Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat menyambut Maulidur Rasul 2014 kepada umat Islam di seluruh dunia.. Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, marilah kita perbanyakkan berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W supaya mendapat syafaat di sisi Allah S.W.T... In Sha Allah..

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya ( Surah Al ahzab, Ayat 56 )
Sumber : Klik Di Sini


Disebutkan dalam kitab Ihya , Al-Qirthas dan Al-Maghnam Fil Wirdil A’dham karangan Asy-Syaikh Muhyiddin Ibn An-Nuhhas, sebuah hadis dari Abi Kahil yang mengatakan bahwa Rasulullah bersabda:
“Hai, Abu Kahil ! Ketahuilah bahawa barangsiapa berselawat kerana cinta dan rindu kepadaku sebanyak 3x dalam sehari, maka sudah pasti Allah akan mengampunkan dosa-dosanya pada hari itu dan malam itu”

Ok.. Berbalik semula kepada tujuan entri ini ditulis... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi menyertai Giveaway Pertama blog Coretan Anuar bagi tahun 2014.. 

Sumber : Klik Di Sini


Hadiah untuk giveaway ini tidaklah mahal sangat.. Ianya berupa 15 buah buku fizikal yang boleh dipilih oleh para peserta berdasarkan 40 buah buku yang disenaraikan..

Ya.. Betul.. Setiap peserta boleh memilih tajuk buku yang mereka minati secara PERCUMA dengan syarat buku tersebut masih lagi available, bermaksud tajuk buku tersebut masih belum dipilih oleh para peserta yang lain...

Setakat ini baru ada 4 orang blogger yang telah menyertai Giveaway ini.. Berikut disenaraikan blog pemenang dan juga buku yang menjadi pilihan mereka:

Keempat-empat peserta layak memenangi hadiah yang telah mereka pilih.. 

Setakat ini hanya buku Encik Titan sahaja yang telah diposkan.. Buku yang dimenangi oleh Dolnut @ Encik Fadhil masih menunggu tuan yang empunya diri menghantar maklumat yang dikehendaki untuk penghantaran hadiah iaitu:
  • Nama Penuh:
  • No. Telefon :
  • Alamat :
ke email saya nuargto@gmail.com.. Diharap pemenang dapat segera memberikan maklumat tersebut , untuk tujuan penghantaran hadiah.. Terima kasih..

Bagi dua pemenang yang lain, hadiah anda masih belum diposkan disebabkan saya perlu menulis review buku yang telah anda menangi sebelum menghantar hadiah tersebut kepada anda.. Jadi, saya berharap anda dapat bersabar menunggu hadiah tersebut sampai kepada anda... 


Review buku Pilihan Encik Titan dan Encik Fadhil dalam Giveaway Pertama Blog Coretan Anuar 2014



"Jangan Baca Buku Ini!!" menghimpunkan Tips dan Info Hartanah dalam bentuk yang ringkas, padat, santai dan penuh dengan humor bagi memudahkan anda memahaminya dengan lebih mudah.

Buku ini sesuai di baca oleh golongan muda remaja yang berminat untuk mempelajari selok belok dalam pelaburan hartanah... Tetapi tidak mempunyai masa atau berminat untuk membaca buku yang tebal dengan maklumat yang panjang berjela.. Sehingga boleh membuatkan orang tertidur apabila membacanya...

Jadi, untuk mengatasi masalah "keboringan" kaum remaja membaca buku tentang pelaburan hartanah yang sedia ada di pasaran, maka buku ini adalah penyelesaiannya..

Buku ini mengandungi 5 bab kesemuanya:
  • Bab 1 : Pengenalan Pelaburan Hartanah
  • Bab 2 : Tips-Tips Pelaburan Hartanah
  • Bab 3 : Tips Pengurusan Penyewa
  • Bab 4 : Tips Tentang Peguam & Khidmat Guamannya
  • Bab 5 : Tips Tentang Pinjaman Bank

Jangan Baca Buku Ini, kalau anda langsung tak berminat untuk membeli rumah!! 

Tapi bacalah buku ini sehingga tamat, setelah anda mula membacanya... Pasti tak kering gusi anda dibuatnya... ;)

Harga Buku ini jauh lebih murah berbanding buku-buku pelaburan hartanah lain yang terdapat di pasaran.. Iaitu hanya RM25 sahaja termasuk kos penghantaran.. 

Tahniah diucapkan kepada Encik Titan dan Encik Fadhil kerana berjaya memenangi buku ini.. 

Selepas ini, sekiranya ada kesempatan masa, saya akan menulis review buku yang dimenangi oleh 2 peserta yang lain iaitu:
  • Pondok Kecil 15 Teknik Efektif internet marketing
  • sya Isya        - Internet marketing untuk bisnes kecil 

15 Teknik Efektif Internet Marketing..



Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil..

Diharap para pembaca dapat menunggu review buku yang seterusnya.. Dan para pemenang  diharap dapat bersabar menunggu hadiah ini sampai ke tangan mereka.. Kalau dah rezeki anda, In Shaa Allah tak ke mana...