Kisah Bruno dan Pablo boleh dijadikan sebagai Teladan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Di sebuah kampung kecil, dua sahabat – Bruno dan Pablo – bekerja sebagai tukang angkut air

Bruno dan Pablo bekerja sebagai tukang angkut air
Bruno dan Pablo bekerja sebagai tukang angkut air

Bruno bekerja keras. Dari pagi sampai malam. Hujan panas, dia tetap angkut air. Lagi banyak baldi, lagi banyak duit dia dapat. Dan dia berasa sangat bangga sebab dia kuat , bertenaga dan tak pernah malas. Henyak sampai lunyai katanya!

Tapi dalam diam, Pablo, rakan sekerja dia, buat sesuatu yang lain.

Bruno angkut air sepenuh masa, Pablo angkut air hanya sampai petang sahaja
Bruno angkut air sepenuh masa, Pablo angkut air hanya sampai petang sahaja

Pablo juga angkut air — tapi hanya sampai petang sahaja.

Pada sebelah Malamnya, dia bawa cangkul. Dia gali parit dari sungai ke kampung. Perlahan-lahan. Sikit-sikit.


Pada sebelah malam, Pablo gali parit dari sungai ke kampung
Pada sebelah malam, Pablo gali parit dari sungai ke kampung

"Buang masa la kau pablo,” kata orang kampung.
..
“Baik kau kerja kuat macam Bruno.”
..
Tapi Pablo tak jawab apa-apa. Dia senyum je. Dia pandang jauh, dia tak nak jual tenaga selama-lamanya. Dia nak bina sistem

Beberapa bulan berlalu. Paip air yang dia bina akhirnya siap.

Paip air yang Pablo bina akhirnya siap
Paip air yang Pablo bina akhirnya siap

Sekarang , air mengalir sendiri ke kampung. Setiap rumah guna saluran paip yang Pablo bina, dan Pablo dibayar untuk setiap titis air yang orang kampung dapat — tanpa perlu dia angkut baldi lagi.

Pablo masih dapat duit Walaupun sudah tidak mengangkat air.
Kali ni dia dapat duit bukan lagi berdasarkan masa dan tenaga yang dia gunakan. Dia kini dibayar kerana sistem yang dia bina.

Bruno masih mengangkat air, manakala Pablo tidak lagi mengangkat air untuk mendapatkan upah
Bruno masih mengangkat air, manakala Pablo tidak lagi mengangkat air untuk mendapatkan upah

Sementara itu, Bruno masih lagi angkut air. Masih penat. Dan satu hari nanti, bila lututnya dah tak kuat, bila tangan dah menggigil — pendapatannya akan terhenti.

Pengajaran di sebalik cerita ini ialah:
  • Kita perlu memikirkan cara yang lebih mudah dan efektif untuk menyelesaikan pekerja dan menghasilkan wang
  • Jangan berterusan kekal bekerja dengan cara yang lama, tanpa ada sebarang kemajuan atau inovasi
  • Bekerja dengan bijak dan rajin akan lebih menguntungkan berbanding degan mereka yang bekerja dengan rajin semata-mata
  • Sentiasa berusaha memikirkan penyelesaian dan pembaharuan untuk kebaikan rakan dan masyarakat

Semoga bermanfaat

Info berkaitan:

Catat Ulasan

0 Ulasan