Rabu, 12 Jun 2019

Potensi Pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan dengan Bisnes Printing

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


"Selepas raya anak-anak happy sebab dapat banyak duit raya, emak ayah pula resah menunggu gaji yang akan datang"

Anda dan pasangan anda ada tak mempunyai perasaan macam ni??...

Secara jujurnya dan secara realitinya saya dan isteri saya ada mempunyai perasaan macam ni... Maklumlah kita menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Terlalu banyak duit yang diperlukan, daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara termasuk beli baju raya, beli kuih raya, sediakan duit raya, duit minyak kereta nak berjalan ke sini sana, dan lain-lain. 

Sementara nak tunggu duit gaji yang akan datang, pada masa ini kami terpaksa survive dengan melakukan beberapa kerja part time antaranya melalui Bisnes Cendermata/Printing, Bisnes Homestay, dan Affiliate

Diantara ketiga-tiga peluang kerja parttime yang sedang saya buat sekarang ni, Bisnes Cendermata/Printing bagi saya yang paling mudah sekali nak buat. Dengan berbekalkan sebuah printer jenama Canon yang kami beli dalam RM300, sehingga kini kami dah berjaya menghasilkan jualan puluhan ribu ringgit. Syukur Alhamdulillah..  

Bisnes Printing/Cenderamata ni sebenarnya ada banyak cabangnya. Antaranya, anda boleh tengok sendiri dalam gambar di bawah.


Jadi terpulang kepada keinginan atau minat anda untuk jalankan bisnes printing yang mana satu?

Kos nak memulakan bisnes printing ni murah sahaja. Seperti yang saya kata, kami mulakan bisnes printing dengan membeli sebuah printer Canon berharga dalam lingkungan RM300. Malah, ada orang yang mulakan bisnes printing tanpa sebarang kos pun ada.

Hasilnya, anda boleh tengok sendiri dalam gambar-gambar di bawah. 


Sekali orang order bukan setakat satu atau dua unit. Malah ada yang oder sehingga ratusan atau ribuan unit. Katakan paling sedikit keuntungan anda untuk satu unit adalah RM1. Kalau anda dapat tempahan 1000 unit, anda dah dapat keuntungan RM1000 dengan mudah.

Sebab tu ramai orang kata, bisnes printing ni memang Masyukk!!..

Dulu saya pun tak percaya...
Dan saya dan isteri ada cuba-cuba buat bisnes printing dan Cenderahati ni...

Hasilnya..


Frame Khat Kuhfi Hari Guru ni sudah terjual hampir 1000 unit. 


Frame khat kufi SELAMAT HARI GURU 2018
Frame Khat Kufi Hari guru


Wooden pen holder+khat kufi+sarung organza dah terjual hampir 800 unit. 

 Wooden Pen Holder + Khat Kufi + Sarung Organza


Memo book set (memo book hard cover + khat kufi SELAMAT HARI GURU - cover belakang memo book + highlighter + hiasan ribbon + sarung organza). Dah terjual hampir 500 unit


Set memo book khat kufi SELAMAT HARI GURU
Set memo book khat kufi SELAMAT HARI GURU

Bila pergi ke pejabat pos, masa mula-mula rasa malu-malu nak hantar bungkusan. Sebab pejaga kaunter pejabat tu tengok semacam sahaja dengan bungkusan-bungkusan yang saya bawa. 


Antara bungkusan yang pernah saya hantar ke pejabat pos

Ini sebahagian perkongsian pengalaman saya dan isteri saya melakukan Bisnes Printing/Cenderamata di rumah.. Dengan modal yang kecil, Alhamdulillah mampu hasilkan jualan yang agak lumayan. 

Saya tak lah nak suruh anda ikut seratus peratus apa yang saya buat. Mungkin ada mempunyai kepakaran, minat dan kreativiti yang lain.

Jadi, anda boleh melakukan bisnes printing melalui pelbagai cara berdasarkan kepada minat anda. Kalau anda tak ada idea, anda boleh tengok sekali lagi gambar di bawah, dan pilih bisnes printing yang sesuai dengan citarasa anda.


Saya percaya anda pasti boleh melakukannya.
Saya boleh lakukan, tak mustahil anda juga boleh melakukannya..
Good Luck!!


Info Berkaitan:


1 ulasan:

  1. Bisnes printing ni memang lumayan ...walau banyak pesaing sekali pun masih ada peluang. Kalau ada skill design lagi bagus jimat kos nak design ..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra