Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.. Hajat Di Hati Kesampaian.. Minggu lepas saya ada memasang niat untuk menghadiahkan 100% komisyen yang berjaya saya perolehi hasil jualan salah sebuah ebook milik usahawan internet tempatan..

Pagi ini apabila saya membuka email saya, saya mendapati ebook tersebut telah berjaya mendapat 4 jualan.. Dan komisyen yang berjaya saya perolehi untuk hasil jualan 4 ebook tersebut ialah RM140.. 


Jadi seperti yang telah saya niatkan.. Saya akan menjadikan keseluruhan komisyen ini untuk dijadikan sebagai Hadiah Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..

Syukur Alhamdulillah.. 4 Jualan ini berjaya saya perolehi dalam tempoh 4 hari iaitu pada 7,9 dan 10 September 2012.. 


Hajat di hati.. Teringin nak menjadi salah seorang Top affiliate untuk jualan ebook ini.. 

Tapi apakan daya.. Blog saya hanyalah sebuah blog kerdil yang tidak menggunakan teknik pemasaran email.. Tentulah hasilnya tidak sehebat usahawan-usahawan internet yang pakar dalam strategi pemasaran melalui email.. 


Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah.. Dengan rezeki yang berjaya saya perolehi.. Dan rezeki ini bakal menjadi milik anda, sekiranya anda menjadi salah seorang Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..

Insya Allah..  Hadiah Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 akan bertambah dari masa ke semasa.. 

Ini disebabkan hadiah tersebut akan dikumpulkan hasil daripada komisyen-komisyen yang berjaya saya perolehi dalam tempoh 3 bulan (September hingga November) melalui blog Coretan Anuar, sembang hari2, Discount hari2, Hasil Jualan Ebook (Klik Di Sini) dan juga para penaja (Klik Di Sini) yang sudi menyumbangkan hadiah..

Setakat ini saya telah pun menerima maklum balas daripada beberapa individu yang berminat untuk menjadi penaja bagi pertandingan ini... Syukur Alhamdulillah..