Rabu, 25 Ogos 2021

5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu!

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Maklumat ini sangat PENTING untuk difahami sebelum anda memulakan sebarang projek ternakan kambing kerana ia mampu menguntungkan anda!

Ada yang menyangka perkara penting untuk berjaya dalam penternakan kambing ialah mempunyai tanah yang luas serta mempunyai kandang kambing yang selesa.. Mereka sanggup berhabis modal untuk membeli atau menyewa tanah dan membina kandang yang dimahukan..

Ia satu tindakan yang agak kurang berbaloi kerana menghabiskan modal untuk ladang ternakan sahaja akan menyebabkan projek ternakan anda tidak berjaya!

Ini kerana ada yang lagi penting dari itu.. Kalau ianya tiada, maknanya tiada maknalah projek ternakan kambing anda.. 

Ia adalah KAMBING! 

Ya, kalau tiada kambing yang hendak diternak kerana kekurangan modal, anda cuma akan menternak lalang di tanah ladang tersebut.. Haha :P

Untuk menjadi seorang penternak kambing yang berjaya, kita perlu tahu memilih baka kambing yang sesuai untuk diternak - sesuai dengan projek penternakan kambing yang telah dirancangkan..

Dengan memilih baka kambing yang benar-benar terbaik untuk projek kita, sudah tentu kita mampu menjana keuntungan pada masa depan!

Berikut antara 5 jenis baka kambing yang sangat berbaloi untuk projek ternakan kambing anda..

#1 - Kambing Katjang (Jenis Pedaging)

  • Punyai tahap kesuburan yang tinggi (satu kelahiran hasilkan hingga 4 ekor anak)
  • Sangat mudah dijaga & mampu sesuaikan diri dengan persekitaran.
  • Kualiti daging yang sangat tinggi

Kambing Katjang
Kambing Katjang

Ciri-ciri Kambing Katjang
  1. mempunyai tanduk yang melengkuk ke belakang, leher yang pendek dan belakang yang tinggi sedikit dari bahunya.
  2. Telinga yang pendek dan tegak
  3. Bulu yang nipis dan kasar, berwarna hitam, kadangkala bertompok putih
  4. Kambing jantan mempunyai bulu panjang dan kasar di sekeliling tengkuknya serta mempunyai janggut. 

Ciri-ciri Kambing Katjang
Ciri-ciri Kambing Katjang


#2 - Kambing Jamnapari (Jenis Penusu)

  • Ia juga dikenali sebagai kambing Ettawa
  • Sesuai diternak untuk dapatkan susu dan daging
  • Punyai tahap kesuburan tinggi (satu kelahiran boleh lahirkan hingga 3 ekor)

Kambing Jamnapari
Kambing Jamnapari

Ciri-ciri Kambing Jamnapari/Etawah

  1. Mempunyai telinga yang besar dan panjang
  2. Bulunya agak kusut, berwarna campuran hitam dan kekuningan
  3. Berat kambing jantan dan betina dewasa adalah antara 60-90 kg dan 30-60 kg masing-masingnya 

Ciri-ciri Kambing Jamnapari
Ciri-ciri Kambing Jamnapari


#3 - Kambing Anglo Nubian (Jenis Pedaging & Penusu)

  • Jenis kambing yang paling sesuai untuk hasilkan susu dan daging
  • Mampu hasilkan susu sehingga 2 liter sehari
  • Punyai tahap kesuburan yang tinggi dan tahan lasak

Kambing Anglo-Nubian
Kambing Anglo-Nubian

Ciri-ciri Kambing Anglo-Nubian
  1. Merupakan baka import
  2. Mempunyai badan yang besar, kaki yang panjang dan telinga yang berjuntai
  3. raut mukanya cembung dan mempunyai tanduk
  4. Bulu warna perang bertompok kemerahan, perang bertompok putih, hitam atau kombinasi warna-warna tersebut
  5. Berat badan sekitar 50-80 kg
  6. Baka ini sesuai untuk pengeluaran susu 
  7. Anggaran susu yang dihasilkan ialah lebih kurang 200 kg dalam tempoh bersusu iaitu 261 hari 

#4 - Kambing Boer (Jenis Pedaging)

  • Antara kambing pedaging terbaik di dunia
  • Daging kambing baka ini sangat enak dan mempunyai permintaan yang tinggi
  • Berat kambing boleh capai hingga 45 kg walaupun pada usia 5-6 bulan

Kambing Boer
Kambing Boer

#5 - Kambing Saneen (Jenis Penusu)

  • Boleh menghasilkan kuantiti susu yang banyak
  • Mampu hasilkan 3-4 liter setiap hari katika tempoh penyusuan
  • Kebanyakannya melahirkan anak kembar dua.

Kambing Saneen
Kambing Saneen

Pemilihan baka yang sesuai bergantung kepada tujuan projek ternakan anda, jenis keturunan & baka kambing serta penilaian berdasarkan kepada kaedah rekod dan fizikal kambing berkenaan.

Jika anda menternak hanya kerana suka-suka, lebih eloklah anda mendapatkan baka kambing tempatan sahaja. Tapi jika anda memang nak jadikan projek penternakan kambing ini satu kerjaya maka anda PERLULAH bijak memilih baka mengikut modal anda.

Nak belajar lebih lanjut tentang penternakan kambing dari zero? Boleh dapatkan rujukan di bawah:

Sumber : RahsiaKambing.com

atau;

Klik link di bawah untuk mengetahuinya:



Semoga bermanfaat.

Info Berkaitan:


1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra