Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama saya memerhatikan isu tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yang tiada kesudahannya... Sebelum ini, saya hanya menjadi pembaca dan pendengar sahaja... Tak berminat untuk mengulas atau memberikan pandangan berkaitan dengan PTPTN... Mungkin disebabkan ianya tiada kena mengena dengan saya yang menggunakan Biasiswa Kementerian Pelajar Malaysia (KPM) sepanjang pengajian saya di Universiti...

Tetapi pada kali ini terasa ringan pula jari jemari ini untuk menulis sesuatu tentang pinjaman PTPTN...  

Isu tentang PTPTN sebenarnya dah lama terpapar di dada-dada akhbar dan media massa.. Selagi masih ada Peminjam PTPTN tidak membayar pinjaman... saya rasa selagi itulah isu ini tidak akan ada kesudahannya... 

Antara contoh keratan akhbar yang menarik untuk dikongsikan tentang PTPN adalah seperti berikut:




Apabila membaca keratan akhbar ni, sebenarnya ada juga kemudahan yang disediakan oleh pihak PTPTN kepada graduan... Contohnya memansuhkan bayaran pinjaman PTPTN, sekiranya pelajar berjaya mendapat Kelas Pertama Pengajian di Peringkat Ijazah Pertama.. Tapi bukan mudah untuk mendapat kejayaan tersebut... Jadi, sebahagian besar tetap perlu membayar pinjaman PTPTN...

Tetapi jom baca lagi laporan keratan akhbar di atas... Ada lagi kemudahan yang disediakan , iaitu peminjam diberi diskaun sebanyak 20% sekiranya membayar PTPTN dalam satu tempoh yang ditetapkan...   Namun begitu isu tentang pinjaman PTPTN tetap juga tidak selesai sehingga sekarang... Ini Jelas menunjukkan, bukan senang nak membayar pinjaman... Walaupun bayaran ansuran pinjaman PTPTN dalam beberapa ratus ringgit sebulan... 

Tetapi yang peliknya... Mereka yang tidak dapat membayar ansuran pinjaman PTPTN ini mampu membeli kereta berjenama luar negara seperti Honda, Toyota, Mitsubishi, Kia dan sebagainya... Malah ada dalam kalangan mereka yang mampu membeli rumah berharga ratusan ribu ringgit... Ini bukan dakwaan atau tuduhan yang saya lemparkan... Tetapi ini hakikat sebenarnya.... Jadi, adakah benar mereka tidak mampu membayar hutang PTPTN?? atau mereka lebih mementingkan kemahuan daripada keperluan sehingga menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang PTPTN?

Masih ingat lagi entri terdahulu yang pernah saya tulis berjudul Sebahagian Besar Rakyat Malaysia dibebani Hutang Rumah dan Kereta.. Dalam entri tersebut saya ada menulis kisah, tentang cara pengurusan kewangan orang zaman dahulu berbanding orang zaman sekarang.. 

"Saya teringat kebanyakan cikgu semasa zaman saya bersekolah dulu setakat pakai kereta buruk-buruk jer..

Termasuk juga pengetua sekolah saya yang hanya memakai kereta DUTSON lama sahaja.. Pada hal pada ketika itu kereta Proton, Iswara dan Wira telah pun berada di jalan raya.. Masa tu kalau dapat tengok orang naik kereta Wira, kita beranggapan orang tersebut memang kaya raya.. 
Ini cerita zaman 15 tahun yang lalu.. Tapi kita lihat pada zaman sekarang ini.. kebanyakan anak muda zaman sekarang lebih berminat untuk membeli kereta mewah.. Ada diantara mereka baru bekerja 3 bulan dah berani beli kereta Honda, Toyota VIOS, NISSAN baru dan sebagainya.."

Orang zaman dahulu ternyata bijak mengagihkan pendapatan mereka untuk memenuhi keperluan perbelanjaan bulanan mereka... termasuk membayar hutang-hutang yang digunakan untuk menampung perbelanjaan mereka semasa belajar di universiti... Adakah gaya hidup orang zaman sekarang masih sama seperti  orang zaman dahulu?

Dan ini mungkin menjadi salah satu penyebab kenapa keengganan membayar hutang pinjaman PTPTN dimasukkan ke dalam senarai CCRIS, seperti dalam keratan akhbar berikut:



Mungkin ini sahaja jalan terbaik yang dapat dilaksanakan oleh PTPTN untuk mendesak pihak peminjam membayar semula hutang mereka...

Sebelum itu, apa yang dikatakan CCRIS?

"CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System iaitu laporan bulanan secara berkala yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang anda lakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa. Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan. Aktiviti pembayaran yang akan direkod ke dalam sistem CCRIS adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit serta bayaran ansuran pinjaman pelajaran seperti pinjaman MARA, JPA, PTPTN dan lain-lain. Pendek kata setiap pembelian melalui bayaran secara ansuran akan direkodkan ke dalam sistem CCRIS ini.

Rekod pembayaran ansuran yang bersih dan teratur adalah amat penting dalam menilai prestasi kewangan anda untuk memohon sebarang bentuk pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman peribadi, permohonan kredit kad dan lain-lain kerana insitusi kewangan khasnya bank akan meneliti laporan CCRIS jika terdapat mana-mana ansuran yang lambat bayar atau terlepas bayar selama beberapa bulan kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak. Jika pembayaran ansuran bulanan adalah baik, maka laporan CCRIS akan menunjukkan indikator '0' yang bermakna tiada bayaran tertunggak tetapi sekiranya dalam bertanda '1' bermaksud tertunggak satu bulan dan '2' bermaksud tertunggak 2 bulan. Laporan CCRIS ini melaporkan keseluruhan aktiviti pembayaran ansuran selama 12 bulan ke atas tahun semasa jadi anda harus mempunyai rekod CCRIS yang baik untuk membuat permohonan dengan insitusi perbankan bagi tujuan seperti di atas."

Bagi pendapat saya sebelum hutang pinjaman PTPTN dimasukkan ke dalam senarai CCRIS, sebaiknya pihak PTPTN membuat tinjauan (Survey) terlebih dahulu... Kenalpasti golongan mana yang menjadi majoriti tak bayar hutang PTPTN ini? Adakah terdiri daripada golongan "nampak bergaya" seperti yang saya nyatakan di atas? Ataupun golongan graduan yang benar-benar susah seperti tak dapat kerja, tak mampu nak membeli kereta, tak mampu nak  membeli rumah, mempunyai tanggungan keluarga yang ramai sebab berasal dari keluarga yang susah dan sebagainya...

Sekiranya hasil survey menunjukkan golongan yang tidak membayar PTPTN terdiri daripada golongan yang "nampak bergaya", tetapi sengaja tidak mahu membayar pinjaman PTPTN... saya sokong 100% kalau pihak PTPTN nak senaraikan hutang PTPTN mereka dalam CCRIS... 

Tetapi bagi golongan yang susah, saya berharap pihak PTPTN boleh memberi pertimbangan kepada mereka... 

Maklumlah, Sekali rekod kita dah termasuk dalam CCRIS, seakan-akan dah tercalit satu titik noda... Kalau setiap bulan dapat satu titik noda, setahun dah ada 12 titik noda.. Apabila keadaan ini berlaku semakin sukar untuk kita memohon sebarang pinjaman yang disediakan oleh pihak bank seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan dan sebagainya... Cuba anda bayangkan apa akan berlaku sekiranya golongan susah berhadapan dengan situasi seperti ini? Pasti hidup mereka lebih susah pada kemudian hari... 

Dalam sibuk rancak membicarakan isu PTPTN dan CCRIS, terbaca status yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin di Facebook beliau:


Pada masa tu, saya percaya ramai yang berasa lega dengan berita tersebut... PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS... 

Tetapi kelegaan tersebut tidak lama...  Pada mulanya ramai yang beranggapan pihak kerajaan akan membatalkan terus pinjaman PTPTN dalam CCRIS... tetapi hakikatnya, ianya hanya ditangguhkan sahaja... 


Pinjaman PTPTN akan ditanggukan daripada dimasukkan ke dalam CCRIS supaya memberi peluang kepada pihak kerajaan untuk mencari Punca kenapa peminjam gagal membayar pinjaman?

Sumber : Klik Di Sini

Sampai bila tempoh penangguhan ini akan dilaksanakan, tidak siapa yang tahu...Kita hanya mampu menanti dan berharap semoga status "penangguhan" bertukar kepada status "pembatalan".. 

Untuk mengelak daripada terus dibelenggu dengan isu Pinjaman PTPTN, yang terus menghantui hidup anda..  saya berharap para peminjam supaya mula membayar hutang pinjaman PTPTN anda sedikit demi sedikit... Kalau ada dapat rezeki lebih, bolehlah bayar lebih... Ingat, ini hutang... Setiap hutang, kita wajib kena bayar kalau tidak mahu disoal di akhirat nanti...

Sekiranya ada masalah nak bayar hutang PTPTN.. cubalah cari alternatif untuk mendapatkan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah daripada pinjaman PTPTN... Sekarang ni dah ada macam-macam buku rujukan yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku berhubung cara nak menyelesaikan pinjaman PTPTN.... Termasuk sumber rujukan secara Online..

Sumber : Klik Di Sini


Salah satu buku yang disyorkan ialah buku Jom Bebas Hutang... hasil tulisan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj.. Semoga buku ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda..;)


Sumber : Klik Di Sini

@muhamadanuarmarsib Doa penarik rezeki Dan dibebaskan dari hutang  وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ ALLAHUMMA INNI A’UUZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN. WA A’UDZUBIKA MINAL AJZI WAL KASALI, WA A’UDZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI, WA A’UDZUBIKA MIN GHALABATID DAINI WA QAHRIR RIJAAL. .. Maksudnya: “YA ALLAH, AKU BERLINDUNG PADAMU DARI RASA SEDIH DAN GELISAH, AKU BERLINDUNG DARIPADA SIFAT LEMAH DAN MALAS, DAN AKU BERLINDUNG PADAMU DARI SIKAP PENGECUT DAN BAKHIL, DAN AKU BERLINDUNG PADAMU DARI CENGKAMAN HUTANG DAN PENINDASAN ORANG.“ – SAHIH BUKHARI - Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” – Al Baqarah: 186 #DoaPenarikRezeki #DoaDibebaskanDariHutang #AmalanHarian #Doa #ZahinTravel ♬ original sound - Nur Syafiza