Tinggal kenangan...
Melawat tapak rumah arwah emak Dan ayah saya dekat kampung ulu kayan..
..
Tinggal tempat tadahan air untuk mandi sahaja yg masih ada..
Yang lain Semua dah roboh..
Reput dimakan anai-anai...
..
Di sinilah tempat saya membesar..
Main Parit... Berkubang...
Cari ikan dalam parit...
Main guli..
Main lompat getah...
Main gundu...
Main lastik..
Main gasing..
Main pondok-pondok...
Main perang-perang...
Main ceper..
Main dam haji..
Main baling selipar..
Dan lain-lain...
..
Terlalu banyak permainan di kampung yang dapat kami mainkan semasa kecil..
Tanpa ada batasan ruang Dan tempat...
Main merata..
Balik lambat kena marah dengan emak ayah..
..
Pergi sekolah naik basikal sejauh dalam 5km...
Bermula Dari darjah 1 lagi..
..
Bila saya masuk darjah 4.. kami sekeluarga berpindah ke Felcra Changkat Lada Seberang Perak..
..
Kehidupan anak-anak zaman sekarang tidak sama dengan pengalaman yang kami lalui..
Zaman tiada gadget..
Tengok TV pun Masih TV Hitam putih..
Tengok TV hanya pada waktu malam sahaja..
Waktu siang tak teringin langsung nak tengok TV..
Sebab ada lebih banyak pengisian yang lebih menyeronokkon bersama kawan-kawan di luar rumah..
..
Hari ni kita nak main apa?
Main guli...
Masing2 datang bawa guli..
..
Esok nak main apa?
Getah..
Masing2 datang bawa getah..
..
Lusa nak main apa?
Combat..
Yang ni lebih menarik..
Macam-macam senjata yang digunakan..
Ada masa kami 'berperang' guna straw..
Menggunakan peluru buah kunco atau biji Kajang hijau..
Ada masanya kami gunakan pelepah daun betik..
Ada masanya kami gunakan senapang kayu ..
Paling special 'bom atom' guna telur tembelang..
..
Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan..
Al-fatihah untuk arwah emak Dan ayah yang telah membesarkan kami..
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Family day Keluarga Marsib Dan Surati
Tarikh : 1 & 2 Februari 2026
Tempat : Kuala Kangsar, Perak
Tema : Permainan kami semasa kecik-kecik dulu..
Objektif : Supaya anak-anak dapat merasai permainan kami semasa kami kecil..
..
Pkl 5.15 petang ni kita akan main mainan traditional:
1) Guli bulatan
2) Baling Guli/getah Dan menang
- kategori anak-anak
- kategori emak dan
3) Lastik Getah (Gundu)
4) Roket kertas
5) Baling Dan susun selipar jepun
Kita akan bahagian kepada 4 kumpulan.
Setiap acara ada mata kemenangan.
No 1 - 10 point
No 2 - 8 point
No 3 - 6 point
No 4 - 4 point
*Mata-mata ini akan dikumpulkan untuk menentukan pemenang tempat pertama hingga ke 4*
Nota : Semalam sempat main 2 jenis permainan sahaja disebabkan Hujan.. Pagi ni kita sambung lagi permainan seterusnya..
..
Info berkaitan:
- Sedekad Bersamamu di Politeknik Jer Tau!! (5 tahun di PSIS + 5 tahun++ di PMU)
- Laksanakan Masa Kerja Anjal untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan
- Poligami Dan Alam Perkahwinan berdasarkan pandanganku...
- WW : K.A.M.I
- 5 Oktober : Sejarah berulang kembali
- 1 Juta Biji Kurma PERCUMA untuk Rakyat Malaysia
- Khasiat Kurma Berdasarkan Hadis Nabi Dan Sains Perubatan
@muhamadanuarmarsib Tempat-Tempat Menarik di Melaka.. Boleh bawa keluarga datang bercuti di sini.. #Melaka #melakabandarayabersejarah #FYP #JomCutiDiMelaka #TahunMelawatMalaysia2026 ♬ original sound - blog Zahin Travel







0 Ulasan