Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Irine Nadia Delete Fatin Fatin Liyana merupakan antara Keyword pelik yang menerjah ke blog Coretan Anuar pada hari ini... 

Keyword ini sampai di Blog Coretan Anuar sebelum pukul 8.00 pagi tadi, disebabkan Screen Shoot ini saya ambil pada jam 8.00 pagi tadi sebelum masuk ke kelas... Sempat lagi saya melawat blog Coretan Anuar sebelum pergi mengajar di kelas... hehehe ;)




Kadang tu, rasa pelik juga... Macamana boleh wujud keyword-keyword pelik macam ni... Sedangkan saya belum pernah menulis sebarang entri tentang Irine Nadia Marcello.. 

Kalau cerita tentang Fatin Liyana tu, pernahlah... Saya pernah menulis entri tentang Fatin Liyana sewaktu pengalaman pertama bertemu beliau di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bangi Selangor.. 


Apabila keyword yang masuk ke blog ini, ada kaitan dengan nama dua orang blogger tersohor tanah air, yang masing-masing terkenal disebabkan kecantikannya... Rasa begitu kerdil diri ini... Maklumlah blog ini hanyalah sebuah blog Picisan, yang tidak sefemes blog mereka berdua... Walaupun kedua-dua blogger ini menggunakan platform Blogsport dan masih menggunakan domain percuma sehingga sekarang, tetapi tidak menjadi halangan untuk mereka meraih populariti melalui blog masing-masing...  

Jadi, apa sebenarnya yang mereka cari dengan menaip keyword Irine Nadia Delete Fatin Fatin Liyana di laman web Google?? ... Mungkin si pencari ingin mendapatkan info tentang siapa yang lebih femes diantara kedua-dua blogger ini? 

Status Perkahwinan

Sukar untuk menentukan siapa lebih femes di antara mereka berdua, disebabkan masing-masing mempunyai aura yang tersendiri... Cuma yang membezakan antara mereka berdua ialah Fatin Liyana masih lagi single... Manakala  Irine Nadia Marcello telah berumah tangga dan baru dikurniakan seorang cahayamata yang comel... ;)

Bilangan Pengikut Blog..

Dari segi bilangan pengikut pula, saya mendapati bilangan pengikut blog Fatin Liyana mendahului bilangan pengikut Irine Nadia Marcello.. Nak tahu berapa bilangan pengikut blog mereka? saya syorkan anda melihat gambar di bawah:


Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Bukannya mudah untuk sesebuah blog mendapat bilangan pengikut seramai itu... Hanya blog mereka yang benar-benar femes sahaja layak mendapatkannya... Tahniah diucapkan kepada mereka berdua... ;)

Penerimaan Anugerah dan Liputan Media..

Seperti yang saya katakan di atas, kedua-dua blogger ini mempunyai keistimewaan masing-masing.... Irine Nadia Marcello semakin terkenal sejak akhir-akhir ini  setelah beliau berjaya memenangi Kategori Blogger Of The Year By Nuffnang dalam DiGi WWWOW Awards 2013... 


Sumber : Klik Di Sini

Dengan wajah yang comel dan keanak-keanakan pastinya dapat menambat ramai pengunjung untuk mengundi blog beliau sepanjang berlangsungnya Contest ini... Beliau berjaya memenangi Contest ini selepas sebulan melahirkan cahaya mata yang pertama...  Tahniah... Murah rezeki anak sulung beliau... ;)

Fatin Liana juga tak kurang hebatnya... Walaupun sedang belajar bidang perubatan untuk Twinning Program UNPAD-UKM (Indonesia dan Malaysia), tetapi wajahnya pernah beberapa kali disiarkan dalam akhbar dan majalah tempatan di Malaysia... Antara akhbar atau majalah yang pernah menyiarkan wajah beliau ialah majalah Dara Mei 2010, Dara Julai 2010, Akhbar Harian Metro 27 Mac 2011, Majalah Perempuan Julai 2011, Mingguan Utusan 6 November 2011, Majalah Wanita Disember 2011, Kosmo 18 Disember 2011, Metro 25 Disember 2011. 



Antara Majalah yang pernah menyiarkan Wajah Fatin Liyana... Cantik tak?

Dalam bidang penulisan blog beliau juga pernah memenangi beberapa anugarah... Memang femes betul Fatin Liyana  ni... Dah lah cantik, bijak, pandai bergaya dan pandai menulis pula tu... Beruntung betul bakal suami dia nanti.... 

Semoga entri ini tidak menghampakan hati si Pencari maklumat Keyword "Irine Nadia Delete Fatin Liyana"... Irine Nadia dan Fatin Liyana kedua-duanya merupakan antara blogger wanita terbaik di Malaysia pada ketika ini... Janganlah ditanya siapa lebih femes antara mereka berdua? udah pasti saya tidak dapat memberikan jawapannya... 

Secara jujurnya, saya memang menyukai kedua-dua blogger ini... Disebabkan walaupun mereka dah femes, tetapi mereka tidak lupa diri... Terus memakai tudung dan berpakaian sopan yang menggambarkan mereka seorang muslimah sejati.... Semoga penampilan mereka dapat dicontohi oleh anak-anak gadis si luar sana.... 





P/s: Siapa kata perempuan Melayu bertudung dan berpakaian sopan tak cantik? Kalau tak percaya boleh tanya Kak Ton... Cantik tak Kak Ton?.. Cantik....