan harga tertentu..
Saya difahamkan, Ramai orang cuba mendapatkan domain ini daripada beliau dengan harga tertentu..
Semua permintaan terpaksa di tolak disebabkan beliau sayang dengan domain tersebut..
Tetapi akhirnya, bila Ceo Crypto iaitu Kris Marszalek berminat untuk mendapatkan domain tersebut pada harga yang sangat lumayan... Arsyan Ismail bersetuju untuk melepaskan domain tersebut.
![]() |
| Projek Tahun 2014 memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan beliau Sumber : https://arsyan.com/_/img/newspaper/arsyabuktikangilaitbukansiasia.jpg |
Kejayaan Arsyan Ismail ini wajar dicontohi oleh semua pihak, terutamanya generasi muda yang telah memilih bidang IT untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi.
Nak berjaya macam Arsyan Ismail, perlu menjadi seorang yang kreatif dan rajin untuk explore teknologi-teknologi terkini dan info-info terkini berkaitan dengan bidang IT.
Jangan berasa selesa menjadi pengguna semata-mata, sebaliknya berusaha untuk menjadi developer yang dapat membangunkan sistem/laman web/ aplikasi baru yang dapat memudahkan urusan ramai pengguna dan dalam masa yang sama dapat memenuhi kehendak pasaran.
Jangan berasa selesa menjadi pengguna semata-mata, sebaliknya berusaha untuk menjadi developer yang dapat membangunkan sistem/laman web/ aplikasi baru yang dapat memudahkan urusan ramai pengguna dan dalam masa yang sama dapat memenuhi kehendak pasaran.
Setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini..
Semoga bermanfaat.
Info Berkaitan :
@muhamadanuarmarsib USD70 Juta : Nilai Domain Termahal Yang Berjaya di Jual Oleh Rakyat Malaysia.. https://www.coretananuar.com/2026/02/usd70-juta-nilai-domain-termahal-yang.html #Domain #DomainTermahal #USD70Juta #HargaDomainUSD70Juta #FYP ♬ som original - SK Music🎧





0 Ulasan