Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun 2016 baru sahaja membuka tirainya. Di awal tahun baru ini, biasanya kita mempunyai azam tahun baru yang berkobar-kobar.

Untuk mencapai Azam tersebut, kita memerlukan suntikan motivasi dan perancangan yang betul supaya matlamat yang kita tetapkan dapat dicapai dengan jayanya.

Untuk itu, dalam entri kali ini saya nak kongsikan salah satu sumber Inspirasi Kejayaan 2016.. Daripada Seorang Guru Kini bergelar Jutawan


"Qu Putih.. Qu Putih.. Barulah Putih!!!!.... Muahhhh" 

TagLine yang terus menjadi viral sehingga kini... sehinggakan anak saya yang baru berumur 2 tahun pun tahu tentang tagline ini...

Siapa lagi orangnya... Tak lain tak bukan, Beliau yang saya maksudkan ialah  Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Dato' Seri Dr. Hasmizah Othman..

Dahulunya beliau merupakan seorang guru, kini menjadi jutawan Kosmetik yang menjadi sebutan ramai... Beliau kerap muncul di kaca televisyen apabila menjadi penaja kepada beberapa rancangan televisyen yang digemari ramai seperti Anugerah Juara Lagu 29, Gegar Vaganza dan Gegar Vaganza 2. 


Dan yang terbaru, juga sedang hangat diperkatakan pada ketika ini.. Tentang syarat yang ditetapkan oleh Dato Seri Vida untuk menjadi Penaja kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) atau juga dikenali sebagai The Red Warrior (TRW)... 


Banglo atau Resort yang dimiliki oleh Dato Seri Vida Berharga RM22 juta di Meru, Ipoh, Perak.

Kagum dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Dato Seri Vida... Siapa sangka bermula dengan kerjaya sebagai seorang guru, kini telah menjadi seorang yang sangat dikenali di Malaysia dan memiliki kekayaan yang cukup luar biasa..

Nak tahu betapa berjayanya Dato Seri Vida ini, jom tonton video dibawah: 




Kenali Dato Seri Vida
Posted by HD/SD Malay Film on Saturday, 2 January 2016


Antara kekayaan yang dimiliki oleh Dato Seri Vida ialah:
  • Sebuah Banglo/Resort mewah 4 tingkat (dah macam istana) yang lengkap dengan kemudahan lif, Swimming Pool, Taman, keselamatan dan sebagainya bernila RM22 juta.
  • Memiliki 4 buah banglo yang lengkap dengan segala perabot yang dibeli untuk anak-anak beliau 
  • Memiliki 17 buah rumah di ipoh yang langsung tidak disewakan
  • 20 buah Kenderaan mewah antaranya Lamborghini, Bantley (Guna buat pusing-pusing taman jer), Motor Harley Davidson yang berharga hampir RM300,000, Toyota Vellfire yang lengkap dengan massage Chair dan Peti Ais, MPV Lexus (Buat pergi pasar jer) dan lain-lain..
Ternyata kejayaan dan kekayaan luar biasa yang beliau miliki dapat dijadikan sumber inspirasi kepada orang lain. 

Terutamanya pada awal tahun baru 2016 ini. Dimana setiap orang mempunyai Azam tahun baru masing-masing. Ada matlamat dan misi yang ingin dicapai.

Semoga kita berjaya mencapai matlamat yang kita impikan. In Shaa Allah..

Info berkaitan :