Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Harga Emas Jatuh Lagi... Syukur Alhamdulillah...

Sebelum anda membaca entri ini, saya ingin memohon maaf disebabkan agak terlewat untuk menerbitkan entri ini... 

Sebenarnya entri ini sesuai diterbitkan pada 17 Disember yang lalu di saat harga emas menunjukkan penurunan ke angka terendah bagi tahun 2013... Tetapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan pada ketika itu, baru kali ini berkesempatan untuk menulis entri ini sepenuhnya... 

Sumber : Klik Di Sini


Sebelum kita di belenggu dengan kenaikan harga minyak pada Bulan September 2013, Kemudian disusuli pula dengan kenaikan harga gula pada bulan Oktober 2013, Kemudian kenaikan Tarif Elektrik pada dan kadar tol baru pada awal tahun ini, pada ketika itu masih ramai rakyat Malaysia berminat untuk menambah stok pelaburan emas... 

Di pejabat saya pada ketika itu, orang sibuk memperkatakan tentang kejatuhan harga emas... Dan apabila gaji masuk, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi kedai emas berhampiran untuk membeli emas bagi menambah stok pelaburan mereka... 

Saya melihat golongan ini suka membeli emas untuk dijadikan simpanan.. Dan jarang sekali mereka menjual koleksi simpanan emas yang mereka ada... Justeru itu golongan ini sangat bersyukur apabila harga emas jatuh... Dan semakin jatuh.... Semakin harga emas jatuh, mereka semakin bersyukur... Sebab peluang untuk mereka manambah stok simpanan emas, semakin besar...    

Itu cerita rakan-rakan pejabat saya pada sekitar bulan September sehingga Bulan Disember yang lalu...

Tetapi pada kali ini, saya lihat mereka agak kurang berminat untuk membeli emas bagi menambah pelaburan... 

Keadaan ini berlaku disebabkan keadaan kos sara hidup yang tinggi di saat anak-anak mula memasuki alam persekolahan pada awal Januri tahun ini.. 

Yalah, banyak belanja yang perlu dikeluarkan untuk membeli keperluan anak-anak bersekolah... Pada ketika ini, mungkin mereka mula menstrukturkan semula perbelanjaan bulanan mereka untuk menyeimbangkan keadaan ekonomi yang semakin meningkat..

Selepas dah keadaan ekonomi kembali stabil semula, mungkin mereka akan membeli emas semula... 

Justeru itu, sudah tentu kami berharap supaya harga emas terus jatuh dan jatuh... Sehinggalah mereka mampu membeli emas semula...  

Inilah sebahagian rahsia dalam Pelaburan Emas yang diperkatakan oleh Tuan Azizi Ali..

Tuan Syukur Hashim dalam ebooknya berjudul Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas juga ada memperkatakan tentang 6 Faktor yang perlu anda tahu sebelum membeli emas sebagai pelaburan..   

Kepada yang berminat untuk mengetahui senarai harga terkini emas Fizikal di Malaysia, saya syorkan anda klik di sini

Banyak koleksi emas Fizikal yang boleh anda beli pada harga kilang terdapat di laman web tersebut.. 

P/S: Kepada yang berminat nak tahu, pelaburan apa yang boleh memberikan kadar pulangan pelaburan melebihi 2000%, saya syorkan anda klik di sini