Ahad, 7 April 2019

Cabaran 40 Hari - Kesan Pengumuman Hibah Tahunan Tabung Haji 2018

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini negara digemparkan dengan pengumuman Hibah Tahunan Tabung Haji 2018 dengan kadar hibah 1.25%.

Hibah Tahunan Tabung Haji 2018


Hibah Tahunan Tabung Haji 2018 merupakan kadar paling rendah dalam sejarah Tabung Haji dalam tempoh 25 tahun.
  1. Hibah Tahunan Tabung Haji 2017 - 4.5%
  2. Hibah Tahunan Tabung Haji 2016 - 4.25%
  3. Hibah Tahunan Tabung Haji 2015 - 5.0%
  4. Hibah Tahunan Tabung Haji 2014 - 6.25%
  5. Hibah Tahunan Tabung Haji 2013 - 6.0%
  6. Hibah Tahunan Tabung Haji 2012 - 6.5%
  7. Hibah Tahunan Tabung Haji 2011 - 6.0%
  8. Hibah Tahunan Tabung Haji 2010 - 5.5%
  9. Hibah Tahunan Tabung Haji 2009 - 5.0%
  10. Hibah Tahunan Tabung Haji 2008 - 5.0%
  11. Hibah Tahunan Tabung Haji 2007 - 5.0%
  12. Hibah Tahunan Tabung Haji 2006 - 4.75%
  13. Hibah Tahunan Tabung Haji 2005 - 4.5%
  14. Hibah Tahunan Tabung Haji 2004 - 4.3%
  15. Hibah Tahunan Tabung Haji 2003 - 4.0%
  16. Hibah Tahunan Tabung Haji 2002 - 3.5%
  17. Hibah Tahunan Tabung Haji 2001 - 3.25%
  18. Hibah Tahunan Tabung Haji 2000 - 5.5%
  19. Hibah Tahunan Tabung Haji 1999 - 8.0%
  20. Hibah Tahunan Tabung Haji 1998 - 8.0%
  21. Hibah Tahunan Tabung Haji 1997 - 9.5%
  22. Hibah Tahunan Tabung Haji 1996 - 9.5%
  23. Hibah Tahunan Tabung Haji 1995 - 9.5%
  24. Hibah Tahunan Tabung Haji 1994 - 9.5%

Berikutan perkara tersebut, ramai orang meluahkan ketidakpuashatian mereka menerusi media sosial. 

Asal sahaja tidak puas hati dengan sesuatu perkara, media sosial menjadi tempat mereka meluahkan perasaan mereka.. 

Bagi pendapat pribadi saya pula, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Anggaplah rezeki kita melalui pelaburan di Tabung haji kali ni sedikit menurun berbanding rezeki yang kita dapat pada tahun-tahun sebelum ini.

Rezeki itu sangat subjektif sifatnya. Ia tak boleh nak diukur pada nilai wang ringgit semata-mata.. Para pelabur di tabung haji seperti saya mungkin merasakan rezeki kali ini sedikit berkurang disebabkan pengurangan peratus pulangan Hibah Tahun Haji 2018.

Tapi siapa tahu, Allah nak kurangkan kepada kita rezeki wang.. Tapi Allah gantikan pula rezeki tu dalam bentuk lain yang lebih berfaedah..


Cabaran 40 Hari - Kesan Pengumuman Hibah Tahunan Tabung Haji 2018

Untuk terus berfikiran secara positif, saya cuba mengalihkan permasalahan tersebut kepada peluang atau cabaran untuk cover balik penurunan keuntungan hasil pelaburan di Tabung Haji pada tahun 2018 melalui Bisnes menjual Hadiah Hari Guru 2019




Cabaran 40 hari kali ni cukup mendebarkan.

Semalam baru sahaja restock disebabkan stok hadiah hari guru yang ada tidak mencukupi untuk memenuhi tempahan pelanggan.

Tapi, tak tahu berapa banyak stok yang mampu kami sediakan untuk memenuhi keperluan pelanggan sehingga 16 Mei 2019.

Dalam masa yang sama, masa saya dan isteri juga agak terbatas dengan kerja hakiki kami yang perlu diselesaikan dalam tempoh tertentu. 

Bak kata orang tua-tua.. Kerja di sana menanti, kerja di sini menunggu.. jika ku ingin pilih keduanya.. adakah aku dapat membahagikan masa yang ada dengan sebaiknya?

Doakan yang terbaik untuk kami. Kami hanya mampu merancang tetapi dengan Izin Allah jua untuk membolehkan kami lakukan yang terbaik untuk kesemuanya.

Ini cabaran 40 hari saya.

Adakah anda juga mempunyai cabaran 40 hari seperti saya?
Kalau ada boleh kongsikan.

Fikir sahaja satu bisnes dengan niat untuk cover balik kesan keuntungan daripada penurunan Hibah Tabung Haji 2018. Laksanakan bisnes tersebut dengan bersungguh-sungguh dalam tempoh 40 hari. Dan kita lihat hasilnya.

Sekiranya anda masih belum mendapat idea bisnes yang boleh anda jadikan sebagai cabaran 40 hari, saya syorkan anda klik pada pautan-pautan di bawah untuk mendapatkan idea bisnes yang sesuai dengan diri anda.

Good Luck!!



Info Berkaitan:


2 ulasan:

  1. salam singgah sini dan follow , banyak kesannya ni, terutamanya golongan yang dah lama menyimpan, ada hikmah di atas apa yang berlaku

    BalasPadam
  2. Ada hikmahnya.. Kena ingat tujuan menyimpan di TH bukan untuk untung tetapi untuk menunaikan fardhu haji. Pihak TH juga sedang menyusun semula kewangan mereka. Kita cuma berharap segala yang baik2 saja buat pengurusan TH.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra