PELANJUTAN WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER SERTA HOTLINE PTPTN SEMPENA TARIKH AKHIR PEMBERIAN INSENTIF DISKAUN 20% BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2012, peminjam PTPTN yang membuat penyelesaian hutang pinjaman / pembiayaan PTPTN sekaligus dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013 layak untuk mendapat diskaun 20% atas baki hutang semasa pada masa penyelesaian hutang pinjaman / pembiayaan dilakukan.

Bagi memudahkan para peminjam PTPTN melaksanakan bayaran balik pembiayaan dan menikmati pemberian insentif diskaun 20 peratus sekiranya menyelesaikan hutang secara sekali gus selewat-lewatnya pada 30 September 2013, waktu operasi bagi perkhidmatan kaunter untuk semua Pejabat PTPTN Negeri dan One Stop Center KL Sentral akan dilanjutkan mulai 21 September 2013 hingga 30 September 2013. Sementara itu, perkhidmatan kaunter di mana-mana Pejabat Cawangan PTPTN di UTC adalah kekal seperti biasa.

Waktu operasi perkhidmatan kaunter PTPTN yang baru adalah seperti berikut:

Tarikh:
21 – 30 September 2013

Waktu Operasi :  

Isnin - Jumaat
8.30 pagi - 6.00 petang
(Waktu Rehat Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
9.00 pagi - 6.00 petang

Talian Hotline
8.00 pagi - 6.00 petang (Isnin - Jumaat)

9.00 pagi - 6.00 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Sumber : Klik Di Sini

P/s: Kepada sesiapa yang nak dapatkan Insentif Diskaun 20% Bayaran Balik Pembiayaan PTPTN, bolehlah membayarnya dengan kadar segera sebelum 30 September 2013... 

Sumber : Klik Di Sini


Salah satu buku yang disyorkan ialah buku Jom Bebas Hutang... hasil tulisan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj.. Semoga buku ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda..;)


Sumber : Klik Di Sini

@muhamadanuarmarsib Doa penarik rezeki Dan dibebaskan dari hutang  وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ ALLAHUMMA INNI A’UUZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN. WA A’UDZUBIKA MINAL AJZI WAL KASALI, WA A’UDZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI, WA A’UDZUBIKA MIN GHALABATID DAINI WA QAHRIR RIJAAL. .. Maksudnya: “YA ALLAH, AKU BERLINDUNG PADAMU DARI RASA SEDIH DAN GELISAH, AKU BERLINDUNG DARIPADA SIFAT LEMAH DAN MALAS, DAN AKU BERLINDUNG PADAMU DARI SIKAP PENGECUT DAN BAKHIL, DAN AKU BERLINDUNG PADAMU DARI CENGKAMAN HUTANG DAN PENINDASAN ORANG.“ – SAHIH BUKHARI - Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” – Al Baqarah: 186 #DoaPenarikRezeki #DoaDibebaskanDariHutang #AmalanHarian #Doa #ZahinTravel ♬ original sound - Nur Syafiza

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. berita baik nih buat semua peminjam PTPTN...

    BalasPadam
  2. Tak mampu nak bayar sekaligus.. Bayar tiap2 bulan je skrg ni.

    BalasPadam
  3. Emm kalau sikit dah lama saya bayr sekaligus..ni banyak..tak mampu sangat..haha

    BalasPadam
  4. Ӏ enjoy what you guys are up too. This sortt of cleveг work and coverage!

    Keep up thе amɑƶing worms giys I've included yoս guys to my own blogroll.



    my homepage ... buy instagram likes fast

    BalasPadam